Logo Background RSS

2 Adun BN Digantung 6 Bulan Kerana Cuba Bertumbuk Dalam DUN

  • Written by IzoIzo 9 Comments9 Comments Comments
    Last Updated: November 27th, 2007

    KOTA BHARU, 27 Nov (Hrkh)- Persidangan kali ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke empat Dewan Undangan Negeri Kelantan mencatat sejarah terburuk apabila Dato’ Nozula Mat Diah(BN-Paloh) bertindak menendang Mohd Zaki Ibrahim(PAS- Kelaboran) sewaktu sesi soal jawab dalam sidang DUN semalam.

    Kejadian memalukan itu berjaya dirakamkan selama hampir dua minit dan aksi biadapnya boleh ditonton oleh semua pihak di laman web yang sentiasa menyiarkan perkembangan secara langsung Sidang Dun Kelantan.

    Insiden bermula apabila Dato’ Mohd Zain Ismail (BN-Bukit Tuku) tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia , Zulkifli Mamat terhadap soalan yang dikemukakannya mengenai perkembangan projek Afta City Rantau Panjang bahawa projek tersebut telah dibatalkan.

    "Permasalahan sekarang ialah kerajaan ingin memperbetulkan kenyataan bahawa ada exco yang hadir dalam perasmian tersebut. Kita ingin memperbetulkan kenyataan yang menyebabkan tuduhan daripada pihak YB (BN).

    "Kita tidak mahu YB yang dipilih,kutip bawa cerita tepi jalan dan bawa naik ke dewan. Adakah hendak perbetulkan ini salah, "kata Zulkifli yang diikuti ketukan di meja oleh beberapa Adun.

    Nozula tendang Zaki

    Kata-kata Zulkifli itu menimbulkan kemarahan Nozula yang bangun dan menyifatkan jawapan Zulkifli itu sebagai ‘tidak cerdik’ dan menganggap pihak kerajaan negeri menuduh pihak pembangkang bodoh dan tidak mempedulikan teguran speaker supaya beliau duduk.

    Keadaan menjadi semakin panas apabila Nozula mengambil serius kata-kata usikan daripada Zaki Ibrahim yang menimbulkan kemarahannya.

    "Bagi peluang aku keccek lepas ni,"kata Nozula dengan nada yang keras.

    Kata-kata Zaki supaya Adun Paloh itu meminta maaf kepada dewan dan meyatakan beliau bersikap kurang ajar menyebabkan Nozula bertindak diluar jangkaan.

    "Mu yang kurang ajar," katanya sambil bertindak menyerang Zaki.

    Tindakan Nozula itu cuba dihalang oleh beberapa Adun termasuk Saufi Deraman(BN-Galas) dan Abdul Halim Abdul Rahman(PAS- Chetok) yang berada bersebelahan Zaki.

    Walaupun dihalang Nozula sempat melepaskan tendangan terhadap Zaki. Suasana dewan menjadi sedikit kecoh dan terpaksa ditenangkan oleh Speaker.

    Sebelum ini, pada persidangan Dun 21 November, Nozula digantung sementara daripada menyertai persidangan pada hari tersebut yang mana Speaker menggunakan peraturan 51(3) bagi menggantung anggota Dewan Negeri yang enggan mematuhi arahan dan melakukan tindakan melampau-lampau semasa permesyuaratan berlangsung.

    Source: HarakahDaily

    Mirror Video from YouTube: http://www.youtube.com/watch?v=mzQ6KfSof3k

  • Add to Yahoo Add to Digg Add to Stumble Upon Add to Technorati
    Add to Del.icio.us

    Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.


    //Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.
  1. #1 Izo
    November 27th, 2007 at 8:01 am

    Pemimpin sepatutnya dapat mengawal emosi, lebih2 lagi dalam Sidang DUN.
    Perkara seperti ini tak sepatutnya berlaku. Patut ler kerajaan begitu takut menyiarkan siaran langsung Sidang Parlimen dan Sidang DUN secara Live. :D

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Muslimah
    November 27th, 2007 at 1:24 pm

    Uish.. Terkejut saya. :shock:
    Biasanya pemimpin yang berjiwa Islam selalu yang tenang… ;)

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Izo
    November 27th, 2007 at 2:14 pm

    Tu baru satu video…kalau rajin search kat Youtube pasal perbahasan di parlimen atau DUN. Bleh tgk banyak lagi gelagat Pemimpin2 Islam Hadhari kita. :)

    Benda2 camnie jgn harap ler kuar kat TV.

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Muslimah
    November 28th, 2007 at 6:53 am

    Saya selalu lihat perkara sebegini seringkali terjadinya di barat, Jepun dsb. Tetapi tak tahu pula boleh terjadi di Malaysia. Tak gunalah diberi gelaran YB [Yang Berhormat] kalau perangai sendiri tidak menghormati orang lain. Malu sebab Melayu Islam mengamalkan kesopanan dan tata tertib dalam berbicara bukan disebaliknya.

    Sepatutnya…
    Sikap seorang YB harus lebih professional dan bukan mengikut emosi. Ini akibatnya apabila suka memandang rendah pada pihak yang lain. :(

    P/s: Kut-kut YB Islam Hadhari ini mempunyai penyakit Darah Tinggi kutt??
    Maaf leeerr, andaian saya sahaja… :mrgreen:

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Muslimah
    November 28th, 2007 at 6:55 am

    Oh yer lupa nak pesan. Lain kali terjadinya perkara sebegini rupa, adzankan sahaja agar Syaitan dalam badan YB tu lari lintang-pukang. :)

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Izo
    November 28th, 2007 at 11:45 pm

    Sebelum ini di Selangor ADUN Umno Zakaria Md Deros pernah bertindak menampar ADUN DAP Teng Chang Khim, tetapi insiden itu berlaku di luar dewan. Pertikaman lidah dan saling berbalas maki hamun, juga biasa berlaku samada di Parlimen atau Dewan-dewan Undangan Negeri di Malaysia. Tetapi tindakan fizikal seperti menyepak atau menendang seorang wakil yang lain tidak pernah berlaku sejak negara ini Merdeka 50 tahun.

    Rekod ini akhirnya dipecahkan oleh ADUN Umno dari Paloh, Nozula Mat Diah.

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 mum_my
    December 13th, 2007 at 5:18 pm

    ape nie..Izo,org mcm nie nak djdkan cth kpd generasi muda….Ish..ish..mmalukan umat Islam je…

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 Izo
    December 13th, 2007 at 10:32 pm

    Tu ler… :(

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 saya
    November 1st, 2009 at 10:58 am

    berita yang ni ada masuk TV3 ke….RTM ke….???????????kot saya terlepas pandang……… :em71:

    Post ReplyPost Reply
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: