Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat dan Kejatuhannya
-
“Ramai diantara kita termasuk rakyat Amerika tidak sedar tentang alasan sebenar peperangan Iraq dan ancaman peperangan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat. Ianya bukan kerana Nuklear, Pengganas dan Minyak. Ini semua adalah mengenai perlindungan dakyah terbesar dan penipuan terhebat di dalam sejarah iaitu Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat (US Petrodollar Scam).Pada tahun 1971, Amerika Syarikat telah mencetak dan membelanjakan wang kertasnya lebih daripada nilai emas. Beberapa tahun kemudian, Perancis telah menuntut agar matawang Dollar mesti dinilai dengan emas.
Tetapi Amerika Syarikat telah menolaknya kerana mereka tidak mempunyai cukup emas untuk wang kertas yang sudah dicetak dan mereka telah pun membelanjakannya ke seluruh dunia. Oleh itu Amerika Syarikat telah berunding dengan Arab Saudi dan menterai satu perjanjian bahawa OPEC akan mengunakan matawang Dollar Amerika dalam segala urusan penjualan minyaknya. Maka dari itu setiap Negara yang ingin membeli minyak mestilah mempunyai matawang Dollar Amerika terlebih dahulu dimana mereka dikehendaki bertukar barangan dan perkidmatan mereka dengan lambakan wang kertas Dollar yang telah dicetak.
Kesudahannya Amerika Syarikat mendapat minyak secara PERCUMA dengan mengunakan wang kertas Dollar yang mereka telah cetak sendiri. Akhirnya Amerika Syarikat telah makan dengan kenyang di atas segala kos perbelanjaannya dengan pembiayaian Negara-negara di seluruh dunia. Walau bagaimana pun, penipuan Amerika Syarikat mulai tergugat apabila Saddam Hussein mulai menjual minyak Iraq mengunakan matawang Euro lalu memansuhkan perjanjian yang telah diatur oleh Amerika Syarikat dengan Opec. Oleh itu mereka mesti menghentikan tindakan Saddam Hussein.
Bagaimana? Amerika Syarikat telah mereka cipta satu alasan untuk berperang (drama keruntuhan Menara Berkembar) dan menawan Iraq. Perkara yang pertama Amerika Syarikat lakukan adalah mengembalikan penjualan minyak ke matawang Dollar. Krisis matawang Dollar Amerika dapat dihindarkan buat seketika.
Tetapi Hugo Chavez (Presiden Venezuela) juga telah mulai menjual minyak Venezuela dengan mengunakan matawang selain Dollar Amerika maka berlakulah beberapa percubaan untuk membunuhnya dan cubaan ‘pertukaran regim’ telah dikesan dilakukan oleh CIA. Presiden Iran Ahmedinejad telah melihat perkara ini dan memutuskan untuk menentang Syaitan Besar Amerika Syarikat di dalam pembohongan dan melakukan perkara yang sama dengan menjual minyaknya mengunakan semua matawang dunia kecuali Dollar Amerka Syarikat.
Dengan tidak semena-menanya selain gangguan dari pemeriksaan IAEA dan pematuhan dengan NPT dan penafian hak untuk mengunakan uranium, Iran menjadi ancaman utama Amerika Syarikat. Tentu sekali Iran menjadi ancaman terhadap Amerika Syarikat tetapi bukan sama sekali kerana nuklear. Apa yang Iran lakukan memburukkan lagi kemusnahan ekonomi Amerika Syarikat dengan menjadi sebuah lagi Negara pengeluar minyak yang mengenepikan NYMEX dan IPE serta menjual minyak mengunakan Euro, Yen dan lain-lain matawang.Masalah Amerika Syarikat bukan hanya dana matawang Dollar untuk menyara kehidupan rakyatnya dan perbelanjaan mereka yang telah pun dibiayai oleh kita di seluruh dunia tetapi dana untuk membiayai tentera mereka bagi menunjukkan kekuatan kepada Negara-negara yang menjadi ancaman ekonomi Amerika Syarikat seperti Iran. Maka pembohongan ini sudah sampai ke penghujungnya kepada Amerka Syarikat.
Setelah Negara-negara di seluruh dunia menyedari bahawa mereka boleh membeli minyak dengan mengunakan matawang masing-masing selain dari Dollar maka lebih banyaklah Negara-negara Opec akan mengugurkan pengunaan matawang Dollar Amerika. Perkara yang terburuk sekali untuk Amerika Syarikat adalah mereka akhirnya akan terpaksa membeli minyak mengunakan Euro atau Ruble daripada hanya mencetak matawang mereka untuk mendapatkannya. Ini akan menjadi pengakhiran penguasaan empayar Amerika Syarikat dalam membiayai militarinya dan kemusnahan ekonominya.
Ini adalah sebab utama kenapa Iran sangat bahaya kepada mereka dan perlu dihentikan. Perkara ini tiada kena mengena dengan program nuklear Iran seperti juga yang berlaku di Iraq. Penipuan yang terhebat ini sudah sampai penghujungnya dan tiada apa yang boleh mereka lakukan selain dari memulai perang dunia yang baru. Tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ini.
Rujukan: http://www.iranian.ws/iran_news/publish/article_25030.shtml




October 18th, 2008 at 4:43 pm
ini yahudi punye idea..diale pegang ekonomi amerika..sekarang shekel israel naik dengan pantas sekali..yahudi pun ketawa berdekah dekah sebab kebodohan amerika..
October 18th, 2008 at 8:09 pm
October 19th, 2008 at 8:48 am
Gempar: Sumpah Laknat, Saiful Di Timpa Penyakit Kelamin
Apakah “bala” Allah sudah datang. Gara-gara “sumpah laknat” kini satu lagi maklumat terbaru diterima perihal Saiful Bukhari Azlan. Berita yang lebih memeranjatkan serta menggemparkan !!. Khabarnya kini, Saiful benar-benar berhadapan dengan masalah “besar” gara-gara terperangkap dalam “fitnah liwat” yang dibuatnya terhadap Anwar Ibrahim. Sesungguhnya inilah agaknya bala yang dinantikan oleh beliau dulu. Dalam akuan “sumpah laknat” beliau sehari sebelum hari pencalonan Anwar, beliau ada mengatakan bahawa beliau sanggup seluruh keturunannya ditimpa bala sekiranya beliau berkata tidak benar perihal kes liwat itu. Namun kini, segalanya bagaikan “terjadi” kepada Si Saiful.
Maklumat terkini diterima mengatakan beliau kini menderita penyakit kelamin atau lebih spesifik lagi “kemaluannya bernanah” dan beliau tidak dapat “membuang air kecil” seperti dulu lagi. Khabarnya akibat sengsara dengan masalah tersebut, Saiful telah dibawa oleh salah seorang saudara maranya untuk menjalani perubatan tradisonal dengan seorang “dukun” di Sg.Petani, Kedah. Mungkin saudaranya sendiri terkejut dengan apa yang terjadi kepada Saiful.
Jika benar maklumat terbaru ini, maka inilah dia bala yang menimpa Saiful akibat sikapnya yang terlalu berani melakukan “sumpah laknat” terhadap dirinya berhubung dengan perkara yang belum tentu hujung pangkalnya. Akibatnya beliau kini terpaksa merana dan sengsara dengan perbuatan yang beliau lakukan. Terdapat suara-suara yang sudah mula menyuruh agar Saiful memohon ampun dan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun bukan Saiful yang tidak mahu, tetapi beliau kini dikawal ketat oleh pasukan keselamatan. Atas alasan dikhuatiri dirinya dianiaya oleh sesiapa. Namun, hakikatnya yang terjadi ialah kawalan ketat terhadap diri Saiful itu ada hubung kait dengan ketakutan “pihak-pihak berkenaan” sekiranya Saiful membuat akuan sumpah pula bahawa dirinya dianiaya dan beliau dipaksa membuat cerita karut itu.
Inilah sebenarnya yang menjadi masalah buat dirinya. Maka akhirnya terpaksalah beliau menanggung derita berkenaan. Sudah puasa mereka membawa Saiful untuk berubat, namun segalanya hampa belaka. Persoalannya disini, apakah Saiful sanggup untuk keluar dari persembunyian dan kemudiannya meminta ampun serta memohon maaf dari Anwar atas segala yang terjadi ini. Kita merasa amat simpati dengan nasib beliau kini. Sekiranya beliau tidak diselematkan segera dari penyakitnya, kita juga khuatir bala yang lebih besar akan menimpanya. Ini pasti akan lebih menggemparkan dan pasti menyebabkan “si pulan bin si pulan” semakin “kepanasan” kini. Inilah akibatnya bila merancang untuk melakukan agenda jahat, sudah pasti akan dibalas oleh Allah SWT dengan sekelip mata sahaja. Tambahan pula di bulan Ramadhan yang mulia ini. Buat Saiful, insaflah dan berusahalah untuk mencari jalan berjumpa dan memohon ampun kepada Anwar dengan segera. Jika tidak nyawa beliau juga akan turut terancam dengan bala yang menimpa dirinya itu.
[Pihak kami masih lagi menantikan laporan terkini dari ahli keluarga Saiful tentang perkembangan terkini perkara ini. Kita harus ingat dan sedar bahawa bukan semua ahli keluarga dan saudara mara Saiful yang bersetuju dengan kedurjanaan yang beliau lakukan ini. Tunggulah balasan yang lebih dasyat bakal menimpa keluarga dan keturunannya pula jika beliau tidak mahu memohon ampun dan maaf kepada Anwar atas segala yang terjadi. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada hambaNya yang melakukan dosa. Amin]
Pihak kami masih menyiasat info ini. Namun segalanya ada kemungkinan. Jika segala berita ini sahih anggaplah ia sebagai tauladan, namun jika sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu sempadan.
sumber: http://www.budiey.com/sumpah-laknat-saiful-bukhari-azlan-di-timpa-penyakit-kelamin/
October 19th, 2008 at 9:36 am
Balasan daripada kesombongan negara Amerika itu sendiri. Lepas satu, satu negara Islam dihancurkan oleh si BUSH BONGKAK! Balasan dari ALLAH terhadap negaranya lebih dasyat yang mereka terima! Taufan yang dasyat ALLAH Subhanahu wa Ta’ala telah turunkan. Bukan satu, tetapi pelbagai nama Taufan yang melanda di negaranya. Lihat sahaja, manusia tidak mampu menahan atau menolak bala’ dari-NYA dengan kecanggihan teknologi apa sekalipun. Itu baru air dengan angin sahaja. Belum lagi bumi Amerika digulung macam tikar…
October 19th, 2008 at 12:31 pm
padan muka dorang~
October 19th, 2008 at 2:46 pm
begitu rupenye
October 20th, 2008 at 10:07 am
perkara buruk mesti akan menerima balasan yang sepatutnya lebih2 lagi bila melibatkan kezaliman terhadap semua umat Islam
October 25th, 2008 at 11:56 pm
Why not korang2 sumer tulis COMMENT dalam bahasa Inggeris dalam ruangan ni…maybe dey all akan lebih faham mengapa kita benci kepada Amerika Durjana iteww. USA is for UNITED STATES OF ASSHOLES.
October 26th, 2008 at 3:49 pm
chem5007~ ko nak berperang ngan Amerika ke??
..kbykan senjata api dan kenderaan perang dtg dari sana….
kita benci kat amerika pun kena ada had… 
November 10th, 2008 at 5:43 pm
aA’ah…kebanyakan hackers2 pun dari sana.. whatever it takes, whatever u guyz said… it hopeless.
But anyway, kalo nak ikutkan balasan yang diterima Amerika pun banyak…bencana, banjir, tanah runtuh…taufan dsbg yang sentiasa ada dalam berita tetiap hari 