Logo Background RSS

» 2008 » January

  • Pak Samad tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara
    By Izo on January 20th, 2008 | 2 Comments2 Comments Comments

    A. Samad SaidA. Samad Said dengan nada kecewa dan marah mengumumkan bahawa beliau tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara. Ini berikutan dengan peminggirin karya-karya Sasterawan Negara oleh Kerajaan. Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan baru-baru ini untuk menukar teks sastera sekolah dengan novel-novel remaja seperti karya Ahadiat Akashah. Sila klik disini.

    Pak Samad mengumumkan perkara tersebut pada (19 Januari 2008) pada pukul 5.35 petang di Acara Baca Puisi, RA Fine Arts Gallery.

    IzoBlog: “…novel-novel Ahadiat Akashah seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari akan menjadi rujukan para pelajar….”

    Bior tak betul kerajaan UMNO nie? Sapa dah pernah baca buku2 nie?

  • Fakta atau Auta?
    By Izo on January 18th, 2008 | 5 Comments5 Comments Comments

    :) Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

    :) Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

    :) Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

    :) Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

    :) Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

    :) Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

    :) Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

    :) Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

    :) Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

    :) Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

    :) Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

    :) Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

  • Bayi Baru lahir dah bergigi
    By Izo on January 16th, 2008 | 2 Comments2 Comments Comments

    Bayi Ajaib IzoBlog.comPEKAN: Seorang bayi lelaki berusia 22 hari menarik perhatian umum apabila sudah tumbuh sebatang gigi di bahagian depan gusi bawahnya ketika dilahirkan.

    Bayi itu, Johann Abraham Mohd Mustafa dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dengan berat 3.55 kilogram, pada 24 Disember lalu.

    Ibunya, Khairani Mat Sood, 38, dari Taman Pelangkah, Pulau Keladi, di sini, berkata mulanya dia menyangka benda putih dan keras pada mulut anak keenamnya itu sebahagian gusi.

    Namun, menurutnya, selepas seminggu benda putih itu membesar dan membentuk sebatang gigi sempurna.

    “Kejadian berkenaan mengejutkan seluruh keluarga dan kami menganggapnya unik dan mengikut orang tua-tua, bayi lahir bergigi akan membawa tuah kepada keluarga.

    “Kami berharap andaian itu benar dan menjadi kenyataan berikutan kelahirannya agak pelik berbanding lima anak lain,” kata suri rumah itu.

    Menceritakan detik kelahiran Johann, Khairani berkata, bayi itu dilahirkan dalam suasana penuh kesukaran ketika Pahang dilanda banjir besar akhir tahun lalu.

    “Sebelum dia dilahirkan, saya sekeluarga menetap sementara di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (SHAH) Pekan, apabila rumah ditenggelami air.

    “Ketika sakit mahu bersalin, saya diterbangkan ke HTAA menaiki helikopter Nuri pada 23 Disember lalu kerana semua jalan terputus hubungan akibat banjir.

    “Johann selamat dilahirkan esoknya kira-kira jam 10.15 malam. Namun, proses kelahirannya tidak banyak berbeza dengan lima anak lain dan kami dua beranak dibenarkan pulang tiga hari kemudian,” katanya.

    Menurutnya, setakat ini, dia belum lagi membawa Johann menemui doktor gigi untuk pemeriksaan tetap setiap hari, dia mencuci gigi itu menggunakan tuala lembut bagi menjaga kebersihan.

    Izo - Subhanallah, inilah yang dikatakan kuasa Allah!

  • RTM Gelabah, Talian Terus Di Matikan
    By Izo on January 16th, 2008 | No Comments Comments

    RTMSyabas Dr Mansur yang berani memperjuangkan kebenaran malam tadi. Sekalung tahniah dari saya untuk anda kerana berjaya membuatkan RTM menggelabah.

    “Isu Semasa” kelolaan RTM malam tadi yang membincangkan Harapan 2008 tiba-tiba “panas” apabila seorang pemanggil yang bernama Dr Mansur mengatakan Harapan 2008 nya adalah untuk bertukar kerajaan.

    Lebih menghangatkan forum pada malam itu adalah kerana kelantangan Dr Mansur yang mengatakan para panel buta tuli dengan perkara yang berlaku seperti rasuah, harga barang yang naik dan skandal yang membabitkan pemimpin di pandang remeh dan Dr Mansur mengatakan yang ahli panel pada malam itu pengampu kerajaan terutama OKU yang di lantik Senator itu.

    “Jangan hanya anda telah dilantik jadi “Senator” oleh kerajaan maka anda mengikut kata telunjuk kerajaan walaupun tidak benar” antara kata-kata Dr Mansur.

    Dr Mansur juga mengatakan yang tindakan ahli panel mempertikaikan pembangkang dikecam oleh beliau kerana pembangkang juga memainkan peranan dalam memperjuangkan yang tidak betul.

    Seperti biasa dan di duga, percakapan beliau di potong taliannya oleh RTM. Namun, dengan cepat pengacaranya berkata itulah RTM yang sentiasa mendengar pandangan samada dari pihak menyokong atau tidak. Itu semua hanya sandiwara RTM sahaja.

    Sekali lagi tahniah saya ucapkan kepada Dr Mansur kerana bijak menggunakan kesempatan yang ada. Sekurang-kurangnya beliau berjaya membuat RTM menggelabah pada malam itu.

  • My Blog and Website Update
    By Izo on January 15th, 2008 | 8 Comments8 Comments Comments

    Assalamualaikum.

    Kali ini saya tertarik untuk menulis tentang situasi yang baru sahaja berlaku di blog ini. IzoBlog baru saja dinaiktaraf oleh google daripada PageRank 1 untuk tahun lepas, kepada PageRank 2 untuk awal tahun ini. Ini adalah merupakan page rank update yang kedua ditempuhi oleh IzoBlog.com. Satu permulaaan yang baik untuk tahun ini. ;-)
    PageRank IzoBlog
    Teringat semasa diawal melibatkan diri di dalam dunia pembuatan website ini, terasa ingin mendapatkan page rank adalah begitu sukar tetapi kini dengan dengan pengetahuan yang dipelajari saya rasakan begitu mudah untuk mendapatkan page rank. Ucapan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana kesudian anda melawat blog yang tidak seberapa ini. Tanpa sokongan anda, tentu sukar untuk Blog ini terus bernafas.

    Ada orang tanya penting ke PageRank sesuatu website tersebut? PageRank dan LinkBack ke website anda adalah amat penting sebenarnya. Semakin tinggi PageRank dan semakin banyak LinkBack ke website anda, harga website anda automatik akan melambung. Tak caya? Cuba lihat web BlogOhBlog, sebuah blog yang menyediakan perkhidmatan theme wordpress percuma. Web tu asalnya kepunyaan orang Malaysia kita jugak, PageRank 6 dan mempunyai LinkBack yang banyak ke website dia. Disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, akhirnya dia melelong website tersebut kepada umum. Terus dibeli oleh Jai Nischal Verma daripada India. Harganya berapa? Saper tahu? :D

    USD 10,000

    Dan semalam jugak saya baru selesai menyiapkan satu website baru, berkenaan komputer. Siap video lagi. :) Anda boleh melawatnya di sini:
    http://www.computertipsvideo.com. Harap dapat sebarkan kepada umum ya! Tolong sikit promote. Letih promote sorang2 :D