Logo Background RSS

» 2008 » April

  • Gambar yang tidak tersiar di media arus perdana
    By Izo on April 11th, 2008 | 2 Comments2 Comments Comments

    MB Ir Nizar bersama ADUN DAP Ngeh Koo Ham melawat keluarga mangsa letupan kilang tepung Malayan Flour Mills di Manjung pd 18 Mac 2008.

    Gambar di bawah MB Ir Nizar ketika meluangkan masa di rumah seorang dari 3 mangsa yg terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan. MB Ir Nizar yg boleh bertutur dalam dialek mandarin, hokkien dan kantonese turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yang meratapi kehilangan bapanya.


    (more…)

  • Gambar-gambar TG Haji Hadi dari HSNZ
    By Izo on April 11th, 2008 | 2 Comments2 Comments Comments

    Berikut adalah sedikit gambar ehsan dari kawan-kawan yang menziarahi TG Haji Hadi. Aku sempat juga semalam masuk untuk berjumpa dan bersalaman. Ayah Chik kelihatan sihat dan dikatakan tidak serius. Hanya kerana perasan adanya tanda-tanda stroke sahaja Ayah Chik dimasukkan. Namun pada sebelah petang semalam semuanya beransur pulih.

    b
    Ustaz Nasarudin Mat Isa tiba kira-kira jam 6 petang semalam.

    a
    YB Salahudin Ayub yang tiba bersama Ustaz Nasa.

    c
    YB Hussam tiba dekat-dekat jam 7 malam.

    d
    Ceria berbicara. TG Kelihatan sihat.
    (more…)

  • YB yang sempoi..ke Parlimen dengan motorsikal
    By Izo on April 8th, 2008 | 2 Comments2 Comments Comments

    dipetik dari blog Zulkifli bin Noordin. Ahli Parlimen Kulim, Kedah.


    A’kum dear all.

    Hari ni hari pertama taklimat untuk ahli-ahli Parlimen. Saya pagi-pagi dah sampai. Ingatkan saya paling awal pukul 8pg (sesi mula pukul 8.30pg). Rupa-rupanya ramai dah sampai dulu dari saya. Si Gobala pukul 2 pagi dah sampai. Almaklumlah MP baru. Semua dok gabrah lagi, tak sabor nak masuk Parlimen. Saya pagi-pagi lagi dah kena sebijik. Saya pi dengan motor..elok nak parking mamat sekuriti parking suroh saya parking kat belakang sebab “ni tempat untuk VIP je..’. Saya tanya mamat tu siapa VIPnya. Dia kate untuk Ahli Parlimen sahaja. Saya pun habaq saya Ahli Parlimen lah. Dia punya tengok saya atas bawah..dia kata dah berbelas tahun dia jage sekuriti Parlimen..ni first time dia tengok YB mai dengan motor. Saya kate kita YB Rakyat lah..terus jadi kamcing mamat tu dengan saya.it pays to be humble..

    Hangpa tau nak masuk Parlimen ni (tempat Dewan Persidangan tu) punyalah ketat. Macam nak masuk kapalterbang. Kena lalu metal detector & scanner..(kalu lie detector, BN punye YB banyak tak lepas dar… Polis punye pakaian dah macam komando nak pegi perang..Rambo tengok pun jeles..

    Btw..lepas isi borang dll (termasuk ambil gambar untuk Kad Ahli Parlimen) kami pekena sarapan yang disediakan oleh Putrade Management..boleh tahan syeh makanan dia. Tapi berapa kontrak depa dapat saya tak tau lah.

    Masa tengah dok relax sarapan..saya jumpa Mat Maslan..room mate saya mase kat Wellington dulu. Rupanya dia pun dah jadi YB..Parlimen Pontian. Peh tu jumpe pulak Khairy Rembau. Saya pun tegur dia “oi omak kaw..menantu pun ado sini..”.. terkebil-kebil dia tengok saya. Sikit punye kelat muke dia..hehe..

    Sessi mule pukul 10am. TS Ramli Ngah Talib YDP Dewan start off kate ada 99 orang MP baru. Dia kate rekod tahun ni ada mak/anak (DSWA/ Nurul) & anak/bapak (Karpal/Gobind). Dia tak kate pulak ada pakmertua/menantu..ceh..jage periuk nasik jugak orang tua tu.

    Tapi yang jadi centre of attraction memang Nurul Izzah. In fact, she’s the youngest YB being only 27..hebat..hebat..

    Mase taklimat ada satu MP Cine dok sebelah saya. Saya tengok dia ni peramah betoi. baguih punye sembang cara cakap macam bunyi pembangkang. Rupe-rupenya YB Chua Tee Yong dari Parlimen Labis..anak YB Chua Soi Lek.

    Well..program habis pukul 12. Tapi nampak mood memang berbeza sekarang. Kakitangan Parlimen pun very friendly. Saya yang syok tu bila ada polis yang mai sembang tanye “bos kite bile bertanding..”..”Aik..bos kite???”. Rupe-rupenye ramai yang dah tak sabar DSAI join Parlimen. The undercurrent is so strong..tak tidur Pak Lah dibuatnye..hahaha..jangan mare ar menantu..

    Lepas taklimat tadi saya & few friends pi ronda kat kawasan Parlimen. Macam-macam ada rupenya. Siap dengan gym, klinik, dewan badminton dll. Zoo pun ada..tapi banyak rusa je saya tengok. Depa kate tu peninggalan arwah Tun Zahir. Kat Tingkat 17 siap ada penthouse. Depa tengah nak renovate buat mini coffee house. nanti kalau hangpa nak mai kami MP boleh guna Tingkat 17 untuk entertain.

    Well..that’s all for today..looking forward for opening ceremony/swearing in on 28/29 April. Okey dokey..kena chow dulu..dah nak magrib.

  • 400 minum air bercampur najis
    By Izo on April 7th, 2008 | 2 Comments2 Comments Comments

    ANGKUT: Lori syabas yang membawa air bersih untuk penghuni kondominium, semalam.
    ANGKUT: Lori syabas yang membawa air bersih untuk penghuni kondominium, semalam.

    KLANG: Kira-kira 400 penduduk sebuah kondominium di Jalan Kampung Jawa, di sini terkejut selepas menyedari mereka bukan saja mandi, malah minum air bercampur najis sejak empat hari lalu.

    Mereka menyedari perkara itu selepas jawatankuasa penduduk melakukan pemeriksaan kerana tidak tahan dengan bau busuk dan 18 penghuni mengalami cirit-birit, muntah, ruam dan demam, sejak dua minggu lalu.

    Pemeriksaan mendapati ada najis dalam tangki utama takungan air berkenaan yang terletak di tingkat bawah kondominium.

    Ia dipercayai berlaku apabila satu daripada paip di atas tangki air utama pecah menyebabkan najis yang disalurkan masuk dalam tangki berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei, ketika melawat kawasan berkenaan memaklumkan bekalan air di aras enam kondominium dihentikan serta-merta sejurus penemuan Khamis lalu.”Ia sangat menjijikkan dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kini membekalkan air kepada penduduk menggunakan dua tangki air besar ditempatkan di bawah kondominium.

    “Tangki utama serta tangki lain yang dimasuki najis dalam proses pembersihan,” katanya semalam.

    Proses pembersihan termasuk memastikan semua paip menyalurkan air ke kediaman penduduk bebas daripada kuman itu dijangka mengambil masa 10 hari.

    Ia giat dijalankan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

  • PAUSE its prayer time
    By Izo on April 6th, 2008 | No Comments Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Salah satu iklan daripada Nafaess yang mengingatkan anak-anak muda berkenaan pentingnya menunaikan solat. Kreatif juga videonya..