Logo Background RSS

Bertudung atau hanya tahu bercakap?

  • Written by IzoIzo 14 Comments14 Comments Comments
    Last Updated: October 24th, 2007

    Keratan artikel ini adalah respon seorang YB terhadap majikan yang tidak membenarkan pekerjanya bertudung. Dan juga masalah tidak diterima bekerja kerana bertudung.
    Baru-baru ini Mastika telah dihubungi oleh pejabat Ahli Parlimen Ampang, Yang Berhormat Dr. Rozaidah Talib untuk menyatakan sokongan ahli politik itu terhadap isu tudung yang didedahkan dalam Mastika September dan Oktober. Susulan itu, kami telah mengadakan pertemuan khas dengan Dr. Rozaidah. Dalam pertemuan itu, beliau menyatakan rasa bangganya kerana Mastika berani mendedahkan suatu isu yang serius tetapi tidak diketahui oleh media-media lain.
    “Saya nak bagi amaran kepada mana-mana syarikat yang mengenakan syarat supaya membuka tudung masa bekerja, ini adalah satu diskriminasi dan saya sebagai Pengerusi Hak Asasi Wanita Gender Fokus di Parlimen, menentang keras diskriminasi yang berlaku terhadap wanita Muslim yang bertudung!” tegas Rozaidah.
    Beliau benar-benar terkejut apabila membaca pendedahan Mastika itu. “Bertudung adalah hak asasi bagi seseorang individu. Kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk membuka tudung biarpun apa alasannya. Saya akan membangkitkan perkara ini di Parlimen. Sudah 50 tahun kita merdeka tidak sepatutnya berlaku di negara ini,” tegas beliau.
    Rozaidah mahu supaya majikan-majikan terbabit dikenakan tindakan tegas. Lebih mengecewakan apabila mendapat maklumat diskriminasi itu telah lama berlaku di negara ini. Amaran itu turut beliau nyatakan ketika dijemput menjadi tetamu dalam rancangan Wanita Hari Ini terbitan TV3 pada 7 September lalu.
    -petikan daripada majalah Mastika-
    Note: Nak perjuangkan hak wanita bertudung camner kalau diri sendiri dah tak bertudung. Satu lagi bertudung tu bukan saja hak asasi, tetapi KEWAJIPAN bagi seorang Muslimah.

14 Comments
  1. #1 Izo MALAYSIA
    October 24th, 2007 at 8:09 am

    Dr. Rozaidah Talib adalah YB Ampang yang mewakili parti BN - UMNO. Bleh lihat detailnya di sini:
    http://www.parlimen.gov.my/eng-DewRakyat_KedAhli_detail.php?id=93

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  2. #2 soulof99 MALAYSIA
    October 24th, 2007 at 12:55 pm

    Heh, YB ni pun tgh gelabah skrang ni pasal skandal seksnya. Berilah peluang dia ni jadi pejuang wanita bertudung pula. :P

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Izo MALAYSIA
    October 24th, 2007 at 5:51 pm

    Dunia akhir zaman..ish..ish..ish :(

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Maliki xp UNITED STATES
    October 24th, 2007 at 7:38 pm

    geng² sister in islam ning… besala komen nk backup pekerja bertudung konon… nok dpt publisiti jer tu….

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Izo MALAYSIA
    October 24th, 2007 at 11:45 pm

    Nak tutup skandal dia ler tu :D

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  6. #6 AfzaiAfandi MALAYSIA
    October 25th, 2007 at 9:26 pm

    Salam perkenalan tuan blog..

    Kalau wanita Islam tidak memakai tudung hukumnya berdosa, tapi kalau mengatakan bertudung bukan wajib bagi wanita muslim..itu dah dikira terkeluar agama.

    lagi satu kalau suruhan ibu bapa tidak dituruti, derhaka namanya..tapi kalau suruhan ALLAH tidak dituruti…maka derhaka jugalah namanya.

    Wallah hu a’lam

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  7. #7 syahid_zul JAPAN
    October 25th, 2007 at 10:32 pm

    ermm..dia ni ke…erm…

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  8. #8 Muslimah SINGAPORE
    October 27th, 2007 at 12:00 pm

    Ini dari sudut pandangan saya pula…

    Ada orang yang mentafsirkan dengan mengatakan bahawa Allah tidak memandang kepada pakaian seseorang itu. Tetapi Allah memandang kepada hatinya. Di sini mereka mentafsirkan maksud zahir itu sebagai pakaian. Jadi apabila seseorang itu mendedahkan auratnya, dia nanti akan berkata,

    “Allah tidak akan pandang pada zahir. Allah pandang pada hati seseorang itu.”

    Baginya, seolah-olah walaupun dia telah mendedahkan aurat, tetapi hatinya baik. Dan tentu Allah pandang hati seseorang itu. Tetapi… cuba kita fikirkan sejenak…

    “Apakah orang yang terlanjang itu baik hatinya?”

    Masakan baik, kerana… kebaikan terletak pada hati & orang yang berpakian ibarat terlanjang itu adalah disuruh oleh hatinya. Bukan hidung atau matanya sendiri. Jadi, kalaulah hatinya menyuruh dirinya mendedahkan aurat, apakah hati semacam itu dikatakan hati yang baik? Jadi… kalau hati menyuruh dia terlanjang atau mendedahkan aurat bererti hatinya juga terlanjang. Sedangkan iman adalah hati. Kalau hatinya terlanjang, bererti imannya juga terlanjang sama. Jadi, janganlah diperlekehkan soal hukum menutup aurat ini.

    p/s: Maaf jika ada yang tersinggung dengan komen saya. Semoga kita berubah menjadi yang lebih baik kerana-Nya. Insya-Allah.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  9. #9 bikinibottom MALAYSIA
    October 31st, 2007 at 4:33 pm

    dok tahu nok kate mende… dunie nok kiamat doh..

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  10. #10 mum_my MALAYSIA
    November 12th, 2007 at 5:05 pm

    Jgn jd mcm ketam ajar anak sudah le…

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  11. #11 qen MALAYSIA
    November 12th, 2007 at 9:31 pm

    tak sedar diri betolll…..

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  12. #12 cik bora-bora MALAYSIA
    February 20th, 2008 at 11:31 am

    bertudung tu bukan hak individu..bertudung tu kan hak agama2..mane bleh main sesuka hati je xnk pkai pkai tdung.
    semua peranturan yg ALLAH suruh kita buat tu smua utk kebaikan kita..ingatlah kita hidup hanya sementara.sape kite nk melanggar hukum2 ALLAH?dari DIA kita dtg,kepadaNYA juga kita kembali…so x pyhla nk berlagak2 idup kat dunia nie..x kemana pon.

    ingatlah whai hamba ALLAH,
    bertdung bkn mainan.terdedah sehelai rambutmu di dunia, akan di azab di neraka dgn buah dadamu dicangkuk besi panas neraka.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  13. #13 suzie MALAYSIA
    March 24th, 2008 at 11:32 am

    nasib baik dia tak kenal laki aku….klau x masak aku

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  14. #14 Mansor Abu MALAYSIA
    March 31st, 2008 at 11:29 am

    Kena nasihat ni!! Biar dia lembut hati.

    http://funnypicture5.blogspot.com/

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em45:
  • :em01:
  • :em12:
  • :em29:
  • :em54:
  • :em69:
  • :em67:
  • :em60:
  • :em07:
  • :em03:
  • :em19:
  • :em22:
  • :em28:
  • :em09:
  • :em27:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em02:
  • :em43:
  • :em20:
  • :em42:
  • :em62:
  • :em17:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em33:
  • :em44:
  • :em04:
  • :em48:
  • :em58:
  • :em47:
  • :em26:
  • :em39:
  • :em32:
  • :em24:
  • :em50:
  • :em61:
  • :em64:
  • :em16:
  • :em63:
  • :em51:
  • :em46:
  • :em18:
  • :em65:
  • :em06:
  • :em25:
  • :em23:
  • :em31:
  • :em15:
  • :em05:
  • :em11:
  • :em38:
  • :em13:
  • :em53:
  • :em71:
  • :em21:
  • :em36:
  • :em56:
  • :em57:
  • :em70:
  • :em37:
  • :em40:
  • :em08:
  • :em66:
  • :em14:
  • :em41:
  • :em52:
  • :em68:
  • :em49:
  • :em30:
  • :em59: