Logo Background RSS

4 jam keluarkan peluru dari dada mangsa tembakan

  • Written by IzoIzo 2 Comments2 Comments Comments
    Last Updated: September 11th, 2007

    KOTA BHARU, 10 Sept (Hrkh) – Mangsa tembakan dipercayai dilakukan anggota polis di Batu Burok, Kuala Terengganu malam 8 September lalu, Aswandi Abdul Ghani, 38 kini semakin stabil dan boleh menggerak-gerakkan tangannya.

    Beliau juga sudah boleh menghulurkan tangan bersalam dengan keluarga dan rakan-rakan yang datang menziarahinya. Mangsa lulusan kejuruteraan sivil dari UTM, kini berniaga serta mempunyai enam anak.

    Namun, beliau masih lagi diletak di bawah pengawasan doktor wad CCU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.

    Beliau juga masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan. Kehadiran ahli keluarga dan teman-teman dari Kuala Terengganu dan Marang menyebabkan beliau tersenyum di atas katil yang sarat dengan peralatan perubatan.

    Aswandi dibawa ke HUSM bagi menjalani pembedahan mengeluarkan peluru dalam dadanya. Beliau dibawa dari Kuala Terengganu dengan ambulan yang ditemani seorang anggota polis dan abangnya, Suliadin, 39.

    Bapanya, Haji Abdul Ghani Muhamad berkata, anak keduanya itu dibawa masuk ke dalam dewan bedah kira-kira jam 8 malam dan keluar pada jam 12 malam.

    Mengikut laporan media hari ini seorang konstabel polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas dikatakan diserang penyokong parti pembangkang setelah polis mengarahkan mereka bersurai daripada menghadiri perhimpunan haram di Batu Burok, Kuala Terengganu.

    Empat anggota polis, di mana tiga daripadanya daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilaporkan cedera. Seorang daripadanya kini dirawat di HSNZ.

    Bagaimanapun kecederaan parah dua pemuda yang ditembak dipercayai dilakukan anggota polis menggunakan peluru hidup sehingga terbenam dalam badan mereka tidak disiarkan media harian.

    Pada kejadian malam 8 September lalu tembakan yang dilepaskan terkena dua pemuda dan menerobos ke dalam badan mereka. Seorang terkena di bahagian leher dan Aswandi pula menembusi bahagian dada di sebelah kanan.

    Akibat kecederaan parah, Aswandi terpaksa dikejar ke HUSM, manakala seorang lagi masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

    Difahamkan hanya HUSM di Pantai Timur yang mempunyai doktor pakar bagi mengeluarkan peluru di dada mangsa.

    Abdul Ghani ketika ditemui berkata, sepanjang hidup Aswandi beliau tidak pernah melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang, apalagi didakwa memukul anggota polis.

  • Add to Yahoo Add to Digg Add to Stumble Upon Add to Technorati
    Add to Del.icio.us

    Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.


    //Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.
  1. #1 matKdh
    September 11th, 2007 at 8:15 am

    loh, awat hangpa ni, cerita tak serupa bikin. beriya2 ckp mangsa tembakan tak bleh lawat, keluarga sendiri pun kononnya tak boleh dtg melawat. hari ni hangpa cerita lain pulak, bukan setakat family, siap kawan2 pun dtg apa cerita ni? jgn dok putaq belit cerita no. jgn nak kata kat husm bole, kat nur zahirah ja tak bole pula. kalau polis nak halang, dua2 mampus tak jumpa org dah lepas nih.

    alhamdullilah la mereka selamat, semoga cepat sembuh.

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Izo
    September 11th, 2007 at 1:18 pm

    Saya yg ckp tk serupa bikin ker saudara yg putar belit cerita ni.

    Mmg betul…kat Hospital Besar Terengganu polis tak bagi melawat masa saya buat posting tu. Masa yg dihantar di Kelantan boleh jer melawat. :D

    Izo: eii…baper ringgit ler kena upah dia nie.

    Post ReplyPost Reply
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36:

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: