Dollah betul-betul marah apabila dikatakan bahawa TG Hj Hadi membenarkan rakyat mengumpat. Kononnya kenyataan itu adalah FATWA terbaru Pemimpin pas itu. Tuduhan itu membuktikan bahawa UMNO dan BN sudah kelam kabut dan terdesak membuat fitnah. Ianya bukan lah FATWA sebagaimana yang digembar gemburkan. Haji Hadi tidak langsung terbabit dengan Majlis Fatwa yang bertindak mengeluarkan FATWA. Manakala, Sejauh mana Barisan Nasional mengikuti undang undang Islam pula? Nampaknya keadaan itu boleh dirujuk dengan tuduhan tuduhan rasuah, bunuh, letup bom dan isu kehakiman VK lingam.
Nak kata macam mana lagi. Bimbang kerajaan bukan kepalang. Telah beberapa kali di sebut oleh puak pemimpin Barisan Nasional bahawa mereka tidak bertindak menyerang individu, tetapi sebaliknya Dollah Badawi di dalam tidak sedar dan hilang ingatannya telah mencemuh peribadi TG Hj Hadi. Dimanakah pendirian sebenar UMNO dan Barisan Nasional di dalam memberikan syarat serta melaksanakan kata kata?
Nampaknya permainan politik kedua dua parti semakin rancak. Serang bila diserang. Siapa yang menyerang dan siapa yang diserang? Ada yang kepanasan, siang, pagi petang malam kerana nyawa dihujung tanduk. Tanduk akan tunggu masa untuk terkehel.
Kata dulang paku serpih, kata orang dia lah yang lebih. Alang alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan dan tanya diri masing masing …… NAK MENGUMPAT atau NAK MEREMPAT? Rakyat buat keputusan.
UBAH SEBELUM PARAH.
IzoBlog: Bleh rujuk juga posting saya sebelum ini: http://www.izoblog.com/agama/mengumpat-yang-dibolehkan. Mendedahkan penyalahgunaan kuasa, adakah itu mengumpat? Mendedahkan amanah rakyat yang dikhianati adakah itu dikira mengumpat? Membela rakyat yang dizalimi, adakah itu dikira mengumpat? Dalam al-Quran Allah tidak suka berterang-terangan menyatakan perkara yang tidak baik kecuali bagi mereka yang teraniaya.
Firman Allah bermaksud; “Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”





Telefon tangan Rahamat Idil Latip terus berdering-dering walaupun ketika diwawancara Malaysiakini.


Peng'Komen' Berani Mati