Logo Background RSS

» 2008 » May

  • Betapa kerdilnya kita…
    By Izo on May 26th, 2008 | 7 Comments7 Comments Comments

    Pernahkah Anda Bayangkannya. .???

    Kita menjadi sedar betapa kecilnya bumi dan kita sebagai para penghuninya


    Planet-planet di sistem suria yang sangat besar


    Dalam skala ini bumi kita tidak kelihatan lagi


    Arcturus adalah bintang ke 3 yang paling terang di angkasa.


    Di sini matahari hanya sebesar debu!

    Antares adalah bintang ke 16 yang paling terang di angkasa. Jaraknya lebih dari 1000 tahun cahaya dari bumi.

    Terlalu kerdilnya kita berbanding Tuhan yang mencipta sekelian alam.

    “Dan Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya, bukanlah untuk permainan belaka. Keduanya Kami ciptakan hanyalah dengan tujuan yang benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Ad Dukhaan :38-39)

    “Adakah kamu mengira, bahawa Kami menciptakan kamu sebagai main-main? dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? ” (Al Mukminin : 115)

  • Hidup ’sengsara’ akibat kad sim
    By Izo on May 26th, 2008 | 7 Comments7 Comments Comments

    Sensara akibat sim cardKUALA LUMPUR - Selepas membeli kad sim dengan nombor baru, kehidupan seorang wanita menjadi tidak keruan gara-gara menerima beratus-ratus panggilan dalam sehari menuntut hadiah.Ramai di kalangan pemanggil itu marah-marah, malah memaki-hamun Azizah Saleh, 28, selepas beliau menjelaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana syarikat yang menawarkan apa-apa hadiah.

    Lebih menakutkan apabila dalam tempoh enam hari lalu, ada di kalangan pemanggilnya mengancam mahu mengheretnya ke mahkamah kerana dituduh menipu.

    “Pening kepala saya dengan nombor telefon 017-XXXXXXX yang baru saya beli dan aktifkan pada hari Selasa lalu.

    “Sebaik nombor itu boleh digunakan, saya mula menerima banyak panggilan dan semasa itu saya sendiri belum sempat membuat panggilan keluar,” dakwa Azizah yang merupakan kakitangan kerajaan.

    Ceritanya, dalam tempoh tersebut, dia menganggarkan lebih 600 panggilan daripada pemanggil tidak dikenali yang menghubunginya semata-mata mahu tuntut hadiah masing-masing.

  • Myvi SE Facelift Akan Dilancarkan
    By Izo on May 26th, 2008 | 12 Comments12 Comments Comments

    Kali nie nak share Myvi SE yang telah di-’facelif’kan.

    Bahagian depan

    Myvi SE

    Belakang

    Myvi SE

    Radio 2-DIN player/MP3/USB Capable

    Myvi SE

    Lampu belakang after-market

    Myvi SE

    Heheh. Model facelift Myvi SE ni ada tambahan kaler kuning. Untuk Myvi standard, ada tambahan kaler oren dengan biru. Kita tunggu je la model ni keluar nanti.

    Minat gak ngan Myvi nie :D

  • Zionis Sudah Sampai Ke WPI?
    By Izo on May 23rd, 2008 | No Comments Comments

    Nampak macam semakin menjadi kenyataan tentang kelekaan pentadbir WPI menapis syarikat-syarikat yang akan melabur dalam WPI. Mungkin terlalu ghairah meraih pelaburan tanpa memikirkan kesan dan akibat. Petikan ini saya ambil dari blog YB Zul (riding MP) dan juga Harakah. Harap sama-sama fikir dan timbang-timbangkan.

    Petikan dari YB Zul:Halliburton di Negara Islam Hadari

    Parlimen Malaysia dikejutkan pagi ini Rabu 15 J’Awal 1429/21 Mei apabila Timbalan Menteri MITI mengesahkan bahawa Syarikat Halliburton dari US diberi keizinan untuk melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar [WPI]. Umum mengetahui Halliburton adalah syarikat Yahudi yang telah mengaut keuntungan berbillion dollar hasil penaklukan Iraq. Malahan kontraktor keselamatan Halliburton telah dilapur membunuh rakyat Iraq dengan sewenang-wenangnya. Mereka bertindak saperti koboi yang tiada langsung berperikemanusiaan.

    Jadi sangatlah mengejutkan apabila Malaysia yang mendabik dada sebagai negara Islam Hadhari boleh membenarkan pembunuh kemanusiaan saperti Halliburton melabur hasil keuntungan haram mereka di negara ini. Apakah kita rela darah rakyat Iraq dihalalkan atas nama pembangunan ekonomi. Moga rakyat Malaysia membuka mata dengan perkosaan kedaulatan negara ini oleh golongan yang rakus ini. Umum mula memperkatakan tentang penguasaan WPI oleh Singapura. Terdapat dakwaan bahawa Singapura mendapat sokongan rejim Yahudi dalam pelbagai bentuk termasuk nasihat ketenteraan. Apakah kemasukan syarikat Halliburton ini sebagai sebahagian agenda Yahudi! Moga negara kita dilindungi ALLAH.

    Adios

    Zulkifli Noordin
    (more…)