Logo Background RSS

» 2008 » September

  • Comelnya perangai orang Umno…
    By Izo on September 21st, 2008 | 14 Comments14 Comments Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Salah satu contoh orang Umno yang paling cerdik dan berdiplomasi di Parlimen Parit, Perak. Macam bagus je suruh orang berambus. Pakai pulak loud speaker. Awat suara hang cam pompuan ke kalau tak guna loud speaker ? :D

    Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk hidayah kepada orang yang menghalau kumpulan amal tersebut.

  • Nuzul al-Quran
    By Izo on September 18th, 2008 | 5 Comments5 Comments Comments

    Nuzul al-QuranTerdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad S.A.W.

    Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

    Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

    Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: “…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad S.A.W) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (Al-Anfaal 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

    Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). ” Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…” (Al-Anfaal 8 : 41).

    Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah S.A.W berhijrah ke Madinah.

    Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

    Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq.

    Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi S.A.W sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

  • IP baru Streamyx 115.132.x.x, anyone knows about that?
    By Izo on September 16th, 2008 | 13 Comments13 Comments Comments

    CORE IP NETWORK DEVELOPMENT

    Daripada statistik IP to Country pada ruangan komen di blog ini, saya jumpa 2,3 orang lagi yang komen keluar bendera Australia walaupun sebenarnya tinggal di Malaysia. Saya periksa IP mereka. Sama dengan IP yang saya dapat. Bermula daripada 115.132.x.x ( CORE IP NETWORK DEVELOPMENT). Saya suspect masalah line streamyx rumah saya yang lambat berlaku setelah berlakunya perubahan IP ini. Biasanya jika menggunakan Dynamic IP, jika kita restart modem IPnya akan berubah. Tetapi kali ini tidak berubah-ubah. Saya tetap dapat IP yang bermula 115.132.x.x juga.

    Masalah download saya yang lambat pun mula berlaku setelah saya dapat IP ini. Kalau dulu saya dapat IP yang bermula daripada 60.x.x.x (TELEKOM MALAYSIA BERHAD). Fuuh! Best jer download pkai rapidshare premium tanpa ada sebarang masalah. Hari tu semasa call Streamyx customer service, saya sempat bertanya berkenaan IP ini. Mula-mula tu staff perempuan yang angkat. Saya tanya soalan berkenaan IP 115.132.x.x ( CORE IP NETWORK DEVELOPMENT). Apa jawapannya? “Erk…kami sebenarnya sedang dalam proses pembaikpulihan dan sedang upgrade sistem kami.” Saya tak puas hati ngan jawapan ini. Pasal semasa saya tepon itu ada announcement bagitau yang proses pembaikpulihan tu berlaku di Sabah dan Sarawak. Saya tepon balik. Kali ini saya nak biar lelaki yang angkat. Kalau staff perempuan jugak, saya letak telefon dan akan dail balik sampai dapat yang lelaki. Alhamdulillah…kali nie staff lelaki yang angkat. Apa pula jawapannya? “Sebenarnya kami tak dapat buat pemerikasaan lagi kerana account anda kena suspend. Anda bayar dulu pastu baru telefon kami balik.” Staff yang nie pandai sikit cari alasan. Paling kurang dapat juga melegakan hatiku.

    Kepada staff streamyx tunggu lagi call daripada saya selepas ini. :D

  • IzoBlog pindah rumah lagi
    By Izo on September 15th, 2008 | 8 Comments8 Comments Comments

    Sabtu, 13 September, 2008 IzoBlog berjaya dipindah daripada Semi-Dedicated server kepada Dedicated server. Baru-baru inidown selama sehari disebabkan ada masalah dengan DNS yang baru dipindahkan. Alhamdulillah problem itu sudah settle.  Jika anda belum tahu problem yang menyebabkan saya terpaksa pindah server, boleh baca di sini.

    Saya ambil pakej Dedicated Server pakej Moving Sales  daripada Exabytes. Harganya RM700 sebulan + RM500 untuk setup(bayar sekali jer). Anda boleh tengok specs server itu seperti di bawah:

    server-terbaru-izoblog.jpg

    Sebenarnya sebelum ambik pakej server nie saya dah buat survey dan baca review daripada pengguna-pengguna lain. Jika diikutkan saya berminat untuk ambil pakej Dedicated Server daripada syarikat lain yang jauh lebih murah daripada Exabytes.  Contoh pakej Dedicated Server daripada Server Freak yang setaraf dengan specs di atas adalah berharga dalam lingkungan RM500-RM600 jer sebulan dengan bayaran untuk setup RM150. Jauh lebih murah.

    Pakej daripada Shinjiru pun menarik perhatian saya juga. Dengan specs yang mengancam dan pada harga yang berpatutan sememangnya dapat menarik perhatian saya. Untuk membuat keputusan bukannya mudah. Saya terpaksa ambik masa 3 hari 2 malam untuk membuat survey, meminta pendapat pelanggan-pelanggan server tersebut dan jugak membaca review di forum-forum.

    Setelah fikir masak-masak dan istikharah :D , akhirnya saya membuat keputusan untuk terus bersama Exabytes. Ini kerana pengalaman yang lepas-lepas berurusan dengan Exabytes membuatkan saya yakin untuk terus mengambil perkhidmatan server dengan mereka. Tak mengapalah bayar mahal sikit…yang penting support mesti tip-top. Lain orang lain pandangan berkenaan masalah server nie. Tetapi bagi saya Exabytes masih lagi company server di Malaysia yang menjadi pilihan utama. Worth to pay!

  • 16 September: Fantasi atau realiti
    By Izo on September 14th, 2008 | 9 Comments9 Comments Comments

    Hari ini sudah masuk 14 September. Esok dah 15 September. Lusa 16 September. :D Benarkah seperti dakwaan sesetengah pihak yang kerajaan baru Malaysia akan dibentuk 16 September nanti? Sama-sama kita tunggu.

    Sedikit info daripada Puan Zuraida Kamaruddin:

    PERHIMPUNAN PERDANA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

    Tarikh : Isnin, 15 September 2008
    Tempat : Stadium MBPJ, Kelana Jaya
    Masa : 7.00 Ptg

    Anatara Programnya adalah Solat Maghrib, Solat Isyak serta Solat Tarawikh berjemaah di lapangan Stadium tersebut dan sejurus itu ceramah dari Pemimipin Pakatan Rakyat.
    Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim
    Y.B Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
    Y.B Lim Kit Siang

    Apapun jika tidak bertukar kerajaan juga pada 16 September ini, jangan pula ada yang kecewa. Perjuangan kita mesti diteruskan. Lambat atau cepat kerajaan sekarang mesti diubah.