Farah Fauzana Bertudung?
-
Sungai Petani: 3 Julai – Alhamdulillah, itu saja ucapan yang mampu diucapkan apabila kali pertama terpandang sebuah billboard baru di hadapan Kompleks SP Plaza di sini petang tadi. Kenalkah wajah siapa yang dipamerkan pada billboard di atas. Tidak lain dan tidak bukan itulah imej terbaru Cik Farah Fauzana, penyampai radio terhangat di Malaysia. Imej menutup aurat personaliti wanita terkenal itu turut diperlengkap lagi dengan tulisan jawi pada papan iklan tersebut. Kita harap selepas ini papan iklan yang sudah tamat tempoh diganti dengan imej baru sebegini sekiranya pengiklan masih berminat untuk menggunakan imej wanita sebagai daya penarik. Kita tidak mahu wanita diekspoitasikan seperti sebelum ini dan kita tidak berniat untuk merendahkan kaum wanita. Cuma lengkapkan sedikit penampilan imej dengan menutup aurat, sudah tentu akan menepati cita rasa sebuah negeri yang diterajui oleh sebuah parti islam.


IzoBlog: JANGAN hanya bertudung dalam iklan sahaja tetapi di luar iklan hampeh. Sebenarnya, wanita apabila bertudung lebih manis kelihatan. Ayu sekali wajah dan riaknya. ;)
Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.
//Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.











July 5th, 2008 at 7:09 pm
Semoga dia mendapat hidayah…
Amin…
July 5th, 2008 at 8:55 pm
:em19: Amin
July 6th, 2008 at 9:31 pm
cuba korang tgk no 3..cam penah dgr x nama tu? :em32:
sumber http://politik.dailyforum.net/viewtopic.php?f=12&t=11
Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan – Pengerusi
2. Ustaz Haji Ahmad Maliki – Setiausaha
3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah – Anggota
4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah – Anggota
5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein – Anggota
6. Tuan Haji Mansor J.P – Anggota
7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.
July 8th, 2008 at 5:33 pm
cemana pulak artis AF ( akedami fantasi ) yang dtg ke kelantan sjh bertudung.siapa yg hipokrit?
July 9th, 2008 at 1:19 am
Alhamdulillah jika dia benar-benar telah menutup auratnya. Semoga dia selalu beristiqamah di jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Aamiin.
Saya rasa bersyukur ada beberapa pengacara RTM1 yang telah pun memakai tudung. Walaupun baru di tahap permulaan, kita harus memberi galakkan pada mereka yang baru berjinak-jinak untuk menutup aurat dengan sempurna. Jangan pula kita melemparkan sindiran yang selalu kita dengar ‘hangat-hangat tahi ayam…’ Semoga perubahan mereka ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala. Insya-Allah.
July 9th, 2008 at 2:27 pm
:em40: pelik skit rupa farah :em44:
July 11th, 2008 at 4:46 pm
alhamdulillah semoga dgn penampilan bertudung fara fauzana boleh menjadi contoh pada artis islam yang lain…. bertambah ayu dan cantik bila bertudung..
December 7th, 2008 at 12:31 am
erm..nk tnya leh izo??
awak nie org sg petani ke??
just want to know
musykilla…
December 14th, 2008 at 9:27 pm
Saya orang Terengganu :em02: