Atas inisiatif sendiri dan cadangan drpd sahabat (MalikiXP), IzoBlog.com cuba menyiarkan balik teks ucapan yang tidak dipaparkan untuk tontonan umum di kaca TV tersebut. Berikut adalah teks ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di ECER:
(more…)
» 2007 » October
-
Ucapan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan di ECER Tidak Disiarkan RTM
By Izo on October 31st, 2007 | 9 Comments
-
Memulihkan Semula Regedit atau TaskManager
By Izo on October 30th, 2007 | 5 Comments
Seringkali berlaku mutakhir ini beberapa komputer dan laptop menghadapi masalah apabila Regedit atau TaskManager telah tidak berfungsi.
Hal ini disebabkan oleh sejenis worm bernama W32.Yautoit.N. Ia ialah worm yang disebarkan melalui Yahoo! Messenger. Seterusnya pengguna akan memindahkan worm tersebut kepada pengguna lain melalui pendrive dan disket. Hal diperburukkan lagi apabila komputer tidak mempunyai perisian anti-virus dan anti spyware terkini.
Tulisan ini cuba membantu untuk anda memahami dan menyelesaikan masalah ini.

Virus/worm ini telah menyekat program tersebut dari dilaksanakan… (rvhost.exe, sohanad/yautoit, fujacks, bro-act dan sebagainya yang mengganggu setting)…
Adakah laptop atau PC anda dijangkiti RVHOST?
(more…) -
10 Trend di Dunia Teknologi Maklumat
By Izo on October 30th, 2007 | No Comments
COMPUTEX TAIPEI 2007 Satu pameran ICT tahunan yang berlansung pada 5 Jun lalu merupakan pameran ICT yang terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia telah menggaris 10 trend terkini yang berlaku di dalam teknologi maklumat seantero dunia yang biasanya akan menjadi kenyataan dalamasa 1-2 tahun.
Trend pertama adalah perisian yang berasaskan Microsoft Vista, termasuklah perkembangan komputer riba yang dikuasai oleh enam perusahaan pengeluar notebook terbesar di dunia, Quanta, Compal, Wistron, Inventec, Asus dan Foxconn.
Trend kedua merupakan inovasi di dunia konsol permainan, seperti Wii, PS3 dan Xbox, termasuk perkembangan peralatan sampingannya yang jumlahnya amat lumayan dan mengikuti perkembangan dari peranti lunak yang sedia ada.
Trend ketiga berkaitan dengan perkembangan di dunia television LCD berukuran besar, 32, 37 dan 40 inci yang banyak dipasang di ruang terbuka seperti dataran-dataran, mall-mall dan lobi pejabat dan syarikat. Dunia LCD yang “dikuasai” oleh Jepun dan Korea sedikit diambil oleh beberapa vendor dari Taiwan, seperti MiTAC, Compal dan Wistron.Trend keempat yang hampir sama dengan trend ketiga di atas, iaitu makin banyaknya pengeluaran layar LCD yang secara siginifikan mengenepikan pemakaian monitor CRT, terutama dengan perkembangan pesat didalam penggunaan notebook yang naik sampai 33% di tahun 2006 lalu.
Trend kelima merupakan trend yang tidak putus-putus di dalam beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu apa yang disebut sebagai “emas hitam” atau memori DRAM yang keperluannya meningkat sehingga mencecah 35 juta dolar Amerika.
Trend keenam berhubungan dengan perkembangan telekomunikasi bergerak iaitu peralatan telefon selular dengan teknologi 3.5G yang sarat dengan berbagai keterbatasan paten dan monopoli teknologi.Trend ketujuh adalah naiknya penjualan komponen semikonduktor di bidang telekomunikasi, yang seiring dengan penurunan penjualan semikonduktor di komputer atau PC.
Trend kelapan mengukuhkan kelahiran 802.11n, iaitu piawaian wireless LAN (WIFI) yang akan segera menjadi piawaian dunia, apalagi jenama-jenama terkenal seperti Apple TV dan Microsoft Vista sedang memanfaatkan teknologi ini secara optimal.
Trend kesembilan mengacu ke perkembangan industri perangkat tenaga solar atau tenaga matahari yang banyak digunakan di negara sedang membangun seperti Indonesia, dan seluruh pengeluar perangkat ini di Taiwan, sangat bergantung pada keperluan bahan utamanya yang sebahagian bukan dari dalam Taiwan.
Trend kesepuluh bergerak di dunia Portable Navigation Device (PND), yaitu perangkat konsumer untuk navigasi, penyesuaian perkembangan GPS dan sekaligus komponen penunjangnya seperti SoC dan Sip Single Chip yang membuat perangkat PND ini semakin kecil dan lebih banyak fungsinya.
-
Dr Sheikh Muszaphar Angkasawan Kedua Malaysia?
By Izo on October 30th, 2007 | 25 Comments
Turun saja ke bumi, angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar terkejut mengetahui beliau adalah orang yang kedua dari Malaysia yang berjaya naik ke langit.
Orang Malaysia yang pertama naik ke langit bukan orang Negeri Sembilan tapi orang Terengganu. Siapakah gerangannya orang itu?
-
Kontroversi "Mata Tuhan"
By Izo on October 27th, 2007 | 2 Comments
Selalukah anda mendongak ke angkasa? Di malam yang cuacanya baik dan kurang awan, anda boleh nampak lautan bintang-bintang, sejauh mata memandang ke zaman silam.
Sejauh mata memandang ke zaman silam? Memang benar. Cahaya bintang yang anda lihat di angkasa itu sebenarnya adalah masa silam anda. Bintang yang paling hampir dengan bumi pun (Alpha Centauri), cahayanya mengambil masa 4 tahun untuk sampai ke sini.
Cahaya matahari yang jaraknya 9 juta batu dari bumi mengambil masa 8 minit untuk sampai kepada anda. Buatlah perkiraan sendiri betapa jauhnya Alpha Centauri itu, apatah lagi bintang-bintang yang lain.
Tahukah anda bahawa terdapat berbilion galaksi di alam ini? Galaksi adalah kelompok bintang-bintang yang beredar pada burujnya, dan terdapat berbilion bintang-bintang dalam hanya satu galaksi. Berapa banyakkah bintang-bintang kesemuanya? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Berbalik kepada angkasa lepas ini, NASA telah menemukan Mata Tuhan. Ia tentulah menjadi satu kontroversi terutamanya bagi umat Islam. Dengan menggunakan Hubble Telescope, mereka telah melihat dengan jelas Mata Tuhan ini.Sila lihat gambar-gambar berikut, inilah yang dinamakan Mata Tuhan oleh NASA (pihak admin Megasutra memuatkan gambar ini di portal ini supaya anda dapat mengaksesnya dengan lebih cepat):
Kemudian gambar ini:
Dan gambar ini:
Sebenarnya Mata Tuhan (The Eye of God) ini hanyalah nama yang digelarkan kepada kelompok bintang dan gas yang menyerupai mata apabila dilihat melalui teleskop Hubble. Sebaik-baiknya nama yang sensitif seperti itu tidak dipilih oleh NASA untuk menggelarkan kelompok bintang ciptaan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sekian sekadar renungan.







Peng'Komen' Berani Mati