Hukum memakai tali leher/tie
-
Asas yang wajib berpakaian di dalam Islam ialah menutup aurat sebagaimana yang di kehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Bagaimana gaya dan bentuknya adalah terpulang kepada masing-masing individu berdasarkan latar belakang budaya dan tradisi satu-satu kaum. Jika mereka dari latarbelakang Melayu, maka mereka akan berpakaian ala melayu. Jika, india, maka Indialah bentuknya, begitulah seterusnya. Islam tidak pernah menghalang mana-mana budaya dan tradisi yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas dalam Islam.

Sekadar Hiasan: Dr. Zakir Naik, President of Islamic Research Foundation
Tali leher berasal dari pakaian orang-orang barat, yang pernah menjajah negara-negara umat Islam. Dahulu, ia adalah pakaian khusus untuk orang-orang barat. Namun sekarang ini ia sudah menjadi pakaian tradisi orang-orang yang berkedudukan dan berjawatan tertentu di dalam organisasi ataupun jabatan dan sebagainya. Tidak kira apa negara, bangsa dan agamanya. Ia bukan lagi pakaian khusus untuk satu-satu bangsa, atau khusus untuk peribadatan satu-satu agama dan sebagainya.
Isu Halal dan Haram dalam pemakian tali leher/tie adalah isu berat dan ia memerlukan dalil-dalil yang qat’iyah (solid dan jelas), misalnya darah, arak, judi, bangkai dan babi itu Haram, kerana dalilnya qat’iy. Manakala halal/haram dalam pemakaian tertumpu pada soal menutup aurat, sutera dan emas bagi lelaki atau pakaian yang sinonim bagi sesuatu agama atau dipakai oleh rahib-rahib mereka.
Walaupun kita tahu tali leher atau tie adalah simbol penjajah dan kegemilangan tamaddun Barat ke atas alam buat masa kini, ia tidaklah menjadikan tali leher itu haram kerana ia memerlukan dalil. Misalnya, Imam at-Tarmizi meriwayatkan hadis dari Syu’bah bahawa Nabi S.A.W memiliki jubah yang diimpot dari Rome, Imam Bukhari-Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik R.A pula meriwayatkan nabi juga memiliki pakaian dari Najran, ada lagi riwayat Nabi memiliki pakaian dari Yemen, sedangkan Rome dan Najran pada masa itu belum Islam. Maka kita berpendapat hukum haram ke atas tali leher itu terlalu keras dan ia memerlukan dalil-dalil yang kuat. Hukum yang adil ialah boleh memakainya kerana ia telah menjadi pakaian bagi seluruh dunia dan tidak dikaitkan dgn agama tertentu.
Atas penjelasan di atas, apa hukum memakainya?
Jawab: Harus.
Bagaimana akidahnya?
Jawab: Tidak rosak.Rujukan: (alQardhawi, bayyinat al hal alIslami dan Syaikh alGhazali, asSunnah: bayna ahlu fiqh wal ahli hadis)
Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.
//Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.











May 11th, 2009 at 2:15 am
:em19:
owh…terima kasih atas posting ini. kerana masa belajar dahulu, mengikut kitab org dulu2, byk ustaz menafsirkan tali leher sbg pakaian kafir dan ada juga yg sampai mengatakan ianya menjejaskan syahadah.
sekarang dah jelas…
time kasih!
yanafia’s last blog post..Apa sudah jadi hai Ustaz Akhil….?
May 11th, 2009 at 5:57 am
Assalamualaikum,
Tidak ada masalah selagi mana tidak mendatangkan perkara haram.
Faridrashidi’s last blog post..‘Cinta’ Yang Menzalimi Jantina
May 12th, 2009 at 11:23 am
umat islam perlu nampak profesional. jgn hanya perkara kecil yang remeh menjadikan umat Islam jauh ke belakang. :em56:
Mr. Nice Guy’s last blog post..Jangan Telan Biji Buah
May 12th, 2009 at 12:40 pm
@yanafia:
Penjelasan itu juga benar, setelah kita memahami keadaan dan situasi semasa kitab itu ditulis. Ia bertepatan dengan roh syariat Islam. Namun secara khususnya, keadaan itu tidak begitu lagi pada zaman sekarang ini. Zaman sekarang tali leher sudah diterima sebagai pakaian rasmi untuk ke pejabat dan sekolah. Nampak lebih kemas.
May 15th, 2009 at 11:28 pm
Penjelasan yang mantap Izo.. Islam itu fleksibel sifatnya, dalam hal ini ambe melihat memakai tali leher bukanlah satu kesalahan dan bukan bererti kita meninggalkan pakaian Sunnah seperti Serban & Jubah. Kita boleh sahaja memakai Jubah dan Serban ketika ingin solat, ke masjid, atau kemana² sahaja. Kalau semua perasan kenapa Dr. Zakir Naik memakai kot dan Tali Leher mungkin boleh disimpulkan ianya adalah satu uslub dakwah beliau dalam mendampingi mereka² yang bukan Islam dan menunjukkan Islam bukanlah agama yang rigid dalam bab berpakaian selagi ianya tidak melanggar syariat iaitu menutup aurat. Ingin pakai tali leher ke, jeans ke, topi ke, silakanlah asalkan kita tidak melanggar batas syariat Islam dalam bab pemakaian sudah!
Ooh.. sebelum terlupa.. selamat hari guru buat Cikgu Izo :em47:
Maliki xp’s last blog post..Peristiwa Besar Pada Bulan Ramadhan
May 16th, 2009 at 9:17 am
Walaupun tidak ada artikel tentang Hari Guru, saya tetap ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Cikgu/Ustaz Hafiz :em42: (mustahil bagi murid-murid Abang Izo memanggil Cikgu ni Cikgu Izo/Ustaz Izo?? Betul tak?) :em62:
Musleemah’s last blog post..Kasih Ibu…
May 16th, 2009 at 10:47 am
A’a betul la Musleemah cakap tu.. Mane ade orang/murid2 panggil Izo ek.. Ok la, ambe wish lagi skali.. Selamat Hari Guru buat Cikgu Hafizuddin :em42:
Maliki xp’s last blog post..Peristiwa Besar Pada Bulan Ramadhan
May 19th, 2009 at 1:07 am
boos tlong berikan bioda dr zakairnaik dan daftar riwayat hidup nya
Admin: Saya sudah tunaikan permintaan saudara. Saudara boleh membacanya di sini:
http://www.izoblog.com/artikel/siapakah-dr-zakir-naik
June 24th, 2009 at 10:26 am
sy ingin bertanya adakah sebarang hukum ke atas lelaki yg memakai pakaian yg warnaya terang??
June 24th, 2009 at 10:36 am
Harus bagi lelaki memakai pakaian yang berwarna sedemikian.
July 15th, 2009 at 6:49 am
ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!
Tenang-tenangkan diri…
Sila layari manatuhanallah.wordpress.com/
Setelah layari, sila buat aduan kpd jabatan agama atau pihak berwajib sebelum membuat sebarang penilaian…
- Terima Kasih
Krulayar
:em32: