Logo Background RSS

» 2008 » May

  • Amy Search: Dari rockers ke pusat tahfiz
    By Izo on May 7th, 2008 | 4 Comments4 Comments Comments

    KUALA LUMPUR, 6 Mei: Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?

    Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang.

    Bagi mempastikan ia menjadi kenyataan, Amy telah memberikan penerangan secara sepintas lalu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkunjung ke kedai makannya, Restoran makanan Cina Islam Cheng Ho di Wangsa Maju baru-baru ini.

    Amy menunjukkan kepada Nik Aziz model pelan pusat tahfiz yang beliau rancangkan itu.
    “Mana masjidnya?” tanya Tok Guru Nik Aziz.

    “Ini dia pelannya tok guru,” kata Amy memberikan penerangan tentang reka bentuk pusat tahfiz yang bakal dibina melalui yayasan yang beliau tubuhkan itu.

    Selepas melihatnya, Nik Aziz membacakan doa, moga-moga cita-cita penghijrahan Amy berjaya.
    Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu. Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.

    Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.

    Sebelum ini, Amy berduet dengan kumpulan Rabbani merakamkan lagu ketuhanan.

    Kini, perubahan lebih besar sedang dirancang Amy bersama isterinya yang merasakan cinta mereka berdua semakin mantap sepanjang di tanah suci walaupun sudah beranak dua ketika itu.

    IzoBlog: Semoga Amy istiqamah sehingga ke akhir hayat serta ikhlas dengan perbuatannya. Diharapkan penyanyi dan penghibur yang lain juga akan berhijrah seperti dia termasuk kita semua…..

  • TG Nik Aziz dan Amy Search
    By Izo on May 5th, 2008 | 5 Comments5 Comments Comments

    KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng Ho milik penyanyi popular, Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Serch di Wangsa Maju, Setapak, Ahad lalu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum itu merasmikan cawangan baru kedai buku Sarjana Media di Carrefour Wangsa Maju.

    Kehadiran beliau di Restoran Cheng Ho disambut mesra Amy dan isteri. Amy yang terharu dengan kehadiran pemimpin utama PAS itu mengambil kesempatan membincangkan cadangannya menubuhkan sebuah rumah anak yatim dan tahfiz al-Qur’an di Johor. Turut hadir dalam majlis itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif. Berita penuh menyusul.

    Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman,50 melahirkan rasa terharu dengan kehadiran Menteri Besar tersebut yang disifatkan sebagai seorang tokoh yang begitu disegani oleh semua pihak.

    “Saya sangat terharu kerana beliau sudi hadir menjamu selera di Restoran saya ini kerana sememangnya saya meminati personaliti beliau yang sangat karismatik dan low-profile,” katanya.

    Ditanya mengenai label yang mungkin akan diletakkan kepada beliau apabila menyanjungi seorang tokoh politik, Amy menegaskan bahawa itu adalah hak individu kerana beliau berhak untuk meminati sesiapa.

    “Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik.

    “Masyarakat yang ada pada hari ini telah dapat menilai sesuatu dengan lebih baik dan kita tidak perlu bimbang kepada elemen label-melabel kerana ianya tidak sepatutnya berlaku,” katanya lagi.

    Ustaz Nik Aziz menghabiskan masa lebih kurang dua jam menikmati hidangan masakan Cina Muslim di restoran tersebut sebaik selesai merasmikan pembukaan kedai buku Sarjana Media yang terletak di Pasaraya Carrefour Wangsa Maju.

    Pada majlis yang sama, beliau telah menandatangani plak perasmian, serta menandatangani buku-buku terbaru karangan beliau yang turut dijual di kedai tersebut.

  • AWAS!! Cekak rambut daripada kulit babi
    By Izo on May 5th, 2008 | 4 Comments4 Comments Comments

    Cekak rambut daripada kulit babi?

    Bukan dakwaan kosong, tetapi sampel kulit pada cekak rambut yang dijual di pasar raya terkenal ini disahkan ada kandungan kulit haiwan tersebut oleh makmal Fakulti Sains Gunaan dan Farmasi Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Mangsa yang terbeli cekak tersebut yang dijual RM199.90, mula meragui keaslian kulitnya yang didakwa diperbuat daripada kulit lembu oleh penjualnya.

    Wanita tersebut yang mahu dikenali sebagai Mahani berkata, dia tidak pernah meragui untuk membeli apa sahaja barangan yang dijual secara terbuka terutama di dalam pasar raya besar.

    Namun kali ini berbeza apabila Mahani berasa ragu-ragu melihat ada tiga bintik pada cekak tersebut yang dibeli pada 17 April lalu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). selanjutnya di Kosmo.

  • Poligami atau Poligama?
    By Izo on May 5th, 2008 | 1 Comment1 Comment Comments

    Kalau isteri bermadu di panggil poligami … kalau suami bermadu mungkin di panggil poligama … Dah ada….seperti berita berikut…

    Siti Fatimah dan Wan Yusof semasa berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu semalam.

    Masih isteri orang tapi kahwin lelaki lain
    Kosmo - Tuntut isteri. Seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki warga asing dua bulan lalu, diperintahkan tinggal berasingan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, selepas seorang lelaki lain mendakwa masih suami yang sah kepada wanita itu.

    Hakim Sheikh Ahmad Sheikh Ismail membuat keputusan itu pada sebutan kes tersebut dan menetapkan 4 Jun sebagai tarikh perbicaraan.

    Sementara menanti perbicaraan, beliau mengarahkan Siti Fatimah, 47, dikenakan mufaraqah atau tinggal berasingan dengan suaminya, Muhamad Abdullah @ Mihandar Singh yang baru dinikahinya Mac lalu. more..