Harga minyak Singapura turun lagi, kali kelima dalam 20 hari!!
July 31, 2008 – 1:14 pm
HARGA minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter - penurunan terbesar sejak Ogos 2003.
Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari.
Langkah mengurangkan harga minyak petrol semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.
Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.
Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.
Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.
Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 ($135) setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.
Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pengamat.
Harga minyak boleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika terus kukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), Encik Chakib Khelil, Sabtu lalu.
Berita penurunan harga minyak petrol semalam melegakan para pemandu, terutama seperti Encik Muhd Fuzail, yang perbelanjaan kereta beliau mencecah sekitar $500 sebulan.
‘Oleh kerana saya perlu menggunakan kereta untuk ke sana sini dalam menjalankan tugas saya, tentunya penurunan harga minyak menggembirakan saya.
‘Saya harap harga minyak akan terus berkurangan,’ kata pegawai teknikal berumur 32 tahun itu.
Source: http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,123704,00.html
Sponsor:












7 Responses to “Harga minyak Singapura turun lagi, kali kelima dalam 20 hari!!”
By Izo
on Jul 31, 2008
By Muslimah
on Aug 1, 2008
2- Pendapatan per kapita di Singapura lebih tinggi daripada di Malaysia. Betol tak? Gaji guru lepasan ijazah kat sana berapa?
By Izo
on Aug 1, 2008
Walau bagaimana pun, setiap guru yang ingin mengajar sepenuh masa diharuskan mempunyai kelulusan dari National Institute of Education.
Biasanya gaji seorang guru di peringkat menengah mencecah hingga $2000+.
By Muslimah
on Aug 2, 2008
Sebaik-baiknya padanglah ke negara Brunei kerana kerajaannya lebih mementingkan kebajikan rakyatnya dulu. Dunia bergolak dengan masalah tetapi negara Brunei tenang sahaja. Walaupun kurang pembangunan tetapi rakyatnya cukup bahagia.
By Muslimah
on Aug 2, 2008
Gaji guru lepasan ijazah banyak kat sana lagilah. Saya tahu coz kawan saya ramai jadi guru dan ustaz.
By Izo
on Aug 2, 2008