Mujaddid: Kenapa Di Awal Kurun Saja?

July 22, 2007 – 3:02 pm

Dalam kitab Ar raddu ila man akhlada ilal ard, ada pertanyaan mengapa ditentukan di awal kurun saja ada mujaddid? Mengapakah pembaharuan berlaku di awal kurun saja?

Kerana menurut kebiasaannya para ulama pada masa 100 tahun mereka berpecah dan terbengkalainya sunnah dan lahir perkara bid’ah. Maka di waktu itu perlu adanya pembaharuan bagi agama. Maka Allah pun mendatangkan orang yang kemudian untuk mengganti orang dahulu (khalaf).

Maka inilah yang dimaksudkan hadis:

Ertinya: “Senantiasa ada satu toifah di kalangan umatku selama mana mereka mendirikan agama dan tidak memberi mudharat pada mereka itu oleh siapapun yang menghina mereka dan tidak pula orang yang menyalahi mereka sehingga datang pada mereka perintah Allah dan mereka kelihatan atas segenap manusia”

Senarai mujaddid secara lengkap terdapat dalam kitab Taqwim Al Fikri Ad Dini (hal 330-331) oleh Syeikh Mahmud Syarqawi. Juga dalam kita Ad Dakwah Al Temmah oleh Syed Abdullah bin ‘Alwi Al Haddad.

Berikut ialah nama-nama para mujaddid itu:

1. Mujaddid abad 1 : Khalifah Umar bin Abdul Aziz
2. Mujaddid abad 2 : Imam As Syafie
3. Mujaddid abad 3 : Ibnu Suraij Al Iraqi @ Abul Hassan As Syaari
4. Mujaddid abad 4 : Imam Al Baihaqi @ Syeikh Abu Hamdi Isfaraini As Shafie
5. Mujaddid abad 5 : Imam Ghazali
6. Mujaddid abad 6 : Imam Fakhurrazi
7. Mujaddid abad 7 : Ibnu Daqiqi ‘Id
8. Mujaddid abad 8 : Al Balqini
9. Mujaddid abad 9 : Imam As Sayuti
10. Mujaddid abad 10 : Imam Muhammad Ar Ramli
11. Mujaddid abad 11 : Abdullah Salim Al Basri
12. Mujaddid abad 12 : Ad Dardir
13. Mujaddid abad 13 : Al Syarqawi

Ada ulama berpendapat bahwa berlaku dalam sejarah lahir lebih dari seorang mujaddid untuk satu zaman (mujaddid secara kolektif). Tapi kebanyakan dari kurun-kurun itu hanya seorang saja mujaddid yang lahir.

Perlu diingat bahwa nama-nama mereka yang disebut mujaddid di atas, bukanlah ditunjuk Allah dan Rasul. Telah kita katakan bahwa Al Qur’an dan Hadis tidak menamakan siapakah mujaddid untuk sesuatu kurun, tetapi ia adalah yang dipersetujui dan diiktiraf oleh ummat Islam.

NOTA DARI ADMIN:

Semoga perkara ini mendapat perhatian dan dibincangkan di kalangan bijak-pandai Islam. Pada hemat saya adalah elok untuk diketahui para mujaddid pada setiap zaman agar ilmu pengetahuan yang dikurniakan Allah ke atas mereka ini dapat menjadi antara sumber rujukan kepada semua umat Islam kini dan masa akan datang, terutamanya dalam soal ijtihad.

Sponsor:

  1. 4 Responses to “Mujaddid: Kenapa Di Awal Kurun Saja?”

  2. Mujaddid, insyaAllah ada 14 sahaja. Kami berkeyakinan, yang ke14 itu adalah Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. Yang ke13 adalah Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi. InsyaAllah, selepas yang ke-14 tiada mujaddid lagi, tetapi muncul khalifah Allah atau disebut sebagai imam mahadi. Untuk keterangan lanjut boleh lawati http://puterabanitamim.blogspot.com

    By fazel MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.8 on Oct 24, 2007

  3. Aiii, geng Arqam pun ada di sini?

    By Anti Wahhabi MALAYSIA Windows XP Internet Explorer 7.0 on Jan 1, 2008

  4. beza mujaddid yg terdahulu dan Abuya ialah mujaddid terdahulu di akui seluruh kaum muslimin dan para ulama’. Di iktiraf selepas pemergian mereka.

    berbeza dgn abuya yg hanya diiktiraf oleh golongan mereka sendiri dan ditolak oleh ulama2 lain termasuk lah majlis-majlis agama.

    abuya juga masih hidup dan beroperasi dlm gelap.

    By angin MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on Mar 16, 2008

  5. Excellent blog. good luck.

    By Comprar Cialis UNITED KINGDOM Avant Browser on Aug 5, 2008

Post a Comment

  • :em45:
  • :em01:
  • :em12:
  • :em29:
  • :em54:
  • :em69:
  • :em67:
  • :em60:
  • :em07:
  • :em03:
  • :em19:
  • :em22:
  • :em28:
  • :em09:
  • :em27:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em02:
  • :em43:
  • :em20:
  • :em42:
  • :em62:
  • :em17:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em33:
  • :em44:
  • :em04:
  • :em48:
  • :em58:
  • :em47:
  • :em26:
  • :em39:
  • :em32:
  • :em24:
  • :em50:
  • :em61:
  • :em64:
  • :em16:
  • :em63:
  • :em51:
  • :em46:
  • :em18:
  • :em65:
  • :em06:
  • :em25:
  • :em23:
  • :em31:
  • :em15:
  • :em05:
  • :em11:
  • :em38:
  • :em13:
  • :em53:
  • :em71:
  • :em21:
  • :em36:
  • :em56:
  • :em57:
  • :em70:
  • :em37:
  • :em40:
  • :em08:
  • :em66:
  • :em14:
  • :em41:
  • :em52:
  • :em68:
  • :em49:
  • :em30:
  • :em59:


::Untuk meletakkan gambar anda di sebelah komen, anda boleh register email anda di sini.