Ratapan dan air mata keluarga mangsa gempa bumi China

May 18, 2008 – 5:46 pm

CHINA, 18 Mei :-Sehingga pukul 2.00 petang tadi, jumlah korban dalam gempa bumi Sichuan mencatat 28,881 orang manakala kecederaan mencecah 200 ribu.

Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri, Wen Jiabao mengarahkan mangsa-mangsa dalam gempa bumi Sichuan mesti segera diselamatkan. Pasukan penyelamat sedang melakukan usaha gigih untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Seramai 110 ribu orang askar dan polis terlibat dalam kerja-kerja menyelamat di 58 buah kampung yang mengalami kesan kemusnahan yang agak teruk di Sichuan. 163 orang berjaya diselamatkan. Sehingga pukul 8.00 malam semalam, 110 ribu orang mendapat rawatan di hospital.

Pegawai dari Jabatan Pelancongan Jiuzhaigou, Sichuan menyatakan, kira-kira sepuluh ribu orang pelawat yang terkandas selamat dibawa keluar dari destinasi pelancongan Jiuzhaigou. Kemudahan di kawasan itu tidak terjejas.

Tiada wabak penyakit atau peristiwa kecemasan kesihatan dilaporkan. Sehingga semalam, bekalan air dipulihkan di 70% kawasan di Sichuan, tetapi, masih terdapat 1.4 juta orang menghadapi kekurangan air minuman, manakala sebanyak 2.6 juta buah khemah diperlukan.

Berdasarkan statistik Kementerian Hal Ehwal Awam, sehingga pukul 1.00 tengah hari tadi, derma daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam dan luar negara melebihi RMB 6 bilion .

Dua beradik dari Kaunti Beichuan yang terpisah dalam gempa bumi berpeluk-pelukan dan menangis selepas bertemu semula.


Di Kaunti Anxian, tiga orang mangsa yang terperangkap dalam gunung selama tiga hari saling berpelukan dan menangis ketika akhirnya berjaya berjalan kaki dari gunung itu.


Seorang ibu meratap selepas diberitahu anaknya terkorban


Warga emas ini meratap kerana anak dan cucunya terkorban dalam gempa bumi di Wenchuan


Ibu dan bapa Bai Yuman, pelajar perempuan Sekolah Menengah Muyu, saling berpelukan dan menangis melihat mayat anak mereka.


Di Kaunti Hanwang, sepasang ibu bapa menangis apabila menjumpai mayat anak mereka

  1. 3 Responses to “Ratapan dan air mata keluarga mangsa gempa bumi China”

  2. Sebenarnya ribuan orang Islam turut terkorban dan cedera. Sementara ratusan masjid dan madrasah musnah atau rosak akibat gempa bumi di Sichuan, China. Kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam di Bei Chuan, Wen Chuan, Mau Sian dan Ciing Chuang, kesemuanya terletak di Sichuan. Tidak ramai kita yang tahu bahawa Wilayah Sichuan tidak jauh dari pusat gempa. Mempunyai ramai penduduk Islam.

    Di Gangsu sahaja mempunyai 28,000 umat Islam yang tercedera dalam gempa bumi itu. 382 masjid dan 983 madrasah rosak dan lebih 13,284 kediaman penduduk Islam musnah.

    Ini telah didedahkan oleh Cik Jaafar Ma Jiahui yang telah melawat China semasa gempa sekuat 7.8 pada skala richter yang telah melanda pada 12 Mei lalu.

    Harap kita dapat membantu seberapa yang mampu. Hari ini hari mereka, besok-besok hari kita. Wallahu ‘alam bishowob… Mudah-mudahan kita dilindungi oleh Allah s.w.t dari segala musibah dari-Nya jua. Amiin.

    By Muslimah SINGAPORE Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 on May 29, 2008

  3. Thanks for the info! :em69:

    By Izo MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on May 29, 2008

  4. tak tau la , apa kan jadi jika gempa tu berlaku semasa Olimpik kat Beijing? :em14:

    By EzAM MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 on May 30, 2008

Post a Comment

  • :em66:
  • :em01:
  • :em60:
  • :em08:
  • :em56:
  • :em17:
  • :em04:
  • :em24:
  • :em59:
  • :em33:
  • :em65:
  • :em61:
  • :em69:
  • :em11:
  • :em49:
  • :em21:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em31:
  • :em36:
  • :em27:
  • :em50:
  • :em09:
  • :em64:
  • :em19:
  • :em28:
  • :em03:
  • :em68:
  • :em44:
  • :em48:
  • :em18:
  • :em63:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em25:
  • :em46:
  • :em26:
  • :em42:
  • :em37:
  • :em29:
  • :em39:
  • :em16:
  • :em52:
  • :em13:
  • :em38:
  • :em22:
  • :em43:
  • :em02:
  • :em47:
  • :em30:
  • :em55:
  • :em70:
  • :em40:
  • :em71:
  • :em41:
  • :em20:
  • :em35:
  • :em14:
  • :em54:
  • :em07:
  • :em58:
  • :em15:
  • :em06:
  • :em23:
  • :em67:
  • :em32:
  • :em45:
  • :em53:
  • :em51:
  • :em12:
  • :em57:


::Untuk meletakkan gambar anda di sebelah komen, anda boleh register email anda di sini.