Ayat al-Quran pada kulit bayi
-
MOSCOW – Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: “Allah ialah Pencipta segala yang ada.”.
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. – Agensi

Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.
//Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.











October 22nd, 2009 at 3:05 pm
Salam
x mustahil ler kan. tapi dr kena pastikan lah yg benda ni tiada unsur penganiayaan pada bayi tersebut. jin pun ble buat gak benda mcm ni…
Kalau wahyu quran stop dah kan sampai nabi saw dah sempurna.
Tapi DIA adalah maha berkata kata.
TAPI SAKITNYA SEMBUH SETELAH mengalami hal ni adalah kuasa Allah ler. Kena cek jugalah ada ke jin islam terlibat. Atau memang BENAR dari Rabbisamawati walardhi .
:em70: :em43:
October 22nd, 2009 at 4:24 pm
:em22: :em05: Masyaallaaahhhhhh…..smua itu keajaiban Allahhh juaaa…..Mungkin itu merupakn petunjuk dr-NYA…… Mna tau beso sok budak tu jadi ulama duniaa…… Insyaallaaaahhhh….. :em05: :em69: :em69: :em69: :em55: :em55:
October 25th, 2009 at 11:30 am
SUBHANALLAH.. pasti ada hikmah di sebalik kejadian ni..
Posting terkini di blog beliamuda: (GAMBAR) Perodua MyVi Exclusive Edition
October 25th, 2009 at 7:40 pm
Subhaanallah. Rasa insaf bila memikirkan tanda-tanda ini. Apakah duni memang sudah tak lama lagi akan hancur? Fikirkanlah..
Posting terkini di blog Motivasi Kerja: Pengalaman Temuduga [1]