Tips Meningkatkan Komen Di Blog!
-
Assalamulaikum..
Lama tak ber’update’ blog nie. Tgh sibuk ngan projek web terbaru sekarang nie. ;) Kalau boleh nak siapkan projek tu secepat mungkin. Projek apa yer? hehe…rahsia. :D Kali ini ada satu artikel yg ingin saya kongsikan bersama pelawat2 blog ini. Berkenaan tips bagaimana mendapatkan komen dari pembaca-pembaca blog anda. Teruskan bacaan.
Satu perkara yang sering ditunggu-tunggu oleh penulis-penulis blog untuk mengembirakan serta memotivasikan diri mereka agar terus bersemangat untuk menulis blog ialah melihat & membaca komen yang ditinggalkan oleh pelawat-pelawat di blog mereka.
Tanpa komen.. penulis akan berasa sedih.
Tanpa komen.. penuils akan lemah sangat untuk menulis.
Tanpa komen juga.. kadang-kala boleh membuatkan penulis berasa murung selama beberapa hari.Untuk menggembirakan hati, kadangkala, ada juga penulis blog yang menghantar komen di blog mereka sendiri dengan menyamar sebagai orang lain.. (sehingga hari ini, saya tak pernah lagi buat perkara ini.. mungkin boleh gunakan trick ini suatu hari nanti… ho! ho! ho!)
Ok!… hari ini saya akan bagi anda 2 tips bagaimana mendapatkan komen dari pembaca-pembaca blog anda.
Satu cara yang paling mudah.. “Minta sahaja mereka meninggalkan komen!”….
Kadang-kala, anda perlu bersikap jujur dan berterus-terang. Sama seperti jika anda menyukai & meminati seseorang gadis/jejaka. Anda perlu berterus terang dan katakan padanya yang anda amat menyukainya… memang kadangkala ia agak sedikit janggal & memalukan.. tetapi, apa salahnya?.. Kadangkala.. ia amat berbaloi untuk dilakukan.
Begitu juga dengan pembaca-pembaca blog anda, sesetengah daripada mereka, kadangkala perlu di “beritahu” untuk melakukan sesuatu. jadi, tidak ada salahnya anda beritahu sahaja mereka agar meninggalkan komen di blog anda, dan percaya tau tidak… mereka akan buat.
Ayat-ayat seperti berikut mungkin sesuai untuk mengarahkan pembaca anda meninggalkan komen di blog anda ..
” Apa pandangan anda untuk topik kali ini?”
“Saya ingin mendengar pendapat anda pula berkenaan hal ini, sila nyatakan di ruangan komen”
” Harap anda dapat kongsikan pengelaman anda pula..”dan sebagainya…
Tips kedua untuk “Meningkatkan Komen Di Blog! ” ialah.. Tinggalkan komen anda terlebih dahulu di blog orang lain.
Ini adalah sama seperti prinsip menderma… jika anda inginkan wang.. anda kena derma wang anda terlebih dahulu kepada orang lain. Jika anda inginkan senyuman pula, anda perlulah terlebih dahulu memberi senyuman anda kepada orang lain.
Begitu juga dengan komen di blog. Jika anda inginkan komen di blog anda, anda perlulah terlebih dahulu meninggalkan komen di blog orang lain terlebih dahulu!
Perkara ini sama seperti aktiviti “menderma” , jadi ia memang sukar sedikit dijelaskan secara saintifik.. jika anda tidak percaya…. silalah cuba… insyallah mujarab!
Untuk itu, apa kata anda mulakan amalan “memberi komen terlebih dahulu ini” di blog ini?.. ho! ho!

Selamt ber”komen”…
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.
//Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.












March 6th, 2008 at 5:00 pm
t.kasih panduan tuan tapi blog saya cipta kurang menarik designnya, tolonglah bantu saya
layarilah blog saya di NAIK ANGIN
March 6th, 2008 at 5:21 pm
Boleh bagi link saudara? Bleh saya check nanti. Jgn segan2 yer. Saya pun pernah alami sepertimana yang saudara alami :D
March 31st, 2008 at 12:25 pm
Salam, boleh comment tak blog ni. Baru belajar buat. Macam merapu je blog yang saya buat ni.
http://funnypicture5.blogspot.com/
March 31st, 2008 at 2:10 pm
Kepada Mansor abu,
Blog anda walaupun skinnya tidak berapa menarik dan unik tetapi contentnya amat menarik. Mungkin anda akan dapat returning visitor.(rasanya itu default blogspot punye skin kan?)
Tajuk blog kurang power. Kena lebih niche lagi. kalau ‘pictures’ tu terlalu umumkan? Bagi niche lagi..contoh ‘Nice Funny Picture’.
Iklan adsense tu anda punye ke? Rasanya anda tidak dapat blend dgn baik iklan itu dengan blog anda. Dan satu lagi kedudukan iklan itu tidak menarik perhatian orang untuk klik (mengikut pengalaman sayalah). Tapi sebenarnya adsense nie kita kena test sendiri, baru tahu keberhasilannya. Tidak ada teknik khusus. Cuma saya bagi komen saya jer :em47:
May 21st, 2008 at 10:28 pm
bagus tips….
boleh tulis tips untuk tarik visitors pula????
May 22nd, 2008 at 12:07 am
Nak tips tarik visitor? Bleh…nanti saya tulis..
Tgk mood dan waktu terluang dululah.. :em32:
August 2nd, 2008 at 1:52 pm
useful tips..
lepas ni xle malu2 nk mintak komen lah :em62:
August 2nd, 2008 at 2:55 pm
Ada tips baru lagi…pasnie saya post. :em32:
August 2nd, 2008 at 9:10 pm
Saya setuju sangat dengan tips yang kedua. Tinggalkan komen anda di blog orang lain dulu. :em60:
August 2nd, 2008 at 9:13 pm
^^^ emoticon di atas tu kan tengah type komen. Sungguh-sungguh betul dia. :em62:
January 29th, 2009 at 3:26 pm
izo..camner pendapat demo ttg blog kawe? :em53:
January 30th, 2009 at 11:05 am
Lawo doh :em02: …kena banyak wat posting baru sokmo :em50:
May 22nd, 2009 at 1:11 am
Salam, satu lagi tips, bila dah komen, jangan lupa letak link sendiri, supaya bila ada link, maka mudah org nk surf blog/web kita dan beri komen.. contoh mcm nie..
>>http://islamictazkirah.blogspot.com/<<
**entah jadi ke idak**
:em20:
Afiff’s last blog post..Q&A About Islam #1 (Prayer In Islam)
May 22nd, 2009 at 1:24 am
Letak link kat komen kadang2 berisiko. Kadang2 di anggap Spam oleh blog. Perlu berhati2.
Apapun di IzoBlog saya telah meletak CommentLuv & dofollow plugin. Lebih mesra untuk anda tinggalkan komen. Apa yang perlu anda buat ialah, masukkan URL blog anda dan secara automatik pada komen anda akan terpapar latest post blog anda.
August 17th, 2009 at 11:44 pm
bro.. best la tips komen nie.. tankz.. mnx kbnrn link ye…. nie present :em71: hehehehe
September 10th, 2009 at 1:51 pm
salam.sy rasa dh bnyk tggl komen kat blog org, tp respon yg sy trime kat blog xbnyk gak?nape yek?
agaknya blog sy xmenarik kot……
leh bg komen sifu :em16:
Posting terkini di blog Nisa: ::Biskut::
September 10th, 2009 at 3:06 pm
Hohoho…saya bukan sifu. Tapi kalau nak minta pendapat tu bleh jer…Jap ek nak peksa blog cik Nisa.
Ada beberapa perkara.
1- Content is King (Isi kandungan adalah raja)
Biasa jika nak berbicara bab blog, ini adalah topik yang pertama disentuh. Pastikan isi blog kita itu adalah original, bukan main copy paste dari blog orang lain je. Content mesti Unique!
2- Layout blog
Kena selalu test tukar2 layout(skin) blog anda. Ikut pengalaman saya pon ini juga memainkan peranan yang penting selepas daripada tips 1 di atas. Kalau anda follow blog ini dari awal, maka tahulah anda saya pon dah banyak kali main tukar layout blog. :em47:
Layout yang terbaik(bagi saya ler) background mesti putih dan content text mesti warna gelap(hitam).
3- Pastikan komen membina
Pastikan komen yang anda tinggal di blog orang lain itu membina. Jangan sekadar antar setakat “Thanks” atau sekadar smiley ” :D ”
Kalau boleh tinggalkan komen di blog yang sama niche. Contoh: kalau blog kita pasal kereta maka tingglakan komen kat blog kereta.
4- Jgn guna blogspot.
Yang nie kalau nak buat ler… Elakkan guna blogspot. Pasal blogspot nie fungsi komen dia tidak mesra pengguna ler.. Nie pada pandangan saya ler.. Komen kat blogspot nie agak kompleks sket. Sebagai alternative bleh gunakan wordpress.com atau tukar jer skin blogspot yang dan siap sekali ngan comment form. Form dia kelihatan lebih kurang cam wordpress.
Tidak ada komen bukan bermakna tidak ada pelawat..blog saya pon ramai juga yang masuk tapi tak tinggalkan komen. Kadang2 komen ni penting juga utk menaikkan semangat blogger utk berkarya.
Wassalam…
September 10th, 2009 at 9:08 pm
okes…nanti saya try cek…time kasih atas komen membina :em56:
Posting terkini di blog Nisa: ::Biskut::
October 20th, 2009 at 11:58 pm
betul tu susah betul nk dptkan komen mereka..lagi2 kebanyakan mereka suka sgt tinggalkan dkt chatbox..lama2 nnt komen tu hilang..x best la kan.. :em28:
Posting terkini di blog Nurul Umira: Luahan
December 10th, 2009 at 11:48 pm
Salam Izo! Menarik, tertarik topic anda ni. Ada tips untuk saya sebagai blogger baru nak belajar merangkak? :em45:
Posting terkini di blog grounded: FIRST THINGS FIRST