Logo Background RSS

» 2008 » March

  • Buaya julung-julung sesat di muara Sungai Terengganu
    By Izo on March 31st, 2008 | No Comments Comments


    BUAYA julung-julung yang berjaya dirakamkan oleh seorang pekerja binaan di tebing Sungai Terengganu di Pulau Duyong semalam.

    KUALA TERENGGANU - Kemunculan tiga ekor buaya dikenal pasti sebagai spesies julung-julung di muara Sungai Terengganu baru-baru ini menimbulkan tanda tanya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) negeri itu.Ini kerana menurut Pengarahnya, Rozidan Md. Yasin, spesies tersebut tidak pernah muncul di negeri ini ditambah pula keadaan persekitaran air tawar memang tidak sesuai untuk reptilia berkenaan.”Sebelum ini kami hanya menerima laporan tentang kehadiran buaya tembaga sahaja kerana keadaan sungai memang sesuai dengan buaya jenis itu.

    “Tapi kali ini hairan juga kerana buaya julung-julung tidak tinggal di kawasan yang berair masin,” katanya ketika mengulas penemuan haiwan tersebut yang mula kelihatan di persekitaran Pulau Duyong Khamis lalu.

    Semalam, tiga pegawai Perhilitan melawat kawasan penemuan haiwan tersebut dan melihat gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit oleh seorang pekerja binaan yang ternampak buaya berkenaan.

    Rozidan tidak menafikan kemungkinan buaya itu tersesat.

    “Berdasarkan pengamatan, saya rasa buaya ini hanya menumpang, bukan membiak di sini dan ia akan kembali ke tempat asalnya,” kata beliau.

    Ditanya sama ada ia spesies berbahaya, beliau menjelaskan, ia bukan pemangsa manu- sia.

    Beliau menambah, kawasan muara itu yang bising dengan projek pembinaan selain ketia- daan pokok nipah menjadikannya bukan tempat kesukaan untuk habitat buaya.

    “Buaya suka tempat yang tenang dan banyak pokok nipah untuk membiak,” ujarnya.

    Bagaimanapun, sekiranya haiwan tersebut muncul kembali, Rozidan meminta orang ramai menghubungi Perhilitan dan tidak menganiaya haiwan itu.

    Sumber: Kosmo Online

  • Celaka punya Belanda
    By Izo on March 30th, 2008 | 7 Comments7 Comments Comments

    Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam. “Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan.

    Mahathir gesa umat Islam seluruh dunia pulau produk Belanda

    KUALA LUMPUR 29 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet…. Berita Penuh

    Protest: Up to 3,000 Dutch rallied Saturday against the film by far-right politician Geert Wilders, who has yet to secure an outlet for it.
    Protest: Up to 3,000 Dutch rallied Saturday against the film by far-right politician Geert Wilders, who has yet to secure an outlet for it.

    Kenali musuh anda !!!

    Sedikit tentang si bangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!

  • Video sambutan luarbiasa terhadapTuanku
    By Izo on March 29th, 2008 | No Comments Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Syabas rakyat Terengganu di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YDPA Tuanku Mizan…. Setinggi-tinggi Kasih saya junjung ke bawah DYMM YDPA Tuanku Mizan kerana berpegang pada prinsip dan tidak akur pada tekanan BN. Daulat Tuanku!! Tuanku dan rakyat ibarat aur dengan tebing saling perlu memerlukan, saling kasih mengasihi antara satu sama lain… di harap kebijaksanaan dan kasih Tuanku dicontohi oleh Institusi Di Raja yang lain… Dengarlah sama rintihan rakyat…

    IzoBlog: Tuanku begitu terharu dengan sambutan dan sokongan ribuan rakyat Terengganu. Dianggarkan lebih kurang 10,000 orang berhimpun memberi sokongan kepada Tuanku. Ambe hairan…camne sebelum ni Rosol Wahid dan Dolah Badawi boleh cakap rakyat Terengganu tetap terus memberi sokongan kepada Derih Jusoh.

  • Gambar Sekitar Pelancaran Tandatangan, Riben dan Munajat Rakyat
    By Izo on March 29th, 2008 | No Comments Comments

    Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa dan pada hari program berlangsungnya pelancaran Tandatangan Sokongan dan Riben Kuning serta Munajat Rakyat yang diadakan di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) malam Jumaat baru nie.

    Alhamdulillah nampaknya sokongan dan penglibatan yang hadir sungguh memberangsangkan. Aku sendiri sempat serempak dengan Che Mat Jusoh Senapang yang turut turun memberikan sokongan. Program adalah di bawah kelolaan Mampat, yang turut disertai beberapa NGO dan Alumni sekolah. Kutipan tandatangan dan pembahagian riben bermula sekitar jam 5.00 petang sehingga jam 10.00 malam. Juga terdapat stiker “Daulat Tuanku” serta lencana. Aku cuma sempat ambil stiker je. Itupun setelah menebalkan muka dengan meminta dari seorang Ajk program.


    Sidang Media Pelancaran. Pengerusi Mampat, Cikgu Fauzi (memakai kopiah) diapit wakil-wakil NGO dan Alumni sekolah-sekolah.


    Ustaz Azhar Idrus turut hadir memberi sokongan. Di sisi ustaz adalah kamera miliknya. Ustaz nampaknya agak berminat dengan kamera.


    Berpusu-pusu menurunkan tandatangan dan mengambil riben.
    (more…)

  • Sambutan besar-besaran ketibaan Agong di Terengganu
    By Izo on March 28th, 2008 | 2 Comments2 Comments Comments

    sultan mizan zainal abidin the new agong agung kingYang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu akan berangkat pulang pagi Sabtu ini(esok). Kepulangan baginda menjadi tumpuan ekoran tercetusnya krisis pelantikan menteri besar Terengganu.

    Baginda dijadual tiba jam 10 pagi dan akan disambut secara besar-besaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud di Seberang Takir.

    Sambutan tersebut akan dianjurkan oleh sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai mewakili rakyat negeri Terengganu.

    Jurucakapnya, Fariz Musa berkata, kira-kira 10,000 orang dijangka berkumpul di lapangan tersebut sebagai tanda taat setia dan sokongan mereka kepada baginda sultan.

    IzoBlog: Semua rakyat Terengganu dijemput hadir esok. Bukan Terengganu pun boleh juga kalau nak datang. Datang awal sikit. Kalau boleh pakai baju warna kuning sebagai tanda sokongan kita kepada Tuanku Sultan. Baju BERSIH pun tak per :D