Logo Background RSS

» 2008 » February

  • SPR mampu ‘mematikan yang hidup’ dan ‘menghidupkan yang mati’
    By Izo on February 26th, 2008 | 1 Comment1 Comment Comments

    RaSHITBarangkali dengan tajuk yang sebegini boleh membuatkan sesetengah pembaca tertanya-tanya, kenapa atau barangkali jua mengapa?

    Saya selalunya jarang atau boleh di katakan kurang berminat dengan corak politik Malaysia walaupun secara dasarnya sejak kecil lagi saya di besarkan dalam keluarga yang berpegang kuat dan bersemangat memperjuangkan politik, terutamanya UMNO. Saya selalu juga memberi alasan bahawa politik ini lebih bersifat “memperkayakan”dari sifat yang sepatutnya “memperjuangkan”. Secara langsung, dunia politik itu sendiri yang membuatkan saya menolaknya. Harus di akui, dengan cuaca politik jugalah kita di merdekakan. Saya terima hakikat ini.

    Dalam waktu-waktu yang mana suhunya semakin memuncak kerana Pilihanraya Umum ke 12, saya ikut terkena bahangnya dan sebagai seorang yang merasakan bahawa mengundi itu adalah hak setiap individu dan telah pun lama mendaftar sebagai pemilih, saya terkejar-kejar jejeran berita, baik di televisyen ataupun yang terpampang di akhbar.

    Untuk memperkukuhkan kelayakan saya mengundi pada tahun 2008 ini, siang tadi(26-Feb-2008) saya menghubungi ibu di kampung bagi mengesahkan kepulangan saya untuk mengundi. Ketika galak bercerita, saya bertanya ibu perihal datuk saya yang bersemangat tinggi setiap kali tibanya pilihanraya. Ibu mengkhabarkan bahawa datuk kecewa. Tetapi mengapa?

    Datuk kecewa kerana namanya tiada dalam senarai daftar pemilih yang baru di keluarkan untuk tahun 2008, ibu menyifatkannya sebagai kesilapan teknikal dari Suruhanjaya Pilihanraya.

    Saya kurang berpuas hati dan membuat panggilan ke Suruhanjaya Pilihanraya di Putrajaya dan membuat semakan bagi pihak datuk. Amat mengejutkan bila di maklumkan oleh seorang kakitangan yang bernama Puan Effa bahawa nama datuk telah di keluarkan dari senarai daftar pemilih kerana telah meninggal dunia pada 1966, sebelas tahun sebelum saya di lahirkan. Setelah agak lama bertegang leher, saya di syorkan untuk menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya untuk membuat semakan status diri datuk. Maklumat yang saya perolehi dari JPN sedikit membuatkan saya tersenyum. Jauh di hujung talian, kakitangan JPN mengesahkan bahawa datuk saya masih dalam status “aktif”(masih hidup)!

    Saya kembali menghubungi SPR namun tiada maklumbalas dan secara langsungnya datuk saya yang berusia 74 tahun telah di matikan oleh SPR ketika beliau berusia 47 tahun lagi. Hebat sungguh peranan SPR!

    Mulai dari saat ini,saya mula menerima tindakan pertubuhan BERSIH membantah,saya juga mula menerima tindakan Mohd Sabu mengoyakkan surat bantahan di ibu pejabat SPR dan juga sudah boleh menerima bahawa SPR hanyalah sebuah nama yang meletakkan slogan “cekap dan telus”sebagai syarat sahaja.

    Tidak hairanlah juga kenapa PAS terus melalak,Keadilan terus berteriak,DAP semakin galak dan BN?BN berterus dengan gelak……..

    Luahan Rasa oleh: Shahrul Rock

    IzoBlog: Yang hidup dibuang daripada daftar mengundi, yang dah lama meninggal masih lagi kekal di dalam daftar pengundi. Kesilapan teknik ke tu? Percaya sangatlah korang kat Rashid cakap database tak uptodate. :|

  • Another Five Years of Same old Promise
    By Izo on February 26th, 2008 | 6 Comments6 Comments Comments

    or another five years for these…


    mmmm….


    with KJ and Patrick Badawi Lim. Kroni tu..
    (more…)

  • Gelombang BN di Kelantan Amat Hambar
    By Izo on February 26th, 2008 | No Comments Comments

    Rata-rata para wartawan yang membuat liputan media sempena PRU 12 di Kelantan merasakan bahawa BN sudah menempah maut di Kelantan. Di dalam sessi taklimat media harian PAS, seorang wartawan dari Kuala Lumpur mengatakan kepada Dato’ Husam bahawa dia merasakan seolah-olah gelombang kebangkitan BN hanya mainan media di KL sebab bila di Kelantan, BN seolah hidup segan mati tidak mahu.

    Bagaimanapun, Dato’ Husam dengan rendah diri berkata, PAS tidak akan terpedaya dengan gelombang tidak menjadi BN kerana PAS kenal sangat musuh tradisi rakyat itu. BN mempunyai kekuatan jentera dan stamina yang sukar ditandingi.

    Sokongan media juga semakin melonjak-lonjak buat rakyat walaupun tulisan mereka ‘dimasakkan’ pula di Kuala Lumpur.

    Masalah sebenarnya hari ini, musuh BN di Kelantan dan di Malaysia bukan lagi PAS tetapi rakyat Malaysia yang selama ini senyap dari menyatakan pendirian politik mereka.

    Bagi pembaca Kickdefella di Republic Ireland, Ireland Utara, Wales, England, Scotland, Jordan, Yaman, Canada, Amerika Syarikat dan New Zealand dan terpencil dari maklumat semasa di Kelantan, sila maklum bahawa kebangkitan rakyat Kelantan menentang Barisan Nasional begitu jelas sekali. Bagi pembaca Kickdefella di seluruh Malaysia, Kickdefella ingin menjemput anda bersama-sama menyertai kebangkitan rakyat di Kelantan.

    Pilihanraya 8 Mac bukan lagi soal PAS menentang BN tetapi pertarungan satu lawan satu antara rakyat menentang BN.

    Sementara itu kepada Khairy Jamaluddin, sebentar tadi Dato’ Husam mengumumkan kepada media bahawa menjelang tarikh pilihanraya nanti, dia akan membongkar segala taktik dan strategi Khairy Jamaluddin untuk PRU 12 yang melanggar peraturan dan undang-undang negara. “90% maklumat itu kini sudah berada di tangan saya. Bersabarlah” kata Husam.

    Sidang media hari ini juga turut disertai oleh seorang blogger dari Kuala Lumpur.

    Ehsan daripada: Kickdefella

  • Calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu
    By Izo on February 26th, 2008 | 6 Comments6 Comments Comments

    Maimun YusufAnda kenal dengan gambar nenek di sebelah ini?

    Dialah Calon Bebas yang bersaing merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89, kini mula berkempen dengan berbasikal dari rumah ke rumah sambil menjual kain.

    Warga emas dari Kampung Atas Tol itu, berkata menjual kain pekerjaan tetapnya sejak 15 tahun lalu sekali gus memudahkan tugasnya berkempen untuk ‘Parti Tanah Melayu Bersama Dalam Islam’ menggunakan lambang kunci.

    Menurutnya, antara persediaan yang sudah dilakukannya termasuk menempah 1,000 keping poster untuk ditampal di sekitar kawasan kampung dan bandar ini serta membeli telefon bimbit membabitkan kos kira-kira RM3,000.

    “Sudah menjadi kebiasaan tok akan keluar menjual kain dari jam 8 pagi hingga tengah hari dan sambil menjual kain, tok boleh berkempen untuk parti kunci.
    “Tok memang mengharapkan kemenangan kerana banyak faedah rakyat akan dapat termasuk buat rumah, sekolah dan pejabat mengikut rekaan terkini kerana sekolah yang ada sekarang fesyen lama dan warnanya tidak cantik,” katanya ketika ditemui berkempen di sekitar rumahnya di Kampung Gong Gemia, di sini, semalam.

    Walaupun sudah lanjut usia, wanita itu masih mampu mengayuh basikal bagi memastikan dia memenangi pilihan raya kali ini.

    Bagi kerusi Parlimen berkenaan, Barisan Nasional (BN) diwakili penyandangnya, Datuk Razali Ismail berdepan Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden Pas.

    “Tok tak percaya kepada mana-mana parti sebab itu masuk bertanding. Walaupun tak pandai membaca dan menulis, tok akan menggunakan khidmat kerani membantu kerja menguruskan dokumen jika menang,” katanya.

    Menurutnya, kelmarin, dia mengupah anak rakannya, RM20 bagi mengisi borang penamaan calon kerana dia sendiri tidak tahu menulis dan membaca.

    Katanya, dia mengumpul RM10,000 itu hasil jualan kain dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan dan menolak dakwaan konon wang pertaruhan itu hasil jualan tanah pusaka.

    IzoBlog: Hehehe…orang kampung saya tu. Saya pun hairan sebenarnya, camnerlah dia boleh nak masuk bertanding, kerusi parlimen pula tu. Dengar2 cerita daripada anak saudara dia (orang kampung saya juga) , mak saudara dia tu memang mempunyai semangat perjuangannya sendiri. Orangnya jenis suka berjuang. Semua duit yang dia gunakan tu adalah hasil pendapatannya sendiri. Pilihanraya sebelum nie pun dia cuba jugak masuk, tetapi permohonannya ditolak atas sebab2 tertentu. Masa hari pencalonan baru2 ni..elok2 pula boleh lepas. Siap lengkap pula dokumen2 dia tu. Calon BN ada yang tak mematikan setem. Malu kat Tuk kita nie. :D

  • Janji 7 tahun di mana?
    By Izo on February 26th, 2008 | 3 Comments3 Comments Comments

    Copy code di bawah dan masukkan di blog atau website anda.

    Masih lagi menaruh kepercayaan kepada mereka?