Logo Background RSS

» 2007 » September

  • Muat-Turun Video Dan Audio Dengan UnPlug
    By Izo on September 16th, 2007 | No Comments Comments

    Pada masa kini kemajuan teknologi multimedia telah membolehkan kita menggunakan video dan audio sebagai sumber pengetahuan, bukan saja sekadar teks, ilustrasi dan foto. Mungkin ramai yang berminat untuk memuat-turun dan menyimpan video dan audio yang ditemui di laman-laman web yang dilawati tetapi tidak tahu bagaimanakah cara untuk melakukannya secara percuma. Dalam artikel ini ingin saya kongsikan mengenai satu ‘Add-On’ kepada pengimbas (browser) Mozilla Firefox yang berkemampuan untuk melakukan tugas itu. Jika anda menggunakan Firefox untuk melayari laman web, anda bolehlah memasang ‘Add-On’ ini.

    UnPlug 1.6.06 (versi terkini) adalah satu tambahan program yang membolehkan anda menyimpan video dan audio yang terdapat pada satu laman web. Ia adalah alat untuk muat-turun video. UnPlug akan mengimbas satu-satu laman web dan akan beritahu anda dari manakah sesuatu pemain media itu mendapatkan datanya, dan ia akan paparkan ia dalam bentuk hyper-pautan (hyperlink) yang boleh anda klik untuk muat-turun fail media tersebut.

    UnPlug boleh digunakan untuk banyak laman web termasuklah youtube.com, ifilm.com, current.tv, revver.com, peekvid.com, video.google.com, mobuzztv.com dan banyak lagi. Kelebihan UnPlug ialah ia akan mengimbas laman itu, dan jika ia tidak tahu dari mana data itu datang, ia akan agak dan biasanya ia betul.

    Saya sarankan agar anda memasang UnPlug di browser Mozilla Firefox anda. Untuk melawat lamannya, sila klik di sini: https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/2254
    Sekiranya anda mahu terus muat-turun UnPlug, sila klik di sini: https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addons/policy/0/2254/17118

    Semoga artikel ini bermanfaat.

  • Kenapa Islam Hadhari Menyeleweng [Video Bush]
    By on September 14th, 2007 | 2 Comments2 Comments Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
    Konsep Islam Hadhari adalah serasi dan termasuk dalam agenda Barat untuk terus menjajah dunia.

  • Bulan ramadhan dan ucap selamat.
    By on September 13th, 2007 | No Comments Comments


    Ku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam dan pengunjung setia blog ini walau di mana pun mereka berada. Semoga dengan berpuasa di bulan ramadhan ini akan mendorong diri kita untuk berusaha dengan lebih baik lagi buat memperbaiki diri kita sepanjang hayat hidup kita ke arah keredaan Tuhan…
    InsyaAllah…

  • Bakar Bendera: Siasat segera IMRAN MAKHZAN!!
    By on September 13th, 2007 | 2 Comments2 Comments Comments

    Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…


    Gambar di atas sudah beberapa kali keluar di dalam internet dan akhbar. Tak lain dan bukan hanyalah kerana gambar ini begitu hangat sekali diperkatakan. Gambar ini saya ambik dari akhbar Berita Harian, 10 Sept 2007 di halaman 4. Gambar ini mungkin diambil oleh IMRAN MAKHZAN dari BERITA HARIAN. Saya katakan IMRAN MAKHZAN adalah kerana tertulis nama beliau pada tepi gambar berkenaan. Saya tidak kenal siapa IMRAN MAKHZAN, tetapi pada saya beliau bolehlah menjadi saksi utama KES BAKAR BENDERA ini. Beliau yang paling hampir, sudah tentu beliau tahu ke mana hala tuju pemuda itu selepas membakar kejadian berkenaan. Paling kurang, mungkin ada gambar-gambar lain lagi yang menunjukkan siapa pemuda berkenaan.

    Pada saya perbuatan membakar bendera negara sendiri memang biadab. Sebab bendera merupakan panji negara dan menjadi lambang kepada negara. Sebab itu jika mahu menunjukkan kebencian, dan kemarahan kepada sesuatu pihak atau negara, maka ‘membakar bendera’ adalah menjadi simbolnya. Dalam kes ini, IMRAN MAKHZAN pada saya berjaya menunjukkan kepada rakyat Malaysia ada pihak yang tidak menghormati Jalur Gemilang, namun apa pula tindakan IMRAN MAKHZAN dalam mencegah perbuatan tersebut, atau sudikah IMRAN MAKHZAN tampil ke hadapan menjadi saksi?? Polis, SB, Menteri perlu desak IMRAN MAHKZAN ini tampil dan membuat kenyataan kes ini. Jika tidak menteri hanya berkokok marahkan pembakar bendera, tetapi dilihat tidak mahu menyelesaikan kes ini dengan segera!
    (more…)

  • Police provoked riot : PAS
    By on September 12th, 2007 | No Comments Comments


    PAS vice-president Mustafa Ali told a press conference at party headquarters in Kuala Lumpur today that news reports of the shooting were distorted.

    “The cameras of photographers were confiscated and reporters were barred from entering. The pictures published in the newspapers were from the police,” said former Kuala Terengganu MP Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.