Logo Background RSS

Windows 7

  • Written by IzoIzo 13 Comments13 Comments Comments
    Last Updated: November 4th, 2008

    Windows 7

    SAN FRANCISCO: Pengeluar terbesar perisian Amerika Syarikat, Microsoft hari ini secara rasmi mengumumkan Windows 7 akan menggantikan sistem operasi Vista yang tidak memuaskan pada Januari 2010.

    “Kami sedang membuat penyeledikan yang mendalam terhadap produk Windows dan kami berbangga kerana maklum balas dan prestasi yang baik daripada produk yang dihasilkan,” kata Ketua Jurutera Windows Ray Ozzie.

    Antara keistimewaan Windows 7 adalah memudahkan penyambungan jaringan komputer dengan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain.

    Menurut penganalsis Microsoft Matt Rosoff, syarikat berkenaan dijangka melancarkan Windows 7 menjelang tahun 2010.

    “Secara relatifnya kami perlu membuat sedikit perubahan terhadap produk terbaru ini kerana Vista tidak mendapat sambutan yang menggalakkan,” kata Rosoff kepada AFP.

    “Kami tahu ada perkara yang tidak digemari dalam Vista jadi kami berpendapat untuk merekacipta system tersebut kembali. Saya rasa Microsoft sedang memberi keutamaan kepada meningkatkan kualiti program berkenaan dan mengurangkan adua daripada pengguna,” katanya.

    Windows 7 juga direka dengan ciri terkini yang dapat mempercepatkan tugas-tugas komputer serta memberi tumpuan kepada keserasian diantara aplikasi komputer dan alat penghubung yang lain.

    “Kami membawa jaringan Web to Windows dan Windows to the Web yang terbaik untuk dalam produk terbaru kami ini,” kata Ozzie.

    Microsoft juga turut mengumumkan mereka akan melancarkan versi online bagi software ‘Microsoft Office’.

    Antara program yang boleh dimuat turun secara online adalah Word, Excel, Power Point dan One Note. Program-program berkenaan boleh dimuat turun di Office Live dengan memohon lesen yang sah daripada Microsoft.

    Baca lebih lanjut berkenaan Windows 7:
    Windows 7 – Wikipedia
    Windows 7 Selepas Vista
    Nama Windows 7 Di Gunakan Secara Rasmi
    InfoMalaya -Windows 7

    atau boleh ke website http://www.WindowsVienna.com untuk melihat screenshot dan membaca dengan lebih lanjut.

  • Add to Yahoo Add to Digg Add to Stumble Upon Add to Technorati
    Add to Del.icio.us

    Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.


    //Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.
  1. #1 aman
    November 5th, 2008 at 12:27 pm

    Sampai skrang pun aku malas nak cuba Vista, mahal. Haha. Setia ngan XP yang dpaat time beli komputer. Harap-harap Windows 7 nie murah ar. Hoho

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Izo
    November 5th, 2008 at 1:57 pm

    Aku masih pkai XP gak coz Vista banyak sangat pkai resource computer (RAM, CPU dll). Lagi satu kalau nak transfer file aku rasa laju XP berbanding vista :em47:

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Jebong
    November 5th, 2008 at 2:52 pm

    Yek, akuk pun sama,masih setia pd xp senang dapat dan percumalak tu…..hahaha….

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Maliki xp
    November 5th, 2008 at 5:04 pm

    Menarik Windows 7 nie tp tu r lmbt lg tubik… ambe mcm mu gok dlu Izo pikir psl Vista… tp bile paka je ambe mulo jatuh hati doh ngn Vista. Best :em34: Psl copy file tu ambe x rase ade beza mane pun. Cuma memang r Vista ni memang makan resources r skit (bkn skit byk kekadang). Besa r dok sbb nok support graphic.. hope Windows 7 will be better than Vista.

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 yana
    November 6th, 2008 at 11:09 am

    :em21:
    kuarlah ape version skalipun..saya masih klasik jugak..masih suka xp.hehehe

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Izo
    November 6th, 2008 at 2:48 pm

    Klau klasik kenapa tak pkai Windows 98? :D

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 yana
    November 6th, 2008 at 3:50 pm

    :em47:
    windows 98?…hehe..sbb 1st2 kenal pc jumpa xp..kira yg tu la paling lama.
    :em23:

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 Chem5007
    November 6th, 2008 at 4:57 pm

    Haha…pakai StyleXP jer ataupun Tweak XP pun boleh buat header/bar visible camtuh.. hehe. Lagipun, banyak theme leh pakai :em20:

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 EzAM
    November 7th, 2008 at 6:27 pm

    windows 7…harap2 ni best sikit dari vista… :em53:

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 johnny stanfet
    November 8th, 2008 at 4:12 pm

    perth same je ngn vista..tp tatau la sbb tu kan baru pre beta..kot2 Ui dia brubah mase final..pape pon Leopard lagi best! ahhaha

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 Hyper_End
    November 10th, 2008 at 9:28 pm

    skrang bole sediakan duit banyak2 ntuk upgrade komputer…
    pastuh boleh run win7…
    nak tengok prestasi dia ngan intel core i7.. :em36: :em36: :em36:

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 Mr. Nice Guy
    November 13th, 2008 at 3:25 pm

    napok macang ok..xtau la guane kekgi

    Post ReplyPost Reply
  13. #13 romeo
    September 19th, 2009 at 10:25 am

    best ker windows 7 tu.belum try lagi lah :em24: :em47: :em57:

    Post ReplyPost Reply
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: