Logo Background RSS

» 2007 » November

  • Liputan Video Perhimpunan Bersih oleh BBC dan CNN
    By Izo on November 14th, 2007 | 6 Comments6 Comments Comments

    BBC:

    CNN:

    Laporan daripada CNN
    http://www.cnn.com/2007/WORLD/asiapcf/11/10/malaysia.protests/index.html

    UMNO boleh tipu rakyat malaysia, tetapi mereka tidak boleh menipu dunia.

  • BERSIH - Bukti keganasan FRU
    By Izo on November 14th, 2007 | No Comments Comments

  • Khairy menelan ludah sendiri
    By Izo on November 14th, 2007 | 1 Comment1 Comment Comments


    Khairy Jamaluddin mengatakan yang peserta2 BERSIH yang berdemonstrasi itu ibarat ‘beruk-beruk di jalanan’. Cuba kita lihat video ini. Ibarat menelan ludah sendiri. :D

  • Syabas Bersih! Mari perbetulkan demokrasi pilihan raya yang pincang
    By Izo on November 13th, 2007 | No Comments Comments

    Oleh: Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

    Bagi pihak PAS saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan dan fahaman politik, yang telah turun berama-ramai untuk menjayakan Himpunan Aman BERSIH pada hari Sabtu 10 November, 2007 yang lalu.

    Ternyata Himpunan Aman BERSIH itu telah berjaya walaupun terdapat usaha untuk menggagalkannya dari berbagai pihak.

    Mudah-mudahan semangat dan daya juang yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu, akan berterusan sehinggalah ianya dipenuhi oleh pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

    Sesungguhnya demokrasi yang diamalkan di negara kita ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya sistem pilihan rayanya pincang dan tempang.

    Saya turut merakamkan tahniah khas kepada Unit Amal Malaysia yang di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat kerana berjaya menjalankan tugas dengan penuh berani, amanah dan dedikasi.

    Dan hakikat ini bukan hanya diiktiraf oleh pihak PAS malah semua yang hadir termasuklah kebanyakkan laman-laman web bukan PAS yang turut mengiktiraf dan menghargai peranan Unit Amal Malaysia itu.

    Pimpinan dan seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS berbangga dengan keberanian, amanah dan dedikasi pasukan Unit Amal yang bertugas pada hari tersebut khasnya di kawasan Masjid Jamek, yang telah sekaligus mengharumkan nama parti dikalangan orang-ramai termasuklah media antarabangsa yang membuat liputan.

    Ternyata pihak penganjur dengan bantuan Unit Amal Malaysia mampu untuk memastikan kelicinan dan ketenteraman mereka yang berhimpun secara aman pada hari tersebut, dan jika ianya berjalan tanpa gangguan sudah pasti tiada tangkapan atau penyuraian secara paksa perlu dilakukan.

    Syabas dan tahniah kepada semua pihak, dan semoga perjuangan murni kita ini akan beroleh kejayaan, insyallah.

    Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
    Presiden PAS

  • Zainuddin Maidin yang ‘bergigi kuning’
    By Izo on November 13th, 2007 | 4 Comments4 Comments Comments

    Bagi kami yang berada di luar negara, 10 November 2007 memang satu hari yang mendebarkan. Jarak tidak membenarkan kami turut serta untuk mengharungi tembok polis, perang saraf, ugutan ’saya pantang dicabar’ dalam sama-sama mencipta sejarah tanahair yang lebih hebat dari makan angin ke angkasa atau meng’angkasa’kan bangsa.

    Memang terasa ingin sekali turun ke jalan raya untuk menyuarakan protes aman sebagaimana termaktub dalam rukun demokrasi. Ramai yang masih menganggap, demokrasi itu sekadar pilihan raya. Dan pilihan raya itu sekadar membuang undi.

    Perarakan anjuran BERSIH ini mengembalikan nostalgia sewaktu dikejar polis dan disembur air di era reformasi. Setiap petang Sabtu untuk ramai-ramai mengutuk-ngutuk sang PM ketika itu.

    Perbicaraan ’tilam sebagai saksi’ dan Balck 14 yang memberi pengalaman sebagai rakyat yang prihatin dan mahukan perubahan.

    Itu adalah deretan peristiwa yang tidak mungkin dilupakan, kerana selepas pilihan raya, saya dibuang kerja 24 jam tanpa alasan dan menjadi imigran sehingga sekarang.


    Panggilan untuk berdemonstrasi dalam menegakkan kebenaran akan sentiasa disahut. Peduli apa dikategorikan halal atau haram mengikut hukum hadhari dari golongan yang semakin tidak peduli, samada halal atau haram, demi mencapai matlamat untuk terus kekal berkuasa atau mahu menjadi perdana menteri sebelum umur 40 tahun.

    Tentunya puak-puak ‘beraja di mata, bersultan di hati’ yang sejak 50 tahun lalu, evergeen dari dulu, kini dan selamanya ini terus mahu berkuasa melalui proses ‘pilihan raya paling demokratik ala Malaysia’.
    (more…)