Logo Background RSS

Belajar Ikat Tali Leher/Tie

  • Written by IzoIzo 18 Comments18 Comments Comments
    Last Updated: May 5th, 2009

    Baru-baru ini bersempena dengan birthday saya yang ke 26, Cik N (identiti terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan) :D menghadiahkan saya sehelai baju kemeja beserta tie. Walaupun gembira tetapi problem besar juga bagi saya kerana saya sebenar tak reti nak ikat tie!

    Jadi kali ini saya letakkan gambar cara-cara nak ikat tali leher/tie dengan betul.. ada banyak cara nak ikat tie ni sebenarnya…baru saya tahu. Selama ini saya tidak pernah ikat tie sendiri. Biasanya suruh kawan jer yang tolong ikatkan. Jadi kepada sesiapa yang hendak belajar ikat tie, boleh lihat tutorial bergambar di bawah.

    KLIK gambar untuk paparan lebih besar dan jelas!

    cara-ikat-tali-leher

    ASCOT

    ascot

    BOW TIE

    bow-tie

    CROSS KNOT

    cross-knot

    FOUR IN HAND

    four-in-hand

    HALF WINDSOR

    half-windsor

    WINDSOR

    windsor

    PRINCE ALBERT

    prince-albert

    SMALL KNOT

    small-knot

    Selamat mencuba. Practice makes perfect!

  • Add to Yahoo Add to Digg Add to Stumble Upon Add to Technorati
    Add to Del.icio.us

    Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.


    //Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.
  1. #1 Mr. Nice Guy
    May 5th, 2009 at 2:54 pm

    nasib baik aku pandai jugak sket2 ikat tai ni..

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Diana
    May 6th, 2009 at 12:50 am

    wow!!! spe y hadiah 2???msti orang special..huhuhu
    baiknye kwan izo..xkan ari2 tolng ikat tli leher kot..

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Izo
    May 6th, 2009 at 1:12 am

    Bukan hari2…tapi sekali ikat jer. Saya tak buka ikatan tu. :em47:

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Mr. Nice Guy
    May 6th, 2009 at 8:48 am

    izo aku sebenarnya cam dapat detect je miss ‘N’ tu sape.. :em59:

    Mr. Nice Guy’s last blog post..Hujan Air Batu Di Selatan China

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 fifi
    May 7th, 2009 at 10:31 am

    kalu mung nok tau…mung boleh tanye aku sero..huhu…sori izo…. :em54: cik N tu….kalu izo tak mboh aku pecoh rahsia…beri aku hadioh myvi kelabu sebuah…

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 siti
    May 7th, 2009 at 11:26 am

    kalu orang yang pengajian islam tak elok pakai tali leher..mcm budaya barat…lebih elok pakai baju macam kumpulan raihan..

    orang perempuan pula elok pakai jubah n tudung labuh…menunjukkan pakaian muslimah..

    kenapa kita nak ikut cara pemakaian barat sedangkan kita pengajian islam?

    izo sendiri pun ustaz….

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 Afiff
    May 7th, 2009 at 11:25 pm

    yeke siti..

    Profesor Universiti Al-Azhar pun pakai tie siti..

    Ikut niat si pemakai lah..sekarang keperluan darurat..
    Pemakaian tie adalah salah satu syarat untuk kerja..

    Kecuali kpd org yg fobia pakai tie (mcm tali gantung!) :em42:

    Afiff’s last blog post..The Challenge of the Quran

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 Musleemah
    May 8th, 2009 at 8:49 am

    Saya sependapat dengan pandangan dari saudara Afiff tentang pemakaian tali leher. :em69:

    Cuma saya ingin menambah sedikit di sini.

    Tidak semestinya mereka dari Pengajian Tinggi ISLAM diwajibkan memakai kopiah dengan jubah sahaja. Begitu juga dengan para musleemah.

    Jangan kita membuat andaian atau penilaian dari sudut pemakaian individu itu. Yang penting mereka sudah pun menutup aurat mengikut syari’ah ISLAM. Asalkan tidak berseluar ketat seperti yankee & cowboy. Oops! :em42: Memakai tudung seperti Mickey Mouse atau mengikat ribbon di leher sehingga kelihatan aurat yang tidak harus dipertontonkan. Berlengan pendek walaupun dikatakan bertudung (yang ramai berleluasa sekarang di mana kita sedia maklum lihat atau terpandang). :em40:

    Kadang-kala memakai tali leher ini bukanlah kehendak mereka. Ini adalah salah satu dari protokol sekolah di sana. Kenapa tidak sahaja dibahaskan atau menunding jari terhadap Kerajaan atau Pengetua Sekolah itu??

    Dan ingin saya ketengahkan di sini tentang pemakaian Musleemah.

    Tidak semestinya berpakaian longgar itu adalah dengan berjubah semata-mata. Berhejab tidak semestinya dengan jilbab yang labuh sepanjang masa.

    Berbaju longgar boleh digayakan dengan pakaian busana Musleemah yang lainnya. Berhejab bisa digayakan dengan hejab yang memenuhi syari’ah ISLAM, yakni melepasi dada. Bukan berhejab dengan tudung trend masa kini, Tudung Ikin! Dimana sesetengah dari tudungnya sangat jarang dan bisa mempamerkan leher musleemah itu. Itu bukan Musleem Hejab, itu digelar non-musleem hejab! Kerana ia tidak langsung memenuhi syarat dari sudut ISLAM.

    Dan yang paling utama adalah dengan mempamerkan keperibadian akhlaq diri kita. Apabila diri sudah disarung jilbab dan jubah atau apa pakaian sekalipun yang mengikuti syari’ah ISLAM, maka tampilkan keperibadian akhlaq seiringan dengan pakaian yang kita pertontonkan. Bukan dengan gaya akhlaq yang kurang sopan. Yang amat menyedihkan. Malahan saya sudah lalui bersahabat dengan para musleemah yang berjilbab dan berjubah ini. Ada diantara mereka Nauzhubillahi Minzhaliq, kuat memaki hamun. Malah ada yang melakukan perzinaan dan aborsi anak sebanyak tiga kali. Tidak percaya? Terpulang…

    Jangan jadi seperti buah kuini atau bacang, harumnya semerbak, Subhan-ALLAH! tetapi dalamnya seringkali berulat dan busuk, Nauzhubillah.

    Ingat saya akan kisah seorang wanita yang berjilbab labuh dan sering berjubah atau berbaju kurung. Beliau tidak kurang ilmu di dada, mendalami ilmu tassawuf, berkuliah di Pengajian Tinggi Islam Antarabangsa, seorang Musleemah tahfiz Al-Qur’an, cukup dengan sifatnya yang lemah-lembut dan bersopan-santun terhadap masyarakat. Bak kata pepatah: pijak semut tidak mati. :em22:

    Dia telah pun digelar oleh penduduk kampung di sana sebagai wanita yang solehah. Rajin dalam rutin kemasyarakatan. Juga beliau telah disanjung tinggi, dihormati dan disegani oleh kerana keperibadian akhlaqnya yang baik dan berbudi pekerti. Ramai orang kampung berkenan dengan akhlaqnya itu dan sering diidam-idamkan untuk dijadikan menantu, yakni isteri kepada anak bujang kesayangan mereka.

    Tetapi telah ditakdirkan oleh Yang Maha Kuasa bahawa wanita yang dianggap solehah ini telah jatuh sakit. Di waktu dia sedang nazak, dia sangat menderita. Masyarakat kampung di sana amat gerun dan terkejut dengan keadaan gadis ini. Mereka berusaha meminta bantuan daripada seorang Ulama’ untuk membantu gadis yang menderita menghadapi sakaratul maut.

    Orang kampung jadi kebingungan. Dihitung dari penilaian luaran, tiada cacat cela tetapi mengapa di saat-saat pemergiannya amat menderita sekali? Lalu Ulama’ tersebut memutuskan untuk menanyakan soalan demi soalan kepada sang ibu gadis itu yang duduk berjauhan dari anak gadisnya sendiri. Kelihatan titisan demi titisan air mata ibunya menderus keluar dari kelopak mata. Beliau mengatakan anak gadisnya memang baik di mata mereka. Tetapi dengan ibunya sendiri, dia seorang anak derhaka. Menengking herdik ibunya seperti anak kecil. Dia lebih mengutamakan masyarakat sedangkan ibunya selalu ditinggalkan dalam keadaan kelaparan. Ibunya sangat uzur dan tidak berdaya ditinggalkan keseorangan. Akhirnya wanita yang digelar solehah oleh setiap penduduk kampung di situ menderita kerana keaiban terpaksa dibuka di akhir pernafasannya. Setelah sekian lama dia disanjung dan dipuji bertubi-tubi, apakah ini pengakhirannya?

    Kesimpulannya: Setiap perbuatan hanya ALLAH sahaja yang berhak menilai. Penailaian seorang manusia tidak bererti benar. Saya di sini bukan untuk memberi komentar yang menunjukkan keburukan atau kelemahan para individu yang sudah pun graduate dari Pengajian Tinggi ISLAM. Tinggi atau rendahnya ilmu seseorang itu, yang utama adalah iman di dada. Pengamalannya terhadap ilmu yang dipelajari itu akan menjadi penilaian untuk akhirat nanti. Kisah di atas untuk kebaikan bersama. Ia juga dapat mendidik diri saya untuk senantiasa berfikir dan memperbaiki serta bermuhasabah diri yang dhoif lagi lemah ini. Agar tidak memberi penilaian dari sudut pakaian seseorang itu sahaja. Janganlah sampai kita menilai buku dari kulitnya.

    Kepada empunya blog saya memohon maaf kerana tidak meminta izin terlebih dahulu untuk memberi komentar yang panjang lebar seperti ini. Dan kepada para pembaca saya ingin memohon maaf lahir dan bathin, jika ada perkataan saya yang mengguris atau membekas luka di hati. Hanya keindahan dan kesempurnaan itu milik Sang Penakluk Jiwa hamba-hamba-NYA, ALLAHU RABBI.

    P/s: Menerima hadiah tali leher adalah satu hikmah juga. Daripada tidak tahu mengikatnya sehingga sudah tahu. Anggaplah ia sebagai satu kemajuan yang positif! Keep up the great effort and remember to give your very best in whatever you do! :em69:

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 opisboy
    May 8th, 2009 at 11:44 am

    aku belajar ikat tie dari form 1, belajar dgn abg. sampai sekarang masih pandai ikat tie tapi masa sekolah dulu boleh jadi income pasal ramai kawan bagi duit suruh ikat tie diorang heheh, syok!!

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 Izo
    May 9th, 2009 at 11:04 pm

    Saya pun sebenarnya tidak suka sangat bertali leher. Panas!!! Kalau bilik aircond takper jugak. :em06:Tetapi di dalam fatrah(waktu) Praktikum, guru pelatih dikehendaki memakai tali leher. Sebelum meninggalkan komen berkenaan pemakaian tali leher, ada baiknya rujuk posting saya:
    Hukum memakai tali leher

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 EzAM
    May 10th, 2009 at 1:14 am

    slama nie sy ingat ada satu cara ke ikat tie nie~~
    rupanya byk gak~~ THx izo~~
    XD
    :em60:

    EzAM’s last blog post..Dajal Si Penyamar

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 Maliki xp
    May 15th, 2009 at 11:13 pm

    Salam Izo.. Lame x masuk sini :em66: Wah nampaknye Encik Izo dah berumur 26 tahun baru nak blajar ikat Tali Leher, HeHe. Ok la tu… Ambe same mcm Ezam gak, igt kan ade satu jenis ikatan je, rupanya byk plak..huhu. Thanks la Izo utk artikel ni…nnt ambe nk tra lah ikatan² yang lain pula.

    “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.” (Buya HAMKA)

    Maliki xp’s last blog post..Peristiwa Besar Pada Bulan Ramadhan

    Post ReplyPost Reply
  13. #13 Izo
    May 15th, 2009 at 11:21 pm

    :em02: Maliki lama tak masuk sini…Sibuk benor deme lening :em28:

    Post ReplyPost Reply
  14. #14 Maliki xp
    May 16th, 2009 at 10:44 am

    Huhu.. Sibuk jugak la Izo sejak economic downturn nih :em23: X dang nok jengok2 blog pun :em28:

    Maliki xp’s last blog post..Peristiwa Besar Pada Bulan Ramadhan

    Post ReplyPost Reply
  15. #15 dzul hafixi
    May 17th, 2009 at 2:57 pm

    huhu… bgos2… amba mmg x reti ikat tie…

    dzul hafixi’s last blog post..Sell Out… Money Make My Day Goes Down??

    Post ReplyPost Reply
  16. #16 MR. AZRA, CK, S'WAK.
    September 13th, 2009 at 6:34 am

    Terima kasih atas tip. Lamak tok kamek fikir, hanya satu cara ajak ngikat tie. Syukur ada tip ini. U R the best…..!!! Thanks 4 all….!!!!

    Post ReplyPost Reply
  17. #17 Azrul
    February 10th, 2010 at 12:42 am

    :em55: tq bro atas tips-tips mengikat tie dengan betul..

    Post ReplyPost Reply
  18. #18 miya
    February 25th, 2010 at 6:05 pm

    susah nye nk ikat tali lehe :em29: :em27:

    Post ReplyPost Reply
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: