Logo Background RSS

Bernama putar belit berita

  • Written by IzoIzo No Comments Comments
    Last Updated: January 20th, 2008

    Memetik berita yang dikeluarkan oleh Bernama yang menggambarkan terdapat keretakan hubungan BA di Kelantan….
    Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR

    Pada saya, berita ini mempunyai muslihat tertentu oleh Bernama, iaiitu untuk melemahkan kekuatan dan perpaduan BA di Kelantan dan secara amnya di seluruh negara.

    Utusan Malaysia melaporkan peristiwa yang sama tetapi mendedahkan niat jahat Bernama memutarbelitkan berita tersebut. Anda boleh baca dan nilai sendiri perancangan jahat Bernama ini. Dengan kehendak Allah, perancangan jahat Bernama terdedah oleh media UMNO sendiri….

    Pas elak pertandingan tiga penjuru

    KOTA BHARU 18 Jan. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta tidak meletakkan calon di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional (BN).

    Nik AzizMursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ia bagi mengelakkan timbulnya kecelaruan antara parti pembangkang semasa berhadapan dengan calon BN.

    Beliau berkata, untuk tujuan itu adalah lebih baik jika PKR tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-12 nanti.

    “Bagi saya tidak bertanding lagi baik kerana tidak bercelaru sangat, maksud celaru… tidak timbul nanti dua lawan satu (pertandingan tiga penjuru), lebih baik satu lawan satu.

    “Tetapi terpulang kepada PKR sebagai sebuah parti politik, ia berhak untuk melakukan sebarang perkara yang difikirkan perlu dan baik untuk mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus yang menyatakan PKR tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya umum ke-12 di negeri ini.

    Keputusan itu dikatakan dibuat pada mesyuarat badan perhubungan PKR pada 4 Januari lalu.

    Masalah

    Ketika diminta mengulas adakah hubungan Pas dan PKR bermasalah, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata: “Pas tidak ada masalah dengan PKR, kita berkawan lama dengan dia (PKR)… saya tidak dengar pula dia kecil hati dengan kita.

    “Kita telah lama bergaul dan jalin kerjasama, kalau ada kerjasama pun okey, kalau tidak ada pun okey. Kalau ada kerjasama kita akan tolong mereka dan kalau tiada pun ahli mereka boleh undi kita.”

    Katanya, PKR turut meminta tambahan kerusi pada pilihan raya umum akan datang di negeri ini tetapi menyifatkannya sebagai satu perkara biasa.

    “Memang ada mereka minta tambahan kerusi samalah macam Muslimat dan Pemuda dan kita di peringkat negeri akan timbang macam biasa.

    “Pasal pembahagian kerusi kena tanya dengan Haji Husam (Datuk Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan), saya tidak boleh masuk campur sebab saya lembut hati, kalau ikut saya nanti semua saya bagi,” katanya.

    Pada pilihan raya umum yang lepas PKR telah meletakkan lima calon iaitu masing- masing dua di peringkat Dewan Undangan Negeri dan tiga di Parlimen bagaimanapun mereka tewas di semua kerusi terbabit.

    Sementara itu, Husam ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, Pas masih dalam proses perbincangan dengan PKR untuk pembahagian kerusi di negeri ini.

    Beliau yang juga Naib Presiden Pas berkata, perbincangan tersebut diadakan secara rahsia di Kuala Lumpur dan akan diputuskan tidak lama lagi.

    “Kerjasama kita dengan PKR amat baik, mereka akan mendapat tambahan kerusi di Kelantan dan Terengganu.

    “Calon untuk pilihan raya umum akan datang di negeri ini akan diputuskan oleh Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.

Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em45:
  • :em01:
  • :em12:
  • :em29:
  • :em54:
  • :em69:
  • :em67:
  • :em60:
  • :em07:
  • :em03:
  • :em19:
  • :em22:
  • :em28:
  • :em09:
  • :em27:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em02:
  • :em43:
  • :em20:
  • :em42:
  • :em62:
  • :em17:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em33:
  • :em44:
  • :em04:
  • :em48:
  • :em58:
  • :em47:
  • :em26:
  • :em39:
  • :em32:
  • :em24:
  • :em50:
  • :em61:
  • :em64:
  • :em16:
  • :em63:
  • :em51:
  • :em46:
  • :em18:
  • :em65:
  • :em06:
  • :em25:
  • :em23:
  • :em31:
  • :em15:
  • :em05:
  • :em11:
  • :em38:
  • :em13:
  • :em53:
  • :em71:
  • :em21:
  • :em36:
  • :em56:
  • :em57:
  • :em70:
  • :em37:
  • :em40:
  • :em08:
  • :em66:
  • :em14:
  • :em41:
  • :em52:
  • :em68:
  • :em49:
  • :em30:
  • :em59: