Logo Background RSS

» 2008 » October

  • Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat dan Kejatuhannya
    By Izo on October 17th, 2008 | 10 Comments10 Comments Comments

    Dolar Amerika“Ramai diantara kita termasuk rakyat Amerika tidak sedar tentang alasan sebenar peperangan Iraq dan ancaman peperangan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat. Ianya bukan kerana Nuklear, Pengganas dan Minyak. Ini semua adalah mengenai perlindungan dakyah terbesar dan penipuan terhebat di dalam sejarah iaitu Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat (US Petrodollar Scam).

    Pada tahun 1971, Amerika Syarikat telah mencetak dan membelanjakan wang kertasnya lebih daripada nilai emas. Beberapa tahun kemudian, Perancis telah menuntut agar matawang Dollar mesti dinilai dengan emas.

    Tetapi Amerika Syarikat telah menolaknya kerana mereka tidak mempunyai cukup emas untuk wang kertas yang sudah dicetak dan mereka telah pun membelanjakannya ke seluruh dunia. Oleh itu Amerika Syarikat telah berunding dengan Arab Saudi dan menterai satu perjanjian bahawa OPEC akan mengunakan matawang Dollar Amerika dalam segala urusan penjualan minyaknya. Maka dari itu setiap Negara yang ingin membeli minyak mestilah mempunyai matawang Dollar Amerika terlebih dahulu dimana mereka dikehendaki bertukar barangan dan perkidmatan mereka dengan lambakan wang kertas Dollar yang telah dicetak.

    Kesudahannya Amerika Syarikat mendapat minyak secara PERCUMA dengan mengunakan wang kertas Dollar yang mereka telah cetak sendiri. Akhirnya Amerika Syarikat telah makan dengan kenyang di atas segala kos perbelanjaannya dengan pembiayaian Negara-negara di seluruh dunia. Walau bagaimana pun, penipuan Amerika Syarikat mulai tergugat apabila Saddam Hussein mulai menjual minyak Iraq mengunakan matawang Euro lalu memansuhkan perjanjian yang telah diatur oleh Amerika Syarikat dengan Opec. Oleh itu mereka mesti menghentikan tindakan Saddam Hussein.

    Bagaimana? Amerika Syarikat telah mereka cipta satu alasan untuk berperang (drama keruntuhan Menara Berkembar) dan menawan Iraq. Perkara yang pertama Amerika Syarikat lakukan adalah mengembalikan penjualan minyak ke matawang Dollar. Krisis matawang Dollar Amerika dapat dihindarkan buat seketika.

    Tetapi Hugo Chavez (Presiden Venezuela) juga telah mulai menjual minyak Venezuela dengan mengunakan matawang selain Dollar Amerika maka berlakulah beberapa percubaan untuk membunuhnya dan cubaan ‘pertukaran regim’ telah dikesan dilakukan oleh CIA. Presiden Iran Ahmedinejad telah melihat perkara ini dan memutuskan untuk menentang Syaitan Besar Amerika Syarikat di dalam pembohongan dan melakukan perkara yang sama dengan menjual minyaknya mengunakan semua matawang dunia kecuali Dollar Amerka Syarikat.
    (more…)

  • Maybank2U berwajah baru!!
    By Izo on October 17th, 2008 | 8 Comments8 Comments Comments

    Tadi buka web Maybank2u untuk topup kredit henset, aku perasan dia dah ubah design dia. Maybank2U sudah open versi terbarunya. Nice design, tapi ramai yang komen kata lambat termasuk jugak aku. :D Yerlah…aku cuba login dari pukul 10.00PM hingga pukul 12.00PM hingga ke sudah tak bleh masuk. Ingatkan website baru dia nie yang menggunakan fungsi AJAX menyebabkan loading dia jadi begitu lambat.

    Pukul 2.06AM, aku cuba buka website sekali lagi… Kali ini dapat login. Aku perasan page dia lebih laju loading daripada website yang terdahulu. Mungkin masalah tadi tu disebabkan ramai orang nak cuba akses Maybank2U yang baru. Traffic jam kut. Di bawah adalah screenshot website terbarunya:
    Maybank2u berwajah baru

  • Kisah Teladan: Letak Jawatan CEO Untuk Berniaga!
    By Izo on October 16th, 2008 | 17 Comments17 Comments Comments

    Kuew Teow Goreng

    Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku adalah guru.

    Alhamdulillah.. aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan… dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.

    Selepas bertungkus-lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air.. sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.

    Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke Penolong Pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut. Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia.

    Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah… aku dilantik sebagai Pengarah Urusan.

    Aku bekerja siang dan malam… bertungkus lumus… dunia aku hanyalah di pejabat. Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

    Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini akhirnya berbaloi…. aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah… Syukur Alhamdulillah.

    Dalam usia 46 tahun sebagai CEO…. aku mula terasa kehilangan sesuatu!
    (more…)

  • Meninggal ketika memberi ceramah
    By Izo on October 15th, 2008 | 6 Comments6 Comments Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Begitu jugalah dengan manusia, tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Apabila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Kehidupan di dunia yang sementara ini, kadang-kadang menjadikan manusia lupa tentang kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi. Maka kehidupan di dunia ini dianggap sebagai godaan terbesar yang boleh memesongkan manusia dari mengingati Allah S.W.T, kecuali bagi orang-orang yang berjaya mengurus kehidupan mereka dengan ketakwaan kepada Allah S.W.T, yang mana ketakwaan tersebut menjadi jambatan emas menuju ke syurga.

  • Harga Petrol Turun Lagi Esok
    By Izo on October 14th, 2008 | 10 Comments10 Comments Comments

     

    KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM 2.30 sen seliter berkuat kuasa esok.

    Perdana Menteri berkata harga petrol RON92 juga akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

    Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari ini.

    Beliau berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera.

    Sebelum ini, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September tahun ini. -BERNAMA-