Logo Background RSS

» Izo

  • Koleksi SMS Hari Raya
    By Izo on August 29th, 2010 | 1 Comment1 Comment Comments

    Andai jarak tak kuasa berjabat,
    setidaknya kata masih dapat terungkap.

    Untuk setiap tutur yang khilaf,
    Untuk setiap perangai yang berbekas,
    Untuk segenap kerak hati yang tak kunjung luruh,
    Ku pinta maaf dengan sepenuh jiwa, seikhlas hati…

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
    Maaf Zahir dan Batin.

    ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

    Ramadhan mubarak sampai ke penghujungnya,
    Sinar Syawal mula menjelma,
    10 jari disusun maaf dipinta,
    Mudah-mudahan amalan diterima Yang Maha Esa,

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

    ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

    Tangan dihulur tak kesampaian,
    Senyum diukir tak kelihatan,
    SMS dikirim tanda ingatan,
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir & Batin.

    ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

    Sebening fiber optic,
    setinggi tower antena radio,
    secepat broadband access,
    mohon dibukakan bandwith maaf selebar-lebarnya,
    selamat Idul Fitri 1 Syawal
    taqaballahu.minna.wa.minkun

    ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

    Hari-hari yang kita lalui,
    tidak hanya saling berbagi,
    namun juga saling menyakiti
    Di hari idul fitri ini,
    tak hanya maafmu yang kuingini,
    namun juga tekad saling menasehati,
    untuk terus memperbaiki diri.
    (more…)

    Incoming search terms for the article:

  • Masa yang berlalu pergi…begitu singkat
    By Izo on August 28th, 2010 | No Comments Comments

    Daripada Anas bin Malik R.A. berkata : Rasulullah S.A.W bersabda; “Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti petikan api”.

    Keterangan Hadis :

    Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah berlalu begitu sahaja, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita di buru masa dan ia berlalu dengan tidak ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

    Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yuang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya kiamat.

    Incoming search terms for the article:

  • PERHATIAN: Video ini mungkin bakal mengubah hidup anda!
    By Izo on August 23rd, 2010 | 4 Comments4 Comments Comments

    Berdasarkan komen di youtube, ramai yang insaf dan berubah setelah melihat video ini. Dakwa mereka video ini membuatkan mereka lebih mendekatkan diri kepada Allah. Satu soalan…kenapa negara kita Malaysia tidak siarkan iklan sebegini? :ermm:

    Incoming search terms for the article:

  • Tragedi Bazar Ramadhan Jasin 2010: Kebetulan atau peringatan…
    By Izo on August 15th, 2010 | 11 Comments11 Comments Comments

    Jika kita lihat pada video di bawah, putaran angin puting beliung itu hanya singgah sekejap sahaja dan betul-betul melalui bazar ramadhan tersebut. Putarannye kena tepat pada bazar ramadhan itu..hanya Allah yg tahu kenapa dan mengapa hanya tempat itu sahaja yang disinggah. Lihat video di bawah.

    Tragedi Bazar ramadhan Jasin 2010

    Berita TV3: 3 Terbunuh Khemah Bazar Ramadhan Jasin Runtuh

    Suasana di tapak kejadian selepas ribut melanda

    Musibah ini meragut 3 nyawa dan 18 lain yang cedera. Blogger Muslimeen United ada bercerita lebih lanjut tentang musibah ini:
    Musibah Bazaar Ramadhan – Amaran Allah !

    Pada ruangan page Facebook KBSB pun ada menceritakan hal yang sama.

    Kejadian mengajar betapa besarnya kuasa Allah, Yang Maha Pencipta yang memberikan rezeki dan menurunkan bala diatas kehendak-Nya. Kita yang masih hidup jangan setakat hanya melahirkan simpati malah perlu bermuhasabah diri di atas kesilapan yang berlaku. Puasa penting, solat 5 waktu pun penting.

    Solat jangan sesekali ditinggalkan walaupun kita berlumba-lumba mencari rezeki kerana kita WAJIB YAKIN semua rezeki datangnya daripada Allah. Semua diatas ketentuan-Nya. Jangan kita leka tugas kita sebagai khalifah di bumi ini. Sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya untuk kita fikirkan bersama. Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk pada kepada kita semua. Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban.

    Incoming search terms for the article:

  • Selamat Datang Ramadhan
    By Izo on August 8th, 2010 | 7 Comments7 Comments Comments


    Dalam sehari dua lagi kita akan memasuki bulan Ramadan.
    “Ahlan wa sahlan ya Ramadan! Selamat datang wahai bulan Ramadan! Bulan penuh berkah!”

    Marhaban ya Ramadhan,

    Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

    Ramadhan merupakan bulan yang suci dan mulia yang kehadir­annya sentiasa didambakan oleh setiap muslim, di mana saja mereka berada. Bulan ini merupakan bulan yang dipenuhi dengan rahmat dan berkah dari Allah S.W.T. Dalam bulan Ramadhan yang agung itu banyak peristiwa penting terjadi, seperti kemenangan kaum muslimin dalam perang Badar, terbukanya kota Makkah, bulan diturunkannya al-Quran, bulan yang di dalamnya terdapat malam kemuliaan yang disebut Lailatul Qadar; iaitu suatu malam yang ni­lainya lebih baik dari seribu bulan.

    Dalam bulan Ramadhan juga, setiap ibadah kita akan dilipat gandakan balasannya dan setiap orang yang beriman dituntut untuk berbuat kebajikan, beribadah dan bermu’amalah sepertimana yang diajarkan Islam.
    (more…)

    Incoming search terms for the article: