Dato’ Ishak Baharom meninggal dunia
January 30, 2008 – 4:56 pm
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.
Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.
Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.
Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.
Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.
Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.
Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri.
Sumber: HarakahDaily
Sponsor:












3 Responses to “Dato’ Ishak Baharom meninggal dunia”
Kehilangan yg amat dirasai. Sikapnya yang berani menegakkan kebenaran walaupun berhadapan dengan pemimpin2 yang zalim amatlah dihormati baik dikalangan kawan mahupun lawan.
By Izo
on Jan 30, 2008
Maka tugas para Ulama’ adalah amat berat dan haruslah dipikul dengan penuh beramanah dan bertanggungjawab. Manakala setiap manusia yang mengakui keislamannya, haruslah menimba segala ilmu yang mendatangkan manfaat itu dari para Ulama’ yang senantiasa menurunkan ilmunya kepada sesiapa sahaja yang berhajat. Ulama’ ialah pewaris segala ilmu dari Nabi, tegas dapat difahami dari maksud sebuah hadith sahih yang bermaksud: “Semua para Ulama’ itu adalah pewaris Nabi.”
Jika larangan Ulama’ tidak mahu lagi diambil endah, apakah usulan Umara’ (yakni para pemimpin kerajaan) yang harus kita ambil pandangan mereka sebagai ikhtibar? Yang selalu menyanjungi para-para artis? Sekarang ini artis mudah mendapat pangkat. Tan Sri ibarat tiada nilai lagi di mata masyarakat. Artis pun boleh mendapat gelaran Tan Sri, macam mana yer?
Inilah bahana apabila golongan artis disanjung tetapi agama Islam dan para Ulama’ dipersendakan.
p/s: Saya komen berdasarkan kenyataan. Bukan mengikut emosi semata-mata. Amat sedih apabila kehilangan seorang Ulama’ yang beribawa. Pemergianmu memang sukar dicari ganti…
By Muslimah
on Feb 2, 2008