Apa itu HOAX ?

February 5, 2008 – 1:28 am

HoaxHoax adalah usaha untuk memperdayakan orang agar mempercayai sesuatu yang salah itu adalah benar.

Hoax biasanya datang dalam bentuk email peringatan, nasihat palsu, berita bohong atau berita palsu yang biasanya diakhiri dengan menyuruh pembaca menyebarkannya seluas-luasnya!

Hoax beredar di mana sahaja: email, social networking (friendster, myspace, hi5 dll), Yahoo Messenger, bahkan SMS.

Dalam tingaktan ‘penyampah internet’, pada saya hoax berada setingkat lebih parah daripada spam. Biasanya spammer me’nyepam’ email untuk mempromote website diorang, ataupun ingin membuat sesuatu jualan (tapi cara nie tidak betul). Sedangkan orang membuat hoax tak lain tak bukan hanyalah untuk kepuasan peribadi : terasa puas apabila dapat membohongi orang ramai.

Membuat hoax tidak menjadikan seseorang itu mendapatkan keuntungan apa2 pun, kecuali untuk berbangga kerana ‘hasil karya’nya beredar luas di internet. Sementara itu, ribuan bahkan jutaan orang yang bekerja pada industri yang berkaitan mengalami kerugian kerana produknya tiba-tiba saja tidak laku. Sementara ribuan orang yang lain mengalami kecemasan akibat membaca HOAX tersebut. Oleh kerana itu dalam menerima satu2 maklumat hendaklah dilakukan Cross-Check terlebih dahulu terhadap kebenaran isi maklumat tersebut, jangan terus mempercayainya, apatah lagi terus memforwardnya.

GaaraHoax itu boleh juga tersebar di SMS, misalnya anda menerima sms yang memberitahu jika tidak memforwardnya maka anda akan ditimpa bencana, tetapi jika anda memforwardnya anda akan mendapat balasan yang baik, lalu disertakan bukti2 bahawa si A telah ditimpa bencana kerana tidak memforward, dan si B pula dapat kesenangan hidup kerana memforward.

Hoax bukan sahaja berlaku dalam dunia komputer sahaja, bahkan dalam bab2 kesihatan, kewangan, kemanusiaan, atau bahkan tentang cuaca. Biasanya bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai. Ciri2nya tetap sama, iaitu dengan meyakinkan pembaca agar cerita yang mereka sampaikan kelihatan benar dan logik pada akal fikiran. Contohnya dengan menggunakan istilah2 ilmiah, mencampurkan informasi yang benar dan yang palsu, memberikan data-data yang berupa angka, menambahkan kata-kata ‘ajaib’ dengan memberikan kesaksian palsu ataupun menyuruh kita forward sesuatu perkara tersebut. Tujuannya adalah sama, membuat gossip yang akan membuatkan orang percaya padanya!

Ciri-ciri Hoax:
1. Mudah tersebar melalui email dan seringkali memanfaatkan kemudahan mailing list. Contoh: Yahoo Groups dll
2. Isinya biasanya berisi pesanan yang membuatkan kita berasa cemas, panik dan serba salah.
3. Diakhiri dengan peringatan agar si pembaca memforwardkannya.
4. Biasanya pengirim awal hoax ini tidak diketahui identitinya.

  1. 13 Responses to “Apa itu HOAX ?”

  2. aku baru je dpt hoax tu dr sms td.

    By rovlizaru MALAYSIA Windows XP Internet Explorer 7.0 on May 15, 2008

  3. Membazir kredit jer kalau gi tolong sebar gak :em32:

    By Izo MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on May 15, 2008

  4. skrang dah ramai org pecaya kat benda karut nie :em53: :em53:

    By EzAM MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on May 16, 2008

  5. HOAX sampai biler2 pun akan ada jika orang masih forward msg tu. Yang kembang hidung nya orang yg cipta tu gak…Coz ramai orang yg percaya. :em32:

    By Izo MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on May 16, 2008

  6. mula2 aku percaya tp lepas jumpa page ni..memang bazir kredit betul o…

    By Pooh MALAYSIA Windows XP Internet Explorer 6.0 on May 17, 2008

  7. Jika anda terima msg yang ada ciri2 di atas dan kalau difikir secara lebih mendalam msg tu nampak cam tk logik…itu adalah msg Hoax. :em43:

    By Izo MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on May 17, 2008

  8. salam..xtau la zo..kdg2 2 lbih baik bringat sblum tkena.sapa je kt YM msj 2..aku try cek2,ade je msk srtkhbor indon.. try cek sni http://www.kompas.com/index.php/read/xml/2008/05/08/12373546/sms.ilmu.hitam.juga.gegerkan.riau
    (~paham ke bhse indon..hu3)
    lps 2 dtahkikkan plk oleh mber2 aku yg duk d indon..mmg ade je cte tu dnun.. :em31:

    By pauh Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.13 on May 24, 2008

  9. ada tak sape2 dapat sms yang kate astro nak bagi RM 17 inggit kalau kite buat ape tah ?

    By nuarx MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 on Jun 13, 2008

  10. Takde lagi setakat nie… :em18:

    By Izo MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 on Jun 13, 2008

  11. :em66: menyusahkan…mana tau ada yg benar~ kita yg rugi…adess :em12:

    By EzAM MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on Jun 14, 2008

  1. 3 Trackback(s)

  2. Feb 5, 2008: IzoBlog- Ikatilah ilmu dengan menuliskannya » Masukkan nombor pin secara terbalik, Hoax! MALAYSIA WordPress 2.3.2
  3. Feb 5, 2008: IzoBlog- Ikatilah ilmu dengan menuliskannya » Kod babi dalam makanan, Hoax MALAYSIA WordPress 2.3.2
  4. May 15, 2008: IzoBlog- Ikatilah ilmu dengan menuliskannya » Hoax berkenaan ilmu hitam melalui telefon MALAYSIA WordPress 2.3.3

Post a Comment

  • :em66:
  • :em01:
  • :em60:
  • :em08:
  • :em56:
  • :em17:
  • :em04:
  • :em24:
  • :em59:
  • :em33:
  • :em65:
  • :em61:
  • :em69:
  • :em11:
  • :em49:
  • :em21:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em31:
  • :em36:
  • :em27:
  • :em50:
  • :em09:
  • :em64:
  • :em19:
  • :em28:
  • :em03:
  • :em68:
  • :em44:
  • :em48:
  • :em18:
  • :em63:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em25:
  • :em46:
  • :em26:
  • :em42:
  • :em37:
  • :em29:
  • :em39:
  • :em16:
  • :em52:
  • :em13:
  • :em38:
  • :em22:
  • :em43:
  • :em02:
  • :em47:
  • :em30:
  • :em55:
  • :em70:
  • :em40:
  • :em71:
  • :em41:
  • :em20:
  • :em35:
  • :em14:
  • :em54:
  • :em07:
  • :em58:
  • :em15:
  • :em06:
  • :em23:
  • :em67:
  • :em32:
  • :em45:
  • :em53:
  • :em51:
  • :em12:
  • :em57:


::Untuk meletakkan gambar anda di sebelah komen, anda boleh register email anda di sini.