Selamat Tahun Baru 2010
-
Tahun 2009 telah pun berlalu dan semoga apa yang telah terjadi sepanjang tahun 2009 dapat dijadikan sempadan dan teladan. Apabila tiba di penghujung tahun, biasanya salah satu tema yang pasti hangat ialah mengenai azam tahun baru. Dimana-mana pun orang berbicara mengenai azam tahun baru.
Jadi sebelum kita membuat azam baru, adalah elok kita nilaikan dulu pencapaian azam kita pada tahun yang lepas (tahun 2009). Adakah kita betul-betul sudah berjaya melaksanakan azam tahun lepas atau pun tidak?
Percayakah anda jika saya katakan sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan semata-mata. Hinggakan ada yang segan bila ditanya apakah azam mereka untuk tahun baru nanti, walhal tiada sesaat pun difikirkannya. Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. Orang memasang azam, kita juga mahu. Lantas semua yang diucap itu berbentuk mimpi di siang hari.
Tiada salahnya membina cita yang setinggi kota, kerana langit itulah had kita. Tapi, jangan kita lupa.. mengatasi kelemahan diri itu pun merupakan suatu azam yang amat dituntut.
Sama-sama kita bermuhasabah.Akhir kata Selamat Tahun Baru 2010. Kullu Sanah Wentum Toyyibiin wa Kullu ‘Aamin Wentum Bikhairin.
…
Masa lalu adalah kenangan.
Hari ini adalah goresan.
Hari esok adalah harapan.
Selamat tahun baru 2010.
Selamat tinggal kenangan.
Selamat datang harapan.
Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.
//Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.











January 1st, 2010 at 11:12 pm
salam tahun baru~
Posting terkini di blog beliamuda: (Gambar) Gerhana Bulan 1 Januari 2010
January 2nd, 2010 at 12:17 am
Izo, Salam Tahun Baru. Pada saya tidak salah berazam baru. Cuma jika azam tahun lepas belum selesai, seeloknya dalam azam baru ini biarlah ada azam untuk menunaikan azam yang tertunda. Apa azam tahun baru demo tahun ni?
Posting terkini di blog Motivasi Kerja: Motivasi Dari Doa (3)
January 3rd, 2010 at 12:24 pm
Selamat datang tahun baru 2010 –> muhasabah diri –>
berusaha menjadi lebih baik –> untuk lebih disayangi
oleh semua orang & dikasihi Allah Taala.
January 3rd, 2010 at 2:38 pm
Selamat tahun baru semua…terima kasih di atas sokongan anda :em51:
January 6th, 2010 at 5:52 am
SELAMAT TAHUN BARU IZO..Kullu Sanah waantu Bikhoir :em66:
Posting terkini di blog yieever: Cinta Itu Buta~