Logo Background RSS

Calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu

  • Written by IzoIzo 6 Comments6 Comments Comments
    Last Updated: February 26th, 2008

    Maimun YusufAnda kenal dengan gambar nenek di sebelah ini?

    Dialah Calon Bebas yang bersaing merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89, kini mula berkempen dengan berbasikal dari rumah ke rumah sambil menjual kain.

    Warga emas dari Kampung Atas Tol itu, berkata menjual kain pekerjaan tetapnya sejak 15 tahun lalu sekali gus memudahkan tugasnya berkempen untuk ‘Parti Tanah Melayu Bersama Dalam Islam’ menggunakan lambang kunci.

    Menurutnya, antara persediaan yang sudah dilakukannya termasuk menempah 1,000 keping poster untuk ditampal di sekitar kawasan kampung dan bandar ini serta membeli telefon bimbit membabitkan kos kira-kira RM3,000.

    “Sudah menjadi kebiasaan tok akan keluar menjual kain dari jam 8 pagi hingga tengah hari dan sambil menjual kain, tok boleh berkempen untuk parti kunci.
    “Tok memang mengharapkan kemenangan kerana banyak faedah rakyat akan dapat termasuk buat rumah, sekolah dan pejabat mengikut rekaan terkini kerana sekolah yang ada sekarang fesyen lama dan warnanya tidak cantik,” katanya ketika ditemui berkempen di sekitar rumahnya di Kampung Gong Gemia, di sini, semalam.

    Walaupun sudah lanjut usia, wanita itu masih mampu mengayuh basikal bagi memastikan dia memenangi pilihan raya kali ini.

    Bagi kerusi Parlimen berkenaan, Barisan Nasional (BN) diwakili penyandangnya, Datuk Razali Ismail berdepan Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden Pas.

    “Tok tak percaya kepada mana-mana parti sebab itu masuk bertanding. Walaupun tak pandai membaca dan menulis, tok akan menggunakan khidmat kerani membantu kerja menguruskan dokumen jika menang,” katanya.

    Menurutnya, kelmarin, dia mengupah anak rakannya, RM20 bagi mengisi borang penamaan calon kerana dia sendiri tidak tahu menulis dan membaca.

    Katanya, dia mengumpul RM10,000 itu hasil jualan kain dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan dan menolak dakwaan konon wang pertaruhan itu hasil jualan tanah pusaka.

    IzoBlog: Hehehe…orang kampung saya tu. Saya pun hairan sebenarnya, camnerlah dia boleh nak masuk bertanding, kerusi parlimen pula tu. Dengar2 cerita daripada anak saudara dia (orang kampung saya juga) , mak saudara dia tu memang mempunyai semangat perjuangannya sendiri. Orangnya jenis suka berjuang. Semua duit yang dia gunakan tu adalah hasil pendapatannya sendiri. Pilihanraya sebelum nie pun dia cuba jugak masuk, tetapi permohonannya ditolak atas sebab2 tertentu. Masa hari pencalonan baru2 ni..elok2 pula boleh lepas. Siap lengkap pula dokumen2 dia tu. Calon BN ada yang tak mematikan setem. Malu kat Tuk kita nie. :D

    Incoming search terms for the article:

  • Add to Yahoo Add to Digg Add to Stumble Upon Add to Technorati
    Add to Del.icio.us

    Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.


    //Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.
  1. #1 Izo
    February 26th, 2008 at 4:46 pm

    Teringat masa pemilihan lambang untuk partinya, dia pilih bulan bintang. Dia cakap PAS lambang dia bulan je..parti dia bulan bintang..hebat lagi :D
    Tapi ditolak coz lambang bulan tu sudah digunakan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS).

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Muslimah
    February 26th, 2008 at 6:11 pm

    Uish… inilah wanita melayu terakhir. Semangat tu. Kita yang muda pula jadi malu. :mrgreen:

    Kampung Atas Tol? Macam kenal jer tu. :lol:

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Izo
    February 26th, 2008 at 6:19 pm

    Orang kampung ramai yg m’p'soalkan tindakan dia tu. Mcm2 cerita dgr. Ada yang kita dia tu nak glamor, ada yang kata nak duit, dan cam2 lagi ler..

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Muslimah
    February 26th, 2008 at 6:22 pm

    Ini yang membuat saya terfikir. Soalnya, masih ada ke orang yang sudi mengundi dan memilihnya? :shock:

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Izo
    February 26th, 2008 at 9:40 pm

    Hari nie berita psl tuk nie masuk dalam akhbar Harian Metro muka depan. Glamer skejap Atas Tol. Ramai orang luar call & msg tanya betul ke tak orang Atas Tol. Letih nk jawab. Orang Atas Tol pun ramai lg yg tak bpe kenal dia. :D

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Maliki xp
    February 26th, 2008 at 11:53 pm

    X po la nenek ni nk bertanding pun…lgpn negara kita demokrasi kita raikan hak dia untuk bertnding, x baik r tuduh dia macam²… cuma kerajaan umno je bengong x tau ape tu demokrasi, pandai cakap je! kalau diorg tu tau masakan dia orang takut bertanding di padang sama rata dengan BA.

    Pepepun kisah nenek ni memang menarik untuk diketahui, ni ade klip temuramah malaysiakini bersama beliau dirumahnya ;) Temuramah Malaysiakini bersama Nenek Maimum

    p/s: ambe akn undi calon parti Islam je nenek, tp ambe memang respek kt nenek sbb smngat nenek mengalahkan orang muda.. :-)

    Post ReplyPost Reply
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36:

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: