JANGAN buang air kecil tak kira tempat
July 31, 2008 – 1:27 pm
GOMBAK: Hajat seorang pemandu bas ekspres untuk membuang air kecil bertukar tragedi apabila dia menemui ajal selepas terjatuh ke gaung sedalam lebih 50 meter di tepi lebuh raya yang disangkakannya hanya kawasan semak.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam, mangsa, Tamil Selvan Kandasamy, 36, dikatakan memanjat tembok konkrit sebelum tergelincir dan jatuh ke dasar gaung berhampiran Kilometer 35.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, mangsa bersama isteri dan ibunya dikatakan dalam perjalanan pulang ke ibu kota selepas menghadiri majlis sambutan hari lahir isterinya di Genting Highlands.
Bagaimanapun isteri mangsa yang berada dalam kenderaan langsung tidak menyedari kejadian itu sebelum menghubungi keluarga terdekatnya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan.
Pengajaran: Jangan buang air kecil merata-rata, tak kira tempat.
Sponsor:












3 Responses to “JANGAN buang air kecil tak kira tempat”
By syubrawi
on Aug 2, 2008
By Izo
on Aug 2, 2008
By EzAM
on Aug 8, 2008