Logo Background RSS

» 2008 » March

  • Umno vs Umno: Ramai yang tak puas hati
    By Izo on March 26th, 2008 | No Comments Comments

    Klik gambar untuk paparan lebih besar:


    (more…)

  • Jangan keluar mulut buaya masuk ke mulut naga
    By Izo on March 26th, 2008 | No Comments Comments

    Datuk Ahmad Said

    Difahamkan ada kemungkinan Ahmad Said akan ke Kuala Lumpur petang ini untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pada itu kalangan rakan politik yang sempat melawat Ahmad Said semalam memberitahu memang betul Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong,Sultan Mizan Zainal Abidin tidak berganjak dari pendirian baginda berhubung lantikan Menteri Besar Terengganu. Dalam perkembangan berkaitan Perdana Menteri memberitahu para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur pagi ini beliau akan menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mencari penyelesaian keatas krisis itu. - Agendadaily

    Selain dari itu, Mohd Said menyatakan kenyataan berikut di dalam wawancaranya pada media beberapa hari yang lepas.

    “Saya tidak pernah menderhaka terhadap Umno…saya telah berjuang dan bekerja dengan parti ini sejak bapa saya masih hidup lagi.”

    Persoalannya di sini adakah Ahmad Said sanggup korbankan kepercayaan Sultan kepada beliau demi menjadi BARUA pengganti untuk meneruskan kesinambungan pengkhianatan Abdullah Badawi ke atas rakyat Terengganu?

    Apa pilihan yang Abdullah ada kecuali memanafaatkan Ahmad Said memandangkan penolakan Sultan dan Rakyat Terengganu kepada pencalonan Idris Jusoh. Dollah tidak mempunyai pilihan kecuali menerima. Manakala kesetiaan Ahmad Said kepada UMNO masih utuh seperti Idris Jusoh juga, dan Abdullah masih Presiden UMNO yang perlu mereka ditaati.

    Rakyat dan Sultan Terengganu pun tiada pilihan. UMNO memegang majoriti 24 dari 32 kerusi Adun di Terengganu. Jawatan MB dari kalangan Adun UMNO adalah satu kemestian. Kemenangan UMNO adalah 2/3 dan ini membolehkan UMNO terus memonopoli sebarang keputusan kerajaan kelak. Kemungkinan ulang tayang sejarah penyelewengan UMNO di dalam pemberian projek di Terengganu bakal berlaku. UMNO kekal UMNO, satu parti yang dihuni oleh mereka yang sama kaedah dan etika pemerintahannya.

    Siapa kah yang bakal Ahmad Said ketemui di Putrajaya nanti selain dari Abdullah Badawi? Adakah Patrick Lim atau Vincent Tan? Adakah tawar menawar berlaku? Apa apa pun yang pasti rakyat Terengganu jangan terlalu gembira diatas kejatuhan Idris Jusoh sebagai MB, patah tumbuh, hilang berganti. Yang patah dan yang tumbuh adalah dari pokok yang sama, sama daun dan sama buahnya. Jangan sampai keluar mulut buaya, masuk pula mulut naga.

  • Anda mahu menjadi rakyat Malaysia?
    By Izo on March 26th, 2008 | 1 Comment1 Comment Comments

    Patrick Lim dan Mr Ferarri


    RUKUN NEGARA dulu …zaman kuno

    • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    RUKUN NEGARA BARU untuk menjadi rakyat

    • KEPERCAYAAN KEPADA PERDANA MENTERI
    • KESETIAAN KEPADA PATRIK LIM
    • KELUHURAN PUTRA JAYA
    • KEDAULATAN BARISAN NASIONAL
    • KESOPANAN DAN WAJIB KURANG AJAR

    RUKUN NEGARA bagi ADUN dan MENTERI BESAR

    • KEPERCAYAAN KEPADA PERDANA MENTERI
    • KESETIAAN KEPADA PERDANA MENTERI
    • KELUHURAN PERDANA MENTERI
    • KEDAULATAN PERDANA MENTERI
    • KESOPANAN KEPADA PERDANA MENTERI
    • KETAATAN KEPADA PERDANA MENTERI SAMPAI MATI

    Patrick Lim dan Mr Ferarri

    Tahniah kepada Kickdefella diatas pendedahan ini. Agar rakyat buka Mata dan jangan dibodohkan oleh UMNO

  • Poster: UMNO Biadap!
    By Izo on March 24th, 2008 | 4 Comments4 Comments Comments

    Perkataan natang (binatang) yang digunakan kepada kain rentang bantahan kepada sultan cukup biadap dan kurang ajar. Umno adalah spesis Melayu yang tak tahu adat!!

  • UMNO Memang Parti Biadap
    By Izo on March 24th, 2008 | 3 Comments3 Comments Comments

    Umno biadap terhadap sultan

    Berita TV3 jam 8 malam tadi menyiarkan demonstrasi mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan Istana untuk tidak melantik bekas MB Idris Jusoh. Disiarkan para penyokong dengan pelbagai kain rentang bagi menyatakan sokongan dan taat setia mereka terhadap Derih Jusoh.

    Antara yang sempat diperhatikan ialah sepanduk yang berbunyi “Kami Nak Idris, Natang!”.

    Pertama, apa erti perkataan tersebut? Di dalam loghat Terengganu, “natang” itu membawa makna yang sangat kurang baik. Atau untuk diterjemahkan dengan lebih mudah ialah untuk “binatang”.

    Kedua, persoalannya ialah, siapa “binatang” yang dimaksudkan dalam sepanduk itu? Kalau mengikut ayat sepanduk tersebut itu ialah mereka memberitahu kepada orang yang tidak menerima Idris sebagai MB dan orang itu dipanggil dengan nama binatang.

    Siapa yang tidak menerima Idris dan melantik Ahmad Said sebagai MB? Umum mengetahui bahawa Tuanku Sultan yang tidak menerima Idris dan melantik Mat Said sebagai MB.

    Jadi apakah “binatang” itu disifatkan oleh mereka kepada Tuanku Sultan? Apakah itu suatu tindakan wajar? Apakah tindakan-tindakan seperti itu yang didokong oleh para pemimpin UMNO? Apakah itu natijah dari kurikulum pelbagai program pendidikan yang dilalui oleh para ahli UMNO?

    Apakah kesetiaan mereka kepada Idris membolehkan mereka menderhakai Sultan? Apakah itu termaktub dalam adat susila perjuangan UMNO?

    Saya hairan dengan tindakan para pemimpin Melayu yang sebegini yang telah melampaui batas-batas adat susila Melayu kita yang dibanggakan.

    Mereka perlu mengulangkaji semula Rukun Negara.
    Sememangnya UMNO pengkhianat bangsa!
    (more…)