Wasiat Sya’rawi kepada pemimpin

February 19, 2008 – 5:54 pm

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Dan sesungguhnya aku Tuan Presiden,
Aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah.
Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq.
Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.
Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya.
Samada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.
Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.
Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah.
Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka.
Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu.
Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).

Allah S.W.T telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah S.W.T kata?
“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad)  tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan(Namrud).
(surah al-baqarah :258)

Maka kekuasaan itu Allah beri kepada sesiapa yang dia mahu.
Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah.
Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah.
Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah.

Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya.
Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia.
Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

Aku berkata kepada kamu sekalian,
Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.

Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Wayamkuruuna wayamkurullah.”
(dan mereka merancang(perkara yang jahat) dan Allah juga merancang.

Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.”
(Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga)

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta.
Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.

Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya.

Wahai Tuan Presiden,
Aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!

اذا كنت قدرنا فليوفقك الله .. واذا كنا قدرك فليعنك الله على أن تتحمل..

“Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar).
Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).

Syeikh Mutawalli Sya’rawi

Sponsor:

  1. 4 Responses to “Wasiat Sya’rawi kepada pemimpin”

  2. Time Syeikh Mutawalli Sya’rawi tegur tu dalam majlis rasmi jugak tu. Ramai yang hadir termasuk paderi2 kristian. Tetapi beliau dengan selamba jer tegur depan orang ramai tanpa rasa takut :)

    Semua orang fikir dia dan akan dikenakan tindakan tetapi tidak sebaliknya. Saper yg tak kenal dengan Hosni Mubarak, seorang pemimpin yang berfikiran barat dan tidak suka kepada Islam. Ramai pengikut Ikhwanul Muslimin di penjara dan dibunuh di bawah pemerintahannya. Politik di sana lebih teruk lagi daripada politik di tanahair kita Malaysia.

    Malaysia pun habis2 kena ISA je..takpun digertak oleh polis. :D

    By Izo MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on Feb 19, 2008

  3. Malaysia tidak kekurangan ulama2 seperti ini, tetapi kita sebenarnya kekurangan pemimpin2 yang mahu mendengar kata ulama.

    By Izo MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on Feb 19, 2008

  4. SubhanAllah, semoga Allah melihatnya dengan penuh Kerahmatan dan Kasih SayangNya ..

    Alangkah hebat butiran mutiara yang terhambur dari lisan seorang Ulama’

    Ia bagaikan sebutir biji benih yang kemudian menjadi batang lalu mengeluarkan dahan dan seterusnya mencambahkan ranting, menghasilkan buah2an yang ranum lagi lazat bagi seorang musafir seperti aku, yang lemas dalam samudra kejahilan !!!

    Andai disurat apa yang tersirat, penuhlah kajangan kertas, susutlah tinta dan tumpullah kalam, namun masih tak terungkap apa yang cuba disingkap …

    By Ayatullah Ruhullah Al Imam Khomeini Al Musavi MALAYSIA Windows XP Internet Explorer 7.0 on Feb 19, 2008

  5. http://islamhadhari.net/?p=434

    Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat

    By khairul MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.4 on Aug 18, 2008

Post a Comment

  • :em45:
  • :em01:
  • :em12:
  • :em29:
  • :em54:
  • :em69:
  • :em67:
  • :em60:
  • :em07:
  • :em03:
  • :em19:
  • :em22:
  • :em28:
  • :em09:
  • :em27:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em02:
  • :em43:
  • :em20:
  • :em42:
  • :em62:
  • :em17:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em33:
  • :em44:
  • :em04:
  • :em48:
  • :em58:
  • :em47:
  • :em26:
  • :em39:
  • :em32:
  • :em24:
  • :em50:
  • :em61:
  • :em64:
  • :em16:
  • :em63:
  • :em51:
  • :em46:
  • :em18:
  • :em65:
  • :em06:
  • :em25:
  • :em23:
  • :em31:
  • :em15:
  • :em05:
  • :em11:
  • :em38:
  • :em13:
  • :em53:
  • :em71:
  • :em21:
  • :em36:
  • :em56:
  • :em57:
  • :em70:
  • :em37:
  • :em40:
  • :em08:
  • :em66:
  • :em14:
  • :em41:
  • :em52:
  • :em68:
  • :em49:
  • :em30:
  • :em59:


::Untuk meletakkan gambar anda di sebelah komen, anda boleh register email anda di sini.