Logo Background RSS

» 2008 » June

  • Firefox 3 Stable Version
    By Izo on June 19th, 2008 | 6 Comments6 Comments Comments

    Setelah sekian lama berada di dalam Beta Version, akhirnya hari ini Firefox 3 Stable Version telah dilancarkan. Sebuah Web Browser yang lebih laju dan mantap; meninggalkan pesaing-pesaingnya jauh kebelakang.

    Berikut adalah salah satu Benchmark yang telah dilakukan. Firefox 3 Beta 4 adalah 3 kali lebih cepat daripada Firefox 2! Bayangkan bagaimana anda dapat menningkatkan prestasi anda semasa melayari internet. Lebih menjimatkan masa ;)

    Benchmark di atas dicatat semasa menggunakan Firefox 3 Beta 4. Kini Firefox 3 telah pun mengeluarkan Stable Version. Setakat ini saya belum terjumpa lagi statistik benchmark yang dilakukan menggunakan Firefox 3 Stable Version. Mungkin lebih laju daripada Firefox 3 Beta 4.

    Secara peribadi saya sangat menyukai Firefox 3 ini. Cuma satu jer yang saya tak berkenan.. address bar dia menggunakan satu elemen baru yang menyusahkan saya apabila nak menaip satu-satu alamat laman web. Kelihatan berserabut bagi saya. Apapun belum cuba belum tahu.

    Klik untuk download Firefox 3 Stable Version: http://www.mozilla.com/en-US/products/firefox/

    IzoBlog: Akhirnya hajat Firefox untuk mencipta rekod dunia software yang paling banyak di download dalam masa 24jam tercapai. Software ini telah di download melebihi 2 juta dalam masa  satu hari.

  • Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan
    By Izo on June 15th, 2008 | 3 Comments3 Comments Comments

    ” Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel di ruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

    Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

    Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

    • Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
    • Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
    • Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
    • Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
    • Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

    Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

    Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

    Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

    Al-Fatihah.

  • BICARA NIK AZIZ: Petrol & Gas, Demonstrasi, Elaun
    By Izo on June 15th, 2008 | 1 Comment1 Comment Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan kebimbangannya terhadap kenaikan minyak tanpa tindakan bijak pihak kerajaan pusat. Beliau membidas tindakan pemimpin yang mahu meringankan bebanan rakyat tetapi dalam masa yang sama menaikkan harga minyak!

    Beliau mencadangkan dan menggesa penggunaan gas lebih ditumpukan oleh pihak kerajaan berbanding petrol memandangkan penggunaanya lebih murah. Beliau membandingkan tindakan kerajaan Thailand yang telah lama menggunakan sepenuhnya manfaat gas dengan pelbagai kemudahan gas telah disediakan di seluruh pelusuk kampung. Selain murah, penggunaan gas lebih mesra alam.

    Beliau yang baru pulang daripada umrah menggesa pihak media mewarwarkan penggunaan gas berbanding petrol. Kerajaan perlu melihat alternatif penggunaan gas adalah langkah tebaik bagi meringankan bebanan harga petrol yang tinggi.

    Menteri Besar Kelantan juga mendakwa pemotongan elaun tersebut tidak releven dan tidak mempunyai kaitan dengan bebanan rakyat kerana rakyat masih menderita!

    Berkenaan demonstrasi, beliau menyatakan ia adalah hak manusia dan tidak boleh dihalang. Beliau menasihatkan kerajaan supaya melihat kehendak rakyat jika tidak mahu melihat demonstrasi hadir dalam peta politik Malaysia.

    IzoBlog: Pemimpin berjiwa rakyat hidup secara sederhana tidak bermewah mmg dpt rasa kesusahan rakyat…Tp kalau hidup mewah mcmana nak rasa kesusahan org lain….

  • Mak Ai… Banyaknya Elaun Menteri!!
    By Izo on June 10th, 2008 | 8 Comments8 Comments Comments

    Barulah saya tahu betapa banyaknya elaun keraian pegawai-pegawai kerajaan selama ini. Mak aii!! Berapa kali ganda gaji saya sebulan tu. Menurut surat khabar utusan, elaun-elaun Menteri adalah seperti berikut.

    1 - Perdana Menteri - RM 18,865
    2- Timbalan Perdana Menteri - RM 15,015
    3- Menteri - RM 12,32o
    4- Timbalan Menteri - 6,000

    Patut lah ramai sangat nak jadi menteri. Elaunnya sahaja dah berkali ganda dari gaji rakyat marhaen biasa. Katalah pendapatan rakyat RM 2,000 maka elaun perdana menteri sahaja - 9 kali ganda (9 bulan sara hidup), Timbalan Perdana Menteri (7 bulan lebih), Menteri - (6 bulan lebih) dan Timbalan Menteri (3 bulan sara hidup).

    Elaun keraian sahaja ini. Tak termasuk elaun-elaun lain yang berkaitan. Patutlah banyak sangat cukai pendapatan, cukai jalan, cukai kereta yang perlu dibayar oleh rakyat marhaen. Agaknya, sebab itu lah Pak Lah asyik tertidur tidak kira majlis apa pun. Pening kepala macam mana nak habiskan elaun keraian itu, atau baru je semalam dapat menghabiskan elaun keraian rakyat. Patutlah kerajaan dah tak mampu tanggung subsidi - rupanya nak ‘cover’ subsidi lain. Macam-macam!!

  • Petrol RM1: Dulu dan sekarang
    By Izo on June 8th, 2008 | 7 Comments7 Comments Comments


    Beza kuantiti bagi setiap ringgit… Azhan Sharom, 23, yang ditemui di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu menunjukkan botol berisi minyak bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kuantiti botol kiri berdasarkan harga lama manakala yang kanan pula jika mengikut harga baru. (Ihsan mStar)

    Apa pula kata Pak Lah:

    Pak Lah Naik Minyak