Logo Background RSS

Kisah Kehidupan Presiden Iran

  • Written by IzoIzo 13 Comments13 Comments Comments
    Last Updated: November 20th, 2007

     Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad “Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?” Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, “Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

    Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.

    Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

    Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

    Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

     Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

    Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

    Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

    Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

    Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.
    Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

    Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

    Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

     Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

    Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi.

    Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

13 Comments
  1. #1 Izo MALAYSIA
    November 20th, 2007 at 11:41 pm

    Masya allah, terharu melihat pengorbanan Dr. Mahmoud Ahmadinejad. Kata-kata beliau yang penuh keikhlasan menyentuh kalbu. Inilah pemimpin yang sejati. Rela berkorban dan berjuang untuk rakyat Iran. Teringat hujah-hujah beliau terhadap Amerika. Tidak akan mengikut telunjuk dan menjadi boneka puak Yahudi. Semoga Allah merahmati pemimpin, kerajaan dan rakyat Iran keseluruhannya. Allahu Akhbar!

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  2. #2 mum_my MALAYSIA
    November 23rd, 2007 at 4:31 pm

    Masyallah,2 la pengorbanan presiden yang tahu kesengsaraan rakyat nya. Tidak seperti negara kita,membeli kapal selam la yang tiada gunanya untuk rakyat.Insaf la pemimpin2 semua,ingat la rakyat2 kita masih ada yang sengsara.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  3. #3 al-rabi' MALAYSIA
    November 25th, 2007 at 1:04 am

    kagum lah yang seadanya, namun anda akan kenal syiah tetap syiah… kita menyokong kezuhudan beliau, kehebatan serta keberanian melawan Amrika namun kita (yang faham akidah ahli sunnah jer la) tidak akan bersetuju dengan akidah Syiah yang mencerca dan mengKAFIRkan sahabat2 Nabi…-al-Qaradawi,al-Jazeera,Kuwait

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Maliki xp UNITED STATES
    November 25th, 2007 at 2:01 am

    ye begitula seadilnya kita dlm mengagumi ahmadinejad sebagaimana kata² Dr. Yusuf al-Qardawi tu… tp jgnlah pulak kita fitnah individu² atau jemaah² yg mengagumi semangat & kepimpinan ahmadinejad ni sebgai SYIAH seperti beberapa org kat negara kita ni, lagi parah tu fitnah² sesama ASWJ. Ada tu kata parti PAS SYIAH lah, pemimpin² PAS bertaqiyah lah dan mcm² lg… sama²lah kita mencontohi Dr. Yusuf dlm perkara² ni….

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  5. #5 jazshah MALAYSIA
    November 28th, 2007 at 12:11 pm

    saya terharu dengan apa yang telah beliau lakukan tetapi berapa ramai pemimpin kita sekarang yang memahami yang mana satu keperluan dan yang mana satu keinginan. kita hanya mengatakan kita Islam tetapi tidak pernah mempraktikkan lunas-lunas Islam. Syabas kepada Dr Ahmadinejad

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  6. #6 johan MALAYSIA
    January 13th, 2008 at 8:24 pm

    siapa yang kafirkan sahabat nabi…cuba tuan2 renungkan.sahabat tu manusia biasa jugak..bukan maksum…contoh sahabat yang dicerca oleh alquran sendiri ketua munafik Abdullah bin Ubay bin Sallul yang menjadi ketua kabilah Kahzrah, semasa dia mati..nabi turut solat jenazah. bukan semua sahabat nabi adalah baik pekerti…kena baca jgn duk fitnah..sahaja berkenaan syiah

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  7. #7 hood segaf INDONESIA
    January 27th, 2008 at 1:10 am

    buat al rabi….saya tidak perduli ahmadinejad itu syiah,sunni.atau keristen sekalipun!!…saya kagum dengan mother theresa karena dia mengorbankan waktunya untuk orang2 kecil tanpa saya harus ikut keyakinannya…ahmadinejad ini memang orang yg luar biasa buat saya..dan saya tidak perduli dengan akidahnya selama dia tidak mencela nabi muhammad dan keluarganya atau dia sendiri mengaku sebagai nabi…mari berlaku fair lah…dia memang orang hebat yg patut di contoh semua pemimpin dunia baik dari kalangan suni maupun nasrani dengan kesederhanaannya yg luar biasa sebagai seorang pemimpin negeri!!!

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  8. #8 machabukittambun MALAYSIA
    February 8th, 2008 at 9:51 am

    bodo la korang semua.gado2 sama sendri.
    yg ko back up sunnah,ape ko buat utk sunnah?
    yg ko plak back up syiah,ape dh ko buat utk syiah?
    ISLAM korang lupa,fahaman korang meletup2!!
    korang faham ke?
    cuba kembali pada AGAMA ISLAM.bukan fahaman.
    bodo tahap cipan la lu orang!!

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  9. #9 Izo MALAYSIA
    February 8th, 2008 at 12:54 pm

    Daripada ayat saudara di atas nampak sangat ‘keperibadian Islam’ saudara. :D

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  10. #10 EzAM MALAYSIA
    October 8th, 2008 at 4:31 pm

    terharunya… apa sal korang gaduh nie? adoi ..x kenal situasi tol.. :em52:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  11. #11 annyssasir MALAYSIA
    October 21st, 2008 at 9:05 pm

    salam.. untuk maklumat lamjut bacalah buku “ahmadinijad: singa baru dunia Islam” yang ditulis oleh 4 orang wartawan jerman.. pasti mengusik kalbu..

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  • Trackback: Recent Links Tagged With "ahmadinejad" - JabberTags UNITED STATES Trackbacks
  • Trackback: Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi… « UNITED STATES Trackbacks
  • Leave a Comment
    This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

    • :em45:
    • :em01:
    • :em12:
    • :em29:
    • :em54:
    • :em69:
    • :em67:
    • :em60:
    • :em07:
    • :em03:
    • :em19:
    • :em22:
    • :em28:
    • :em09:
    • :em27:
    • :em10:
    • :em34:
    • :em02:
    • :em43:
    • :em20:
    • :em42:
    • :em62:
    • :em17:
    • :em35:
    • :em55:
    • :em33:
    • :em44:
    • :em04:
    • :em48:
    • :em58:
    • :em47:
    • :em26:
    • :em39:
    • :em32:
    • :em24:
    • :em50:
    • :em61:
    • :em64:
    • :em16:
    • :em63:
    • :em51:
    • :em46:
    • :em18:
    • :em65:
    • :em06:
    • :em25:
    • :em23:
    • :em31:
    • :em15:
    • :em05:
    • :em11:
    • :em38:
    • :em13:
    • :em53:
    • :em71:
    • :em21:
    • :em36:
    • :em56:
    • :em57:
    • :em70:
    • :em37:
    • :em40:
    • :em08:
    • :em66:
    • :em14:
    • :em41:
    • :em52:
    • :em68:
    • :em49:
    • :em30:
    • :em59: