Logo Background RSS

Pejuang Golongan Kiri yang dilupakan

  • Written by IzoIzo 4 Comments4 Comments Comments
    Last Updated: October 24th, 2008

    Sambungan daripada posting saya sebelum ini: Shamsiah Fakeh meninggal dunia. Al-Fatihah!

    ” Tarikh 31 Ogos yang disambut saban tahun itu merupakan perayaan berhubung dengan kemerdekaan Malaya dari tangan Inggeris sebagai sebuah Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

    Perjuangan kemerdekaan bukan bermula dengan perjuangan UMNO menentang Malayan Union pada tahun 1946. Sebenarnya, perjuangan kemerdekaan telah bermula lama sebelum itu, sejak zaman para ulama, pembesar dan pahlawan Melayu yang menentang penjajahan.

    Ketika Melaka diserang dan ditawan Portugis pada tahun 1511, muncul Bendahara Tepok yang tampil ke hadapan menentang serangan itu, walaupun tidak berjaya.

    Pada abad ke-19 penjajah Inggeris mula bertapak di semenanjung. Penentangan berlaku di Perak, Pahang, Kelantan dan di negeri-negeri lain.

    Di Perak, Dato’ Maharajalela memimpin penentangan rakyat terhadap Inggeris. Tentangan itu mencapai kemuncaknya dengan pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak pada 2 November 1875. Dia ditetak oleh Seputum ketika sedang mandi sungai.

    Akibatnya, Dato’ Maharajalela dihukum gantung (Dua tahun lalu Sultan dan Kerajaan Perak telah membawa pulang jasad dua orang pahlawan Melayu, Tengku Menteri Ngah Ibrahim Long Jaafar dan Laksamana Muhammad Amin Alang Duakap yang dituduh Inggeris terlibat dalam pembunuhan Birch, dari sebuah perkuburan di pulau Singapura untuk disemadikan di Perak dengan penuh penghormatan).

    Di Pahang pula, Dato’ Bahaman telah memimpin gerakan penentangan rakyat terhadap Inggeris. Bersamanya, ialah Tuk Gajah dan Mat Kilau. Di Kelantan pula Tuk Janggut memimpin penentangan rakyat terhadap cubaan Inggeris mahu mengenakan cukai terhadap rakyat.

    Kini Dato’ Bendahara, Dato’ Maharajalela, Datuk Bahaman dan Mat Kilau dan Tuk Janggut telah menjadi legenda. Sungguhpun buku-buku sekolah cuma ada menyebut sedikit mengenai mereka, tetapi perjuangan mereka itu dinafikan. Mereka dinafikan daripada menjadi pejuang kemerdekaan negara. Sejarah itu yang cuba dinafikan oleh mereka yang menjadi petualang bangsa.

    Di antara tahun 1941 hingga 1945, Jepun menduduki Tanah Melayu setelah berjaya menghalau Inggeris. Namun kedatangan Jepun itu juga turut mendapat tentangan rakyat negara ini. Ia dipelopori oleh gerakan anti-Jepun yang berpusat di dalam hutan dengan dibantu oleh unit-unit rahsia di seluruh kawasan pinggir bandar dan kampung.

    Tidak berapa lama sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) dan Kuomintang Malaya yang bergerak secara sulit telah mengumumkan penggabungan dalam perjuangan mereka menentang Jepun.

    Sebelumnya, kedua-dua pertubuhan ini saling bermusuhan sama seperti apa yang berlaku di Tanah Besar China. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu, Barisan Kumkuo dengan sendiri menjadi barisan depan dalam penentangan terhadap Jepun.

    Sebagai barisan tempur, PKM telah membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA), manakala Kuomintang mendirikan apa yang dikenali dengan nama yang sama, tetapi dengan hanya sedikit perbezaan pada lambang topinya.

    Selain daripada Barisan Kumkuo, ada gerakan melawan Jepun yang lain seperti Force 136 (yang dibentuk oleh kerajaan British) dan askar Wataniah di Pahang, yang tidak begitu terkenal.

    Perkampungan orang asli telah menjadi tumpuan pasukan ini, Force 136 pada mulanya dengan menjadikannya pusat perhubungan dan mengadakan kegiatan. Sebahagian besar orang asli bekerjasama dengan kumpulan ini.

    Wataniah dibentuk dan ditadbirkan oleh orang-orang Melayu yang bencikan Jepun, tetapi pro-Inggeris. Sebahagian besar anggota wataniah ini adalah bekas pegawai kerajaan Inggeris yang masih ‘setia kepada tuan lama’. Wataniah sering berhubung dengan Force 136 memberikan banyak maklumat tentang gerakan penentangan. Mereka berperanan sebagai talam dua muka Jepun.

    Persefahaman di antara Kumkuo dengan Force 136 dan Wataniah cukup baik. Mereka tidak pernah bertembung sesama sendiri sebab matlamat mereka ialah untuk menentang kehadiran Jepun di Tanah Melayu.

    Keseluruhan kaum Cina yang tinggal di bandar dan kampung memberikan kerjasama yang baik kepada barisan Kumkuo dan barisan tempurnya. Walaupun kerjasama itu berjalan secara tidak jelas, namun kesannya menyulitkan Jepun juga.

    Hukuman gantung dan penyiksaan lain yang diterima telah tidak sedikit pun melemahkan semangat juang mereka. Ini yang membuatkan barisan ini lebih terkemuka berbanding dengan yang lain.

    Konotasi di atas dibuat bagi menunjukkan bagaimana hebatnya gerakan penentangan terhadap Jepun. Kemudian selepas Perang Dunia Kedua, gerakan kemerdekaan berkembang pesat di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

    Di Tanah Melayu, PKM telah muncul sejak sebelum perang lagi. Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob ditubuhkan pada tahun 1939. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr Burhanuddin al-Helmi dan Ishak Hj Muhammad (Pak Sako) ditubuhkan pada tahun 1945 sebaik sahaja Jepun menyerah kalah.

    Sayap pemuda KMM, Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam, sementara sayap wanitanya, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) digerakkan oleh Shamsiah Fakeh.

    Ahmad Boestamam, Burhanuddin al-Helmi dan Pak Sako - tokoh nasionalis yang merupakan pejuang tulen kemerdekaan tanah air. Mereka bersama dengan beratus-ratus pejuang lain yang kurang ternama, telah dipenjarakan bertahun-tahun oleh penjajah Inggeris di bawah Undang-undang Darurat, 1948.

    (Nota: Siapakah penghasut @ petualangnya kalau bukan UMNO!).

    Di antara pejuang-pejuang kemerdekaan itu, ramai yang dibunuh, dihukum gantung atas pelbagai tuduhan dan dibuang negeri oleh penjajah Inggeris.

    Maharaja Lela dan lima orang rakannya telah digantung di Matang, Taiping. Sultan Abdullah, menteri, laksamana dan syahbandar telah dibuang di kepulauan Seycheles, di Lautan Hindi. Setelah beberapa tahun baru Sultan Abdullah dibenar-kan pulang, itu pun ke Singapura. Lima belas tahun kemudian baru dibenarkan pulang ke Kuala Kangsar.

    Namun bagi sesetengah pejuang lain, melarikan diri ke dalam hutan dan meneruskan perjuangan dari sana adalah cuma satu pilihan yang ada. Ada yang terus melarikan diri ke luar negara (seperti Musa Ahmad) untuk mengelakkan diri mereka daripada merengkok bertahun-tahun dalam penjara (seperti apa yang telah dialami oleh Dr Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir, Cikgu Sabrun, Sutan Djenain dll).

    Abdullah CD, Che’ Dat, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan ramai lagi meneruskan perjuangan mereka dengan menyertai gerakan komunis pimpinan Chin Peng (Ong Boon Hua). Chik Degong serta Musa Batu Kurau adalah di antara pejuang Melayu yang ikut sama.

    (Nota: Mereka bukan jadi komunis dengan menganut faham komunis seperti yang digembar-gemburkan oleh penjajah Inggeris. Malah ketika di sekolah dahulu, Guru Besar sering mengingatkan murid-murid agar tidak memandang serong terhadap cikgu kami, Ong Boon Kooi dan Ong Boon Chuan, adik Chin Peng @ Ong Boon Hua - Penulis).

    Tun Dr Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri, dalam ucapan beliau ketika menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1973 telah menyebutkan bahawa pejuang-pejuang dari golongan kiri perlu diiktiraf.

    Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin dan Pak Sako ada menerima ‘sedikit’ pengiktirafan. Namun mereka dan beratus-ratus lagi pemimpin yang tidak ternama terus hidup menderita dan terpinggir. Keluarga mereka juga menderita ketika pejuang-pejuang ini berada dalam tahanan di penjara atau ketika menjadi pelarian (di tanah air sendiri).

    Ada pemimpin buruh seperti A. Ganapathy telah duhukum gantung hanya kerana dituduh melibatkan diri dalam perjuangan komunis. Abdullah CD, Che’ Dat, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh malah Chin Peng sendiri dicap sebagai pengganas komunis. Ia merupakan tohmahan yang mudah dibuat, sama seperti tuduhan Bush terhadap pejuang Islam sekarang yang dicap pengganas.

    Namun, tidak sesiapa pun yang dapat menafikan bahawa mereka juga berjuang untuk kemerdekaan tanah air mereka sendiri. Memang mereka berjuang dengan mengangkat senjata, tetapi apa yang dapat dibuat apabila Inggeris mengerahkan anak-anak Melayu yang tidak tahu apa-apa itu memburu mereka di dalam hutan, juga dengan senjata?

    Pasukan keselamatan seperti polis dan SC dari kalangan anak pribumi ditubuhkan buat menjaga kepentingan Inggeris di negara ini. Mereka menjaga segala pos kawalan, balai dan menjadi pengiring kepada semua tuan-tuan estet bangsa Inggeris.

    Namun ketika dalam perjuangan, apabila menghadapi keadaan sebegini apa pilihan yang ada? Sedangkan para pejuang ini terus-terusan dicap sebagai pengganas! Mereka dicap pengganas hanya kerana memperjuangkan kemerdekaan tanah air sendiri!

    Di India, Indonesia dan banyak negara lagi, orang-orang komunis bersama-sama dengan pejuang-pejuang lain tetap diingati akan sumbangan dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan.

    Oleh yang demikian, buku-buku sejarah dan teks sekolah hendaklah tidak diselewengkan fakta dan urutannya dengan membohongi sejarah yang telah terlakar. Para pejuang yang telah menitiskan darah dan air mata demi tanah air tercinta tidak sepatutnya diberikan label dan cop yang berlainan.

    Merdeka bukan setakat perjuangan melaungkannya di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Ia bukan setakat ucapan Tun Razak atau oleh para pemimpin UMNO yang sebelumnya tidak berani pun menyebutkan perkataan ‘merdeka’. Sebaliknya, ada ramai lagi yang lain, yang dengan sengaja cuba dilupakan.

    Artikel asalnya boleh rujuk di sini.

    IzoBlog: Inilah yang salahnya dengan pelajaran sejarah yang diterapkan di Malaysia. Semua yang menentang UMNO daripada bersekongkol dengan British di zaman sebelum kemerdekaan dulu di’cap’ sebagai berhaluan kiri. Bukan hanya PKM, malah lain-lain lagi yang tidak sebulu.

    Komunis hanya ideologi, banyak nagara lain di dunia ini yang berfahaman komunis dan mereka berjaya menjaga kebajikan rakyatnya.

    Di Malaysia, hanya kerana Komunis mengangkat senjata, menentang Britih dan kudanya UMNO, mereka lantas dituduh pengganas. Diburuk-burukkan sedemikian rupa. Lalu ditiup rasa benci rakyat kepadanya sampai rakyat berubah pandangan terhadap perjuangan mereka. Sampai sekarang, hanya negatif yang kita pandang.

    Hanya PKM yang masih tinggal waktu itu, sebab semua parti politik diharamkan melalui Undang-undang Darurat, 1948. Ia tajaan British hasil adu-domba UMNO apabila mereka tidak terdaya menghadapi pejuang kemerdekaan seperti Dr Burhanuddin dan rakan-rakannya.

    Kesemua pejuang dipenjarakan (7 tahun). Anggota PKM lari masuk hutan dan meneruskan perjuangan. Mereka angkat senjata sebab British dan UMNO gunakan anak-anak muda Melayu (untuk jadi askar dan polis) untuk memeranginya.

    Anak-anak Melayu yang tidak tau apa-apa itu di’pergunakan’ dan diperbodoh demi memelihara kepentingan British dan UMNO yang berselindung di balik tuan besar mereka.

    Masa itu baru UMNO berani suarakan ‘kemerdekaan’; itupun bukan dengan berjuang, tetapi merundingkan lalu dijual segala hak Melayu dengan menerima segala jenis orang yang ada menjadi rakyat secara jus soli. Kaum pribumi sudah jadi setaraf dengan pendatang dengan sedikit keistimewaan (dari segi bahasa, agama, biasiswa - pun dah ditarik balik!).

    Jadi, siapa pengkhianat sebenar di sini? Arwah Shamsiah Fakeh atau UMNO?

    Berapa ramai pula pejuang yang dihukum bunuh oleh British dengan hasutan UMNO kerana menggugat kepentingan mereka?

    Kalau susah sangat nak faham ambil saja contoh terkini di Afghanistan dan Iraq. Pejuang mujahidin anti-Amerika  dilabel pengganas. Mujahidin Taliban di anggap pengganas/terrorist. Puak Hamid Karzai dan Al-Maliki bukan pengganas sebab mereka tali barut Amerika.

    Dulu di Malaysia  mana-mana kumpulan yang anti-British dicop sebagai pengganas, berhaluan kiri tetapi UMNO tali barut British dilabel pejuang kemedekaan.

    Banyak lagi sisi gelap yang dapat dirungkai jika kita ingin melihat kebenaran. Secara jelas petualang sebenar tentang nasib negara ini adalah UMNO - sejak zaman Tunku hingga sekarang dan akan datang selagi UMNO dibiarkan terus menipu sejarah.

    Al-Fatihah buat Shamsiah Fakeh. Semoga rohnya dicucuri dan diletakkan di sisi roh orang-orang yang soleh. Amiin.

    Sebagai penutup saya petik kata-kata Shamsiah Fakeh yang daripada buku “Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10″
    “Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tidak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tidak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka.”

  1. #1 EzAM MALAYSIA
    October 25th, 2008 at 8:16 pm

    akhirnya abis gak baca :em60: :em68:
    betul ke ni?? dari mana dpt?? :em11:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Izo AUSTRALIA
    October 25th, 2008 at 8:57 pm

    Daripada kajian dan selidikan, dan juga pembacaan.

    Ezam pernah baca Mastika tak? Keluaran berapa aku tak ingat tapi tahun 2008 (rasanya keluaran bulan merdeka kut).

    Aritu Mastika ada interview dengan salah seorang tokoh berhaluan kiri yang masih hidup. Aku lupa nama dia. Tokoh itu merasa begitu sedih sekali kerana perjuangan sahabat2nya tidak mendapat penghargaan sewajarnya daripada kerajaan setiap kali tibanya sambutan hari merdeka. “Setiap kali merdeka hanya ‘golongan itu’ sahaja diberi penghormatan.” Kata tokoh itu. Banyak betul dia tak berpuas hati dengan ‘golongan itu’.
    Akhirnya aku faham jugak siapa yang dia sebut sebagai ‘golongan itu’. Saper lagi klau bukan Umno. :em05:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Izo AUSTRALIA
    October 25th, 2008 at 9:00 pm

    Erk…satu lagi.. Singapura terlepas daripada Malaysia disebabkan Allahyarhamah Shamsiah Fakeh (PKM) ke atau Umno? Siapa lagi memerintah waktu itu kalau bukan kerajaan yang ditunjangi Umno. :em02:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  4. #4 EzAM MALAYSIA
    October 26th, 2008 at 3:45 pm

    x da baca…byk miss baca mastika.. :em41: .beli Gila2 jew :em56: :em66: ..
    tapi mastika pon kadang2 wat silap gak…
    ____________
    Malaysia lepaskan Singapura~ apa yg sy tau Malaysia lepaskan Singapura sbab kaum cina yg tlalu ramai, Malaysia kan Negara Melayu~ xkan nak jadi negara cina…Dgn terpisahnya kita ngan Singapura, jumlah penduduk cina berkurang…
    Bayangkan apa yg akan jadi jika kaum lain lebih ramai dari Melayu~ Comfem x da org melayu duduk kat Parlimen….

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em45:
  • :em01:
  • :em12:
  • :em29:
  • :em54:
  • :em69:
  • :em67:
  • :em60:
  • :em07:
  • :em03:
  • :em19:
  • :em22:
  • :em28:
  • :em09:
  • :em27:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em02:
  • :em43:
  • :em20:
  • :em42:
  • :em62:
  • :em17:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em33:
  • :em44:
  • :em04:
  • :em48:
  • :em58:
  • :em47:
  • :em26:
  • :em39:
  • :em32:
  • :em24:
  • :em50:
  • :em61:
  • :em64:
  • :em16:
  • :em63:
  • :em51:
  • :em46:
  • :em18:
  • :em65:
  • :em06:
  • :em25:
  • :em23:
  • :em31:
  • :em15:
  • :em05:
  • :em11:
  • :em38:
  • :em13:
  • :em53:
  • :em71:
  • :em21:
  • :em36:
  • :em56:
  • :em57:
  • :em70:
  • :em37:
  • :em40:
  • :em08:
  • :em66:
  • :em14:
  • :em41:
  • :em52:
  • :em68:
  • :em49:
  • :em30:
  • :em59: