Font, Perisian Dan Kemudahan Tulisan Jawi
-
Bermula dari era penjajahan Barat, orang-orang Melayu di Nusantara mula meninggalkan tulisan Jawi, iaitu tulisan khas yang dicipta oleh bijakpandai Melayu silam setelah berkembangnya Islam di Nusantara. Tulisan ini amat mirip dengan tulisan Arab cuma bezanya, tulisan Arab menggunakan 28 huruf sedangkan tulisan Jawi mempunyai huruf-huruf tambahan iaitu: Pe, Nge, Ce, Ge, Nye, De dan terbaru Ve.
Huruf De jarang ditemui ianya dituliskan, tapi ianya wujud dan rupanya ialah seperti huruf Dal dengan tiga titik di atasnya. Di zaman dahulu, jika mahu mengeja PADA maka dieja dengan Pe dan De, barulah berbunyi Pada (hujungnya itu berbunyi e), dan tidak dieja dengan Fa dan Dal kerana ini akan berbunyi Fada. Mungkin timbul kesulitan dalam menulis dan mengatur huruf menyebabkan Fa digunakan bagi menggantikan Pe, begitu juga Dal digunakan bagi menggantikan De.
Jika anda ingin menukar tulisan rumi ke jawi dengan cepat, anda boleh gunakan kemudahan yang disediakan oleh laman web ini: http://www.ejawi.net/converter.php
Tapi mungkin anda perlu menulis banyak tulisan jawi. Masalahnya ialah bila mahu menaip huruf jawi. Pemproses perkataan rumi akan menuliskan dari kiri ke kanan sedangkan tulisan jawi adalah dari kanan ke kiri. Ada satu perisian percuma yang boleh membantu anda menulis jawi dengan mudah dan cepat iaitu Jawi Multi-Key. Anda bolehlah muat-turun perisian itu dengan klik di sini kemudian sila pasang (install) di komputer anda.
Bagi menggunakan perisian Jawi Multi-Key, terdapat satu fail panduan yang boleh anda baca. Sila klik di sini untuk muat-turun.
Terdapat juga koleksi font jawi untuk dipasang (install) di komputer anda. Muat-turun fail zip ini, unzip dan kemudian salin (copy) semua font ini ke folder Windows/fonts. Jika anda tidak faham bagaimana melakukannya, minta bantuan dari kawan-kawan.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Wallahua’lam.
Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.
//Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.











September 10th, 2008 at 9:53 am
SAYA TK TAU MACAMANA NK UNZIP FAIL YG DH DOWNLOAD TU. TOLONG SAYA……. :em10: :em10:
September 10th, 2008 at 4:10 pm
Boleh install winzip atau winrar.
Winzip
http://www.download.com/WinZip/3000-2250_4-10003164.html?tag=mncol&cdlPid=10831512
Winrar
http://www.download.com/WinRAR/3000-2250_4-10007677.html?tag=mncol&cdlPid=10745708
October 19th, 2008 at 12:40 pm
giler~ ada ke jual viagra kat sini~ :em30:
October 19th, 2008 at 1:55 pm
Sempat lagi SPAM jual viagra kat sini… Aku dah delete. IP dari Israel tu. :em08:
October 19th, 2008 at 9:19 pm
heheheh…entah…menyusahkan hidup jew~ :em30: :em49:
December 19th, 2009 at 4:20 am
NAK CITE SKET PASAL FONT JAWI
LINK UTK FONT JAWI KAT ATAS TU HANYA COMPATIBLE UNTUK PERISIAN JAWI MULTIKEY SAHAJA
JIKA ANDA MENGGUNAKAN CARA YANG DIAJAR DI ejawi.net,ANDA TIDAK DAPAT MENGGUNAKAN FONT YANG DIATAS.JIKA MENGGUNAKAN FONT ARABIC YANG BERLAMBAK DI INTERNET, HURUF SEPERTI GA DAN VA IAITU HURUF YANG WUJUD DIDALAM JAWI MELAYU(TIADA DALAM HURUF ARAB) TIDAK AKAN MEMBERI KESAN
December 21st, 2009 at 11:35 pm
salam… ada tak tafsir al Quran dalam bahasa melayu…. tolong gitau camna nak dapat…thanks…
January 3rd, 2010 at 5:05 pm
saya dah intstall jawi multikey tp masalahnya sekarang bila saya klik icon jawi kat deskop tidak boleh tukar kat tray.. mcam nak buat. hanya ada paparan font latin default. tolong gua… ada cara lain tak nak buat
January 24th, 2010 at 8:15 pm
ade tak software utk tulisan arab…
January 24th, 2010 at 8:39 pm
Untuk arabic boleh jer install Arabic Language add-on. Biasanya perlukan cd windows untuk install. Syakir pakai windows apa?
February 25th, 2010 at 10:58 pm
mcm mane nk guna multikey ni dlm window 7?