Logo Background RSS

» 2007 » October

  • Cinta Lama Biarkan Berlalu
    By Izo on October 21st, 2007 | 4 Comments4 Comments Comments

    Jika ada, itu namanya cinta. Cinta suatu elemen hidup yg amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorg itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka org yg sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka org yg sudah kerepot sudah tiada cinta.

    Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya.

    Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujurannya.

    Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yg kondusif dan eksklusif, tersendiri amat.

    Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah * saudari/saudara * sekarang? Apakah * saudari/saudara * juga sering teringatkanku sebagaimana saya sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringatkan seseorg dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya.

    Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yg pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

    Itulah cinta. Ia misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

    Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.

    Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yg gemilang lagi cemerlang.

    “Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH”. An-Nisa: 34.Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dngan usia yg kian bertambah.

    Wallahualam….

    Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

  • Malaysia bukan "boleh" tapi "bodoh" - Akhbar Australia
    By Izo on October 19th, 2007 | 13 Comments13 Comments Comments

    KUALA LUMPUR, 17 Okt: Sebuah akhbar Australia bukannya menyifatkan Malaysia sebagai “boleh” tetapi “bodoh” apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas.
    Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman dalam tulisannya menyifatkan para pemimpin Malaysia sering berbangga dengan pencapaiannya tetapi apabila ditanya kepada orang luar Malaysia, di manakah Malaysia? mereka tidak akan tahu pun negara kecil itu.

    “Thas not Malaysia “boleh”, that’s Malaysia “bodoh” (stupid),” tulis Backman mengakhiri tulisannya yang disiarkan 15 November 2006 lagi ketika Malaysia sedang mengwar-warkan akan menghantar rakyatnya ke angkasalepas.

    Ia disebarkan secara meluas dalam internet selepas Angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muzaffar Shukur dihantar ke ISS menggunakan kapal angkasa milik Rusia baru-baru ini.

    Menurut Backman, pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) sering menunjuk-nunjuk dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia.

    Antaranya, Malaysia menggunakan syarikat minyak miliknya, Petronas untuk membina Kuala Lumpur City Centre (KLCC), iaitu bangunan yang tertinggi ketika ia dibina.

    “Malaysia sangat berbangga dengan bangunan ini. Padahal mereka hanya membuat sedikit sahaja untuknya.

    “Duitnya datang dari bumi (minyak Petronas), juruteranya dikontrakkan kepada syarikat Korea Selatan.

    “Bahkan, mereka tidak pun menguruskan kompleks perniagaan yang ada di bangunan ini. Ia diuruskan oleh syarikat Australia, Westfield,” tulis Backman dalam tulisannya.

    Tentang angkasawan, Backman menulis, rakyat Malaysia itu hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja.

    “Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata ‘boleh”. Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka,” tulis Backman.

  • Jais halang ceramah agama
    By Izo on October 2nd, 2007 | 3 Comments3 Comments Comments

    Peristiwa sebenar yang berlaku di dalam sebuah negara Islam Hadhari.

    Peristiwa Ar - Raafiq
    01-10-2007 10:42:39 AM

    TIGA hari sebelum saya dijadualkan untuk membentang Muqaddimah kitab Feqhud Daulah Karangan Dr. Yusuf al Qaradhawi pada Majlis Tafaqquh Fid Deen di Surau Ar Raafiq di Seksyen 7 Kota Damansara , saya telah menerima tidak kurang 10 maklumat melalui sumber yang berauthoriti dan juga SMS bahawa pihak JAIS akan menangkap saya di surau tersebut.

    Sehari sebelum jadual itu berlangsung ( iaitu pada 29 Sept 2007, hari Sabtu) , pihak penganjur telah menghubungi saya bagi mengesahkan laporan bahawa saya akan ditangkap oleh JAIS jika menghadhiri program Tafaqquh Fid Deen keesokkan harinya jam 9.00 am adalah laporan yang benar dan tepat.

    Pihak cuba mendapatkan keputusan dari saya , apakah saya akan hadhir atau tidak ?

    Saya menegaskan bahawa program Tafaqquh Fid Deen mesti diteruskan dan saya pasti akan hadhir. Pihak JAIS tidak sepatutnya mengambil langkah sedemikian kerana terlalu banyak kerja yang boleh mereka lakukan terutama pada Ramadhan ini , seperti menangkap golongan yang tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai.

    Jika tindakan JAIS itu adalah bertujuan untuk menakutkan saya agar tidak menyampaikan ilmu agama ini kepada masyarakat , ternyata tindakan JAIS itu sia - sia malah tidak sedikit pun menjejaskan reputasi saya sebagai seorang pejuang Insyaallah .
    (more…)

  • 2 Berita gembira untuk usahawan Internet Malaysia
    By Izo on October 1st, 2007 | 3 Comments3 Comments Comments


    Baru-baru ini Google telah melancarkan kemudahan Western Union untuk pengguna2 mereka drpd Malaysia. Ini memudahkan usahawan2 internet Malaysia, penggiat2 Adsense terutamanya, mengeluarkan duit drpd account adsense mereka. Tidak perlu lagi tunggu Google post cheque ke rumah kita seperti kebiasaan. Dan menunggu sebulan atau lebih untuk cheque di’cash’kan (Maybank sebulan jer) ke dalam account bank. Dengan Western Union, duit drpd account adsense anda akan di cash ke dalam account bank anda dalam masa yang singkat. Ini berita baik buat penggiat2 adsense.

    Untuk berita lebih lanjut:
    http://www.yugatech.com/blog/adsense/adsense-payouts-thru-western-union/


    Belum lagi kegembiraan itu reda, PayPal pula mengumumkan yg pengguna2 mereka dapat mengeluarkan duit melalui Kad Kredit/Debit. Rasanya berita ini lagi HOT. Pasal kita dah sedia maklum yang PayPal tidak dapat access secara direct kepada bank2 di Malaysia. Tidak seperti pengguna PayPal di Singapura yg dapat memindahkan duit PayPal mereka secara direct ke dalam account bank mereka. Ini kadang kala menyukarkan usahawan2 internet di Malaysia untuk mengeluarkan duit drpd PayPal. Sehingga ada yg mengcadangkan supaya usahawan internet di sini membuka satu account bank di Amerika ataupun Singapore. Dengan alternatif terbaru ini saya harap kita dapat memanfaatnya dgn sebaik mungkin.

    Keterangan lanjut:
    http://aycu32.webshots.com/image/28031/2000867637130384769_rs.jpg