Logo Background RSS

» 2008 » August

  • GEMPAR!!! Pengakuan Imam Sumpah Ramlang Porigi
    By Izo on August 25th, 2008 | 15 Comments15 Comments Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
    Ramlang Porigi, imam yang menjadi saksi Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan 15 Ogos lalu, muncul untuk memberi penjelasan kritikan orang ramai terhadap dirinya. Ya…Imam Ramlang Porigi tidak bersalah. Beliau “teraniaya” dengan mainan politik bankrup Umno. Hanya kerana beliau duduk di sebelah Saiful dan membetulkan kalimah sumpah “LAKNAT” itu, maka orang ramai menuduhnya bersubahat dalam sumpah laknat tersebut. Apa pun saya salute pada imam ini ialah sifat “Berani kerana benar”. Mungkin selepas daripada pengakuan ini akan ada ugutan/tentangan daripada Umno terhadap beliau. Semoga Allah merahmati beliau. Kita berharap agar seluruh Imam-imam, ustaz-ustaz dan ulama-ulama yang masih dibawah telunjuk UMNO bangkit menentang kezaliman! Bangkit menegakkan kebenaran!

    Lagi video berkaitan:
    PANAS-IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi
    Pengakuan RAMLANG PORIGI Di Permatang Pauh
    Ramlang Porigi Berkempen Utk Anwar
    Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful

  • Gambar Banner Provokasi dari UMNO!!
    By Izo on August 24th, 2008 | 2 Comments2 Comments Comments

    Pilihanraya kecil Permatang Pauh sudah semakin hampir. Gambar di bawah menunjukkan beberapa banner provoke yang telah dipasang oleh UMNO sebagai salah satu strategi terakhirnya untuk memusnahkan DSAI. Kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh diharap tidak mudah terpedaya dengan taktik busuk Umno ini. Selamat mengundi!

    Provokasi Umno Permatang Pauh

    Provokasi Umno Permatang Pauh
    (more…)

  • Iklan Petronas Hari Merdeka 2008
    By Izo on August 24th, 2008 | No Comments Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Untuk lebih lanjut anda boleh lihat di sini: http://www.PetronasGreetings.com

  • Pesanan ringkas dari TG NIK AZIZ
    By Izo on August 22nd, 2008 | 3 Comments3 Comments Comments

    Beliau sedang berada di Hospital menjalani rawatan dan ini adalah pesanan dari beliau

    RAYUAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUH

    Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.

    Tuan/Puan,

    Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

    Saudara/Saudari Sekalian,

    Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

    Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

    Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

    Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

    Wassalam.

    DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
    Mursyidul Am PAS

  • Forum Perdana Anjuran UMNO kosong!
    By Izo on August 22nd, 2008 | No Comments Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Berikut sedikit detail yang aku dapat:

    21 OGOS - Forum Perdana Anjuran UMNO di Sek. Men. Penanti sempena Pilihanraya Kecil Permatang Pauh kosong tanpa kehadiran orang ramai. Forum tersebut dikatakan bakal dihadiri penceramah hanya kebanyakan dihadiri kerusi kosong sebanyak 2000 unit. Sehingga pukul 11.30 malam keadaan masih lagi kosong. Program berkenaan dijadual mendapat liputan secara langsung di RTM, bagaimanapun terpaksa dibatalkan kononya atas sebab teknikal.

    Tips untuk menangani masalah ini: Cuba Umno bagi RM100 seorang…konfirm penuh :D