Tips Meningkatkan Komen Di Blog!
July 11, 2007 – 11:18 pmAssalamulaikum..
Lama tak ber’update’ blog nie. Tgh sibuk ngan projek web terbaru sekarang nie.
Kalau boleh nak siapkan projek tu secepat mungkin. Projek apa yer? hehe…rahsia.
Kali ini ada satu artikel yg ingin saya kongsikan bersama pelawat2 blog ini. Berkenaan tips bagaimana mendapatkan komen dari pembaca-pembaca blog anda. Teruskan bacaan.
Satu perkara yang sering ditunggu-tunggu oleh penulis-penulis blog untuk mengembirakan serta memotivasikan diri mereka agar terus bersemangat untuk menulis blog ialah melihat & membaca komen yang ditinggalkan oleh pelawat-pelawat di blog mereka.
Tanpa komen.. penulis akan berasa sedih.
Tanpa komen.. penuils akan lemah sangat untuk menulis.
Tanpa komen juga.. kadang-kala boleh membuatkan penulis berasa murung selama beberapa hari.
Untuk menggembirakan hati, kadangkala, ada juga penulis blog yang menghantar komen di blog mereka sendiri dengan menyamar sebagai orang lain.. (sehingga hari ini, saya tak pernah lagi buat perkara ini.. mungkin boleh gunakan trick ini suatu hari nanti… ho! ho! ho!)
Ok!… hari ini saya akan bagi anda 2 tips bagaimana mendapatkan komen dari pembaca-pembaca blog anda.
Satu cara yang paling mudah.. “Minta sahaja mereka meninggalkan komen!”….
Kadang-kala, anda perlu bersikap jujur dan berterus-terang. Sama seperti jika anda menyukai & meminati seseorang gadis/jejaka. Anda perlu berterus terang dan katakan padanya yang anda amat menyukainya… memang kadangkala ia agak sedikit janggal & memalukan.. tetapi, apa salahnya?.. Kadangkala.. ia amat berbaloi untuk dilakukan.
Begitu juga dengan pembaca-pembaca blog anda, sesetengah daripada mereka, kadangkala perlu di “beritahu” untuk melakukan sesuatu. jadi, tidak ada salahnya anda beritahu sahaja mereka agar meninggalkan komen di blog anda, dan percaya tau tidak… mereka akan buat.
Ayat-ayat seperti berikut mungkin sesuai untuk mengarahkan pembaca anda meninggalkan komen di blog anda ..
” Apa pandangan anda untuk topik kali ini?”
“Saya ingin mendengar pendapat anda pula berkenaan hal ini, sila nyatakan di ruangan komen”
” Harap anda dapat kongsikan pengelaman anda pula..”
dan sebagainya…
Tips kedua untuk “Meningkatkan Komen Di Blog! ” ialah.. Tinggalkan komen anda terlebih dahulu di blog orang lain.
Ini adalah sama seperti prinsip menderma… jika anda inginkan wang.. anda kena derma wang anda terlebih dahulu kepada orang lain. Jika anda inginkan senyuman pula, anda perlulah terlebih dahulu memberi senyuman anda kepada orang lain.
Begitu juga dengan komen di blog. Jika anda inginkan komen di blog anda, anda perlulah terlebih dahulu meninggalkan komen di blog orang lain terlebih dahulu!
Perkara ini sama seperti aktiviti “menderma” , jadi ia memang sukar sedikit dijelaskan secara saintifik.. jika anda tidak percaya…. silalah cuba… insyallah mujarab!
Untuk itu, apa kata anda mulakan amalan “memberi komen terlebih dahulu ini” di blog ini?.. ho! ho!
Selamt ber”komen”…
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Sponsor:













10 Responses to “Tips Meningkatkan Komen Di Blog!”
layarilah blog saya di NAIK ANGIN
By fauzi
on Mar 6, 2008
By Izo
on Mar 6, 2008
http://funnypicture5.blogspot.com/
By Mansor abu
on Mar 31, 2008
Blog anda walaupun skinnya tidak berapa menarik dan unik tetapi contentnya amat menarik. Mungkin anda akan dapat returning visitor.(rasanya itu default blogspot punye skin kan?)
Tajuk blog kurang power. Kena lebih niche lagi. kalau ‘pictures’ tu terlalu umumkan? Bagi niche lagi..contoh ‘Nice Funny Picture’.
Iklan adsense tu anda punye ke? Rasanya anda tidak dapat blend dgn baik iklan itu dengan blog anda. Dan satu lagi kedudukan iklan itu tidak menarik perhatian orang untuk klik (mengikut pengalaman sayalah). Tapi sebenarnya adsense nie kita kena test sendiri, baru tahu keberhasilannya. Tidak ada teknik khusus. Cuma saya bagi komen saya jer
By Izo
on Mar 31, 2008
boleh tulis tips untuk tarik visitors pula????
By Hyper_End
on May 21, 2008
Tgk mood dan waktu terluang dululah..
By Izo
on May 22, 2008
lepas ni xle malu2 nk mintak komen lah
By adalicious
on Aug 2, 2008
By Izo
on Aug 2, 2008
By Muslimah
on Aug 2, 2008
By Muslimah
on Aug 2, 2008