Logo Background RSS

Abang dah potong?

  • Written by IzoIzo 9 Comments9 Comments Comments
    Last Updated: October 29th, 2009


    Abang dah potong? Semua orang dah potong. ..beginilah iklan ISP P1 Wimax. Kelakar juga tagline iklan ni sekali pandang orang ingat potong tu macam berkhatan. :D

    Memang jelas P1 cuba “menganjing” pesaing utamanya dalam internet jalur lebar iaitu Streamyx produk dari TM kerana gambarnya yang memotong kabel RJ11 iaitu wayar telefon tetap.

    Baguslah kerana dengan ada saingan ISP-ISP tempatan dapat menurunkan caj perkhidmatan mereka. Pada saya pula apa yang penting ialah kualiti perkhidmatan dan kebolehan melayari internet dengan laju tanpa putus-putus.

    Saya kini melanggan Celcom Broadband dan Streamyx. Broadband Celcom boleh dikatakan ok juga tetapi banyak bergantung pada coverage. Covergae di tempat saya ok. Streamyx pula kadang-kadang laju dan kadang-kadang slow. Tapi banyak slow pada laju. Ini adalah satu cabaran bagi TM kerana dalam Bajet 2010 pun PM sudah mengumumkan TM akan memulakan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang bernilai RM11 billion . Kerajaan akan melabur RM2.4 bilion dan TM membiayai bakinya RM8.91 bilion.

    HSBB akan memberi speed sehingga 10Mbps kepada pelanggan kediaman dan sehingga 100Mbps kepada pelanggan perniagaan dengan teknologi fiber dan teknologi IP sepenuhnya. Ini adalah tempatnya kerana isu hangat pelabur dari Australia risau dengan keadaan sambungan internet di Malaysia.
    Secara overallnya walau pun banyak komplen boleh dikatakan streamyx adalah the best of the worst broadband in Malaysia.

    Berbalik kepada kempen potong P1 Wimax tadi. Ramai juga yang sudah komplen perkhidmatan P1 ni. Seperti Broadband Celcom, ramai yang mengatakan laju pada mulanya tetapi apabila pertambahan pelanggan mulalah menjadi slow gila. Sehingga istilah berukband, snailmyx, p1 Why Mek, Max Cis dicipta oleh pelanggan yang tidak berpuas hati.

    Ni pula iklan TM yang melawan balik iklan kempen potong P1 Wimax:


    Kalau dipandang betul-betul, muka mamat ni iras-iras wajah CEO P1 Wimax, Michael Lai

    Apa yang diharap ialah jangan berlawan iklan jer . Lawan dengan servis!

  • Add to Yahoo Add to Digg Add to Stumble Upon Add to Technorati
    Add to Del.icio.us

    Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.


    //Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.
  1. #1 ek-ele
    October 29th, 2009 at 12:19 pm

    Celcom broadband di Kamunting Perak, dekat ISA banyak oknya, tapi kalau meragam, hati ada sakit ma..Kalau di Bukit Yong, Pasir Puteh, lingkup…apa pun tak dapat..Kampung kawanq tu bukannya ulu pun…http://www.ek-ele.co.cc/

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Inner Inspiration
    October 29th, 2009 at 1:26 pm

    Tak yah cakaplah pasal Celcom Broadband. Saya sebagai pengguna Broadband Maxis memang sokong sangat pada mereka yang menggunakan label Max Cis! Menyesal sangat beli hari tu. Dah la bayar bulan RM100 tapi dalam seminggu line berapa hari je ada. Kalau aku surf internet umah aku kat hutan tak peliklah takde. Ni area Bangi. Bandar Baru Bangi tapi Max Cis memang hampeh. :em71:
    Posting terkini di blog Inner Inspiration: Pengalaman Temuduga [2] My ComLuv Profile

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Inner Inspiration
    October 30th, 2009 at 10:31 am

    Salam Izo. Jom makan nasi arab!

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 NOra Yusmiza
    October 30th, 2009 at 11:26 pm

    AHAH…BETUILA IZO…LEMBAB BETUI BROADBAND NI..MEMANG TAK PUAS HATI BETUI..SUSAH NAK DAPT LINE..KITA BUAT GEMPAQ CKIT BAGTAU ORG ATAS..DIORANG SEDAP2 DAPAT DUIT FREE TIAP BULAN ..TAPI PERKHIDMTAN MEREKA TAK BERBALOI LANSUNG.

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 beliamuda
    October 31st, 2009 at 12:51 am

    perang lagi.. tiga pemegang lesen wimax dah kena saman.. moga broadband malaysia bertambah baik~
    Posting terkini di blog beliamuda: Rapuan dalam keserabutan malam My ComLuv Profile

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 xes
    November 2nd, 2009 at 10:45 pm

    Thanks for the heads up on Michael Lai. I wouldnt have noticed if you didnt mention it! hehe!

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 steady eddie
    November 4th, 2009 at 4:58 pm

    salam semua…naseb bek aku xpkai broadband g…
    still lagi brpuashati dgn streamyx pakej rm49??..ni lagi..hehehehe laju ke x bole la… :em27:

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 shaifz1
    November 20th, 2009 at 12:29 pm

    Broadband maxis nama je canggih tp slow mcm siput sedut….susahla nak donlot movie cam ne…

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 effa2010
    November 30th, 2009 at 1:48 pm

    bosan,memang membosan kan gune broadband celcom nie..okey pon,wat sakit hati je..area bandar pon susah nak dapat coverrage :em25: :em65:

    Post ReplyPost Reply
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: