Pokok Yang Mengeluarkan Air Di Bukit Besar!

June 20, 2008 – 10:44 pm

Pokok pait keluar ‘air mata’
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli (HMetro)

KUALA TERENGGANU: Bunyinya pelik, tetapi benar apabila sepohon pokok yang dipanggil pokok pait dikalangan penduduk tempatan dekat tanah perkuburan Masjid Bukit Besar, di sini, mengeluarkan air seperti ‘air mata’ sehingga penduduk kampung berebut-rebut mengambil air daripada pokok berkenaan.

Selain itu, pokok yang sudah lima hari mengeluarkan cecair putih berbuih dan manis seakan-akan rasa buah itu turut menarik minat penduduk dari kampung lain untuk merasainya.

Seorang warga emas, Zahara Mohamad, 67, dari Kampung Bukit Besar berkata, pokok itu disedari mengeluarkan air pada hari Sabtu lalu, tetapi ketika itu air yang dikeluarkan pahit dan berbau masam.

“Namun kini air itu sudah manis seakan-akan air nira dan berbau seperti santan.

“Kebiasaannya daun pokok itu dijadikan ubat oleh penduduk kampung, namun khasiat air pokok berkenaan belum diketahui,”katanya.

Azaz Abdul Rahman, 53, dari Kampung Bukit Besar berkata, dia cuba mengambil air itu dan meletakkannya diatas jari sebelum kira-kira sepuluh minit kemudiannya, urat-urat kecil di jarinya timbul.

“Kemungkinan air daripada pokok itu mempunyai khasiatnya tersendiri kerana jika diikutkan, daun pokok itu digunakan penduduk kampung untuk membuat ubat.

Sponsor:

  1. 7 Responses to “Pokok Yang Mengeluarkan Air Di Bukit Besar!”

  2. Ikhlasnya saya pon tak tahu kewujudan pokok nie :em32:
    Kebetulan jumpa kat forum TranungKite. Ada jugak Forumer yang nakal cakap, pokok tu menangis coz BN ambik alih balik Terengganu.

    Esok2 ada masa free aku sendiri nok gi tengok. :em02:

    By Izo MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 3.0 on Jun 20, 2008

  3. Berita daripada Kosmo online:
    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0620&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

    By Izo MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 3.0 on Jun 21, 2008

  4. :em20: Apa kata kalau kita pagar kawasan tu, botolkan air tu, buat industri dan jadikan minuman rasmi sukan :em32:

    By Jamil MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 on Jun 22, 2008

  5. wow…x da kesan sampingan kew minum air tu??
    :em26:

    By EzAM MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on Jun 24, 2008

  6. JANGAN MUDAH TERPEDAYA, SEGALA PUJI HANYA UNTUK ALLAH, POKOK BUKAN UNTUK SEMBAHAN, POKOK MAKHLUK

    By Teratak Impian Bukit Lala MALAYSIA Windows XP Internet Explorer 6.0 on Jun 29, 2008

  7. Tapi yang terbaru kuar kat berita air dari pokok tu dah kering.

    By Izo MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 3.0 on Jun 29, 2008

  8. :em26: misteri ~ nusantara betul~ :em68:

    By EzAM MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.15 on Jul 9, 2008

Post a Comment

  • :em66:
  • :em01:
  • :em60:
  • :em08:
  • :em56:
  • :em17:
  • :em04:
  • :em24:
  • :em59:
  • :em33:
  • :em65:
  • :em61:
  • :em69:
  • :em11:
  • :em49:
  • :em21:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em31:
  • :em36:
  • :em27:
  • :em50:
  • :em09:
  • :em64:
  • :em19:
  • :em28:
  • :em03:
  • :em68:
  • :em44:
  • :em48:
  • :em18:
  • :em63:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em25:
  • :em46:
  • :em26:
  • :em42:
  • :em37:
  • :em29:
  • :em39:
  • :em16:
  • :em52:
  • :em13:
  • :em38:
  • :em22:
  • :em43:
  • :em02:
  • :em47:
  • :em30:
  • :em55:
  • :em70:
  • :em40:
  • :em71:
  • :em41:
  • :em20:
  • :em35:
  • :em14:
  • :em54:
  • :em07:
  • :em58:
  • :em15:
  • :em06:
  • :em23:
  • :em67:
  • :em32:
  • :em45:
  • :em53:
  • :em51:
  • :em12:
  • :em57:


::Untuk meletakkan gambar anda di sebelah komen, anda boleh register email anda di sini.