Bill Gates Bukan Lagi Orang Terkaya Di Dunia?
April 27, 2008 – 3:43 pm->
Ramai yang tahu bahawa sebelum ini Bill Gates (pengasas Microsoft) adalah orang yang terkaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut. Tetapi tahukah anda bahawa sekarang ini, beliau bukan lagi memegang gelaran tersebut? Ya, itulah yang saya dapat tahu melalui Forbes.com.
Jadi siapakah yang telah merampas gelaran tersebut? Tentu ramai yang dapat mengagaknya, kan? Ya, tak lain dan tak bukan, orangnya ialah Warren Buffet!
Warren Buffet berjaya merampas gelaran tersebut setelah harga saham Berkshire Hathaway telah melonjak naik, yang seterusnya juga menyebabkan kekayaannya meningkat kepada US$62 billion, pertambahan sebanyak US$10 billion berbanding tahun sebelumnya!
Adakah Bill Gates berada di nombor dua? Oh, malangnya tidak. Gelaran orang nombor dua terkaya di dunia dipegang oleh Carlos Slim Helu, taiko telekomunikasi dari Mexico. Nilai anggaran kekayaan beliau ialah sebanyak US$60 billion, meningkat US$11 billion berbanding tahun lepas.
Punca utama kejatuhan Bill Gates sekarang ini dikatakan disebabkan oleh kejatuhan saham Microsoft semenjak ia membuat tawaran untuk membeli Yahoo! pada harga US$45 billion.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati Forbes.com.












5 Responses to “Bill Gates Bukan Lagi Orang Terkaya Di Dunia?”
Malangnya, kekayaannya itu tiada matlamatnya, sehingga terpaksa memberikan kepada Bill Gates Foundation untuk di uruskan.
By Hasbullah Pit
on Apr 28, 2008
By Izo
on Apr 28, 2008
ni daripada aper yg aku baca, kalo sape nak tau lebih lanjut bole buat kajian..
By capiloton
on Jun 11, 2008
Tapi apa yg sy tahu Warren Buffet adalah orang yg terkaya di Dunia dan mendapat pengiktirafan dari media dan World Institute for Development Economics Research of the United Nations University…
Jika korang teliti btol2 profil dorang nie (org2 yg terkaya di dunia) secara satu persatu dan tolak dgn peratus harta yg dorang guna…
konfem korang leh tau Warren Buffet adalah org yg terkaya..
berkenaan dgn Bill Gates, dia x beli Yahoo tapi dia menbuat persepakatan dgn Yahoo…sy yakin satu hari nanti Bill gates akan kembali memangku tmpat org yg pertama terkaya di dunia…
bayangkan keuntungan Yahoo+Microsoft tu..
By EzAM
on Jun 11, 2008
No.2 mungkin Qarun. Dikatakan anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.
Setakat Warren Buffet, Bill Gates tu apalah sgt.
By Izo
on Jun 12, 2008