Logo Background RSS

Bahana gegaran Sukhoi

  • Written by IzoIzo 2 Comments2 Comments Comments
    Last Updated: December 6th, 2007


    LANGKAWI: Jarak masa kurang dua saat menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak berusia setahun daripada menemui ajal atau setidak-tidaknya cedera parah apabila siling bilik tidur runtuh dipercayai berpunca daripada gegaran enjin pesawat Sukhoi SU-30 MKM, semalam.

    Dalam kejadian kira-kria jam 2.40 petang itu, mangsa, Umirah Zulaikha Mohd Zaini, bernasib baik apabila dia segera dibawa keluar oleh ibu saudaranya dari bilik tidur apabila jet pejuang itu dilihat terbang rendah pada pertunjukan udara sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2007 (Lima 2007).

    Ibu saudara mangsa, Nor Zaliza Abdullah, 33, berkata sebelum kejadian dia mendapatkan Umirah Zulaikha yang sedang tidur seorang diri dalam bilik di rumah sewanya di Kampung Bohor Berendam, di sini.

    "Saya berasa tidak sedap hati lalu membawa Umirah (Zulaikha) keluar dari bilik kerana bimbang berlaku kejadian buruk. Ini kerana pada pertunjukan pagi sudah ada gegaran kuat berpunca dari enjin pesawat itu.

    "Sangkaan saya kali ini betul kerana sebaik jet pejuang itu melintas bumbung rumah, ia menghasilkan gegaran serta bunyi yang kuat menyebabkan siling rumah tiba-tiba runtuh di atas tilam tempat Umirah Zulaikha tidur," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

    Nor Zaliza berkata, anak saudaranya itu baru tiba dari Pahang sejak tiga hari lalu bersama ibunya, Saayah Majid, 60, dan kakaknya yang juga ibu kepada Umirah Zulaikha, Norhayati Abdullah, 36, bagi menyaksikan Lima 2007.

    "Saya bersyukur kerana sempat membawa keluar anak saudara dari bilik tidur ke tempat selamat walaupun agak panik dengan kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu," katanya yang juga kakitangan hotel, di sini.

    Sementara itu, tinjauan mendapati lebih 10 rumah di kampung sama turut mengalami keretakan pada dinding, pecah cermin tingkap dan lampu siling jatuh dipercayai akibat gegaran kuat enjin jet berkuasa supersonik itu.

    Pemeriksaan wakil Harian Metro pada jadual pertunjukan udara di pusat media di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini mengesahkan pesawat yang terbang pada waktu itu adalah Sukhoi SU-30 MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

  1. #1 Izo MALAYSIA
    December 6th, 2007 at 11:48 pm

    Artikel sebelum ini:
    http://www.izoblog.com/my-diary/sukhoi-punca-letupan-misteri-di-terengganu

    Mungkin ada kaitan kut. :D

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Maliki xp MALAYSIA
    December 11th, 2007 at 5:38 am

    Jet ni mmg ganaz izo… ni nk royak ambe doh peridup blk blogger ambe… boleh la wat link exchange deh ;) ni blog ambe http://maliki.blogspot.com/ Byk lg nk adjust, slow2 ah sbb lm dh dok main css/html nih….huhuh

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em45:
  • :em01:
  • :em12:
  • :em29:
  • :em54:
  • :em69:
  • :em67:
  • :em60:
  • :em07:
  • :em03:
  • :em19:
  • :em22:
  • :em28:
  • :em09:
  • :em27:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em02:
  • :em43:
  • :em20:
  • :em42:
  • :em62:
  • :em17:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em33:
  • :em44:
  • :em04:
  • :em48:
  • :em58:
  • :em47:
  • :em26:
  • :em39:
  • :em32:
  • :em24:
  • :em50:
  • :em61:
  • :em64:
  • :em16:
  • :em63:
  • :em51:
  • :em46:
  • :em18:
  • :em65:
  • :em06:
  • :em25:
  • :em23:
  • :em31:
  • :em15:
  • :em05:
  • :em11:
  • :em38:
  • :em13:
  • :em53:
  • :em71:
  • :em21:
  • :em36:
  • :em56:
  • :em57:
  • :em70:
  • :em37:
  • :em40:
  • :em08:
  • :em66:
  • :em14:
  • :em41:
  • :em52:
  • :em68:
  • :em49:
  • :em30:
  • :em59: