Logo Background RSS

Cikgu dan Ustaz J-Qaf ditipu JPN Terengganu

  • Written by IzoIzo 4 Comments4 Comments Comments
    Last Updated: January 23rd, 2008

    Semalam, 21 Januari 2008 satu majlis Terima Kasih Cikgu Bersama MB Terengganu telah diadakan di Wisma Darul Iman. Program yang bermula jam 2.30 petang itu sekali lagi memperlihatkan bagaimana Jabatan Pendidikan Negeri bersekongkol dengan UMNO menghasut guru dalam mencari undi menjelang Pilihanraya Umum ke 12.

    Mengikut surat yang dihantar ke sekolah-sekolah, 5 orang guru setiap sekolah hendaklah dihantar ke majlis tersebut. Sekolah yang terlibat termasuklah sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri. Dalam majlis itu juga diadakan bacaan ikrar guru-guru yang kononnya mahukan pemerintahan Terengganu kekal di bawah Idris Jusoh.

    Cikgu dan Ustaz J-Qaf ditipu JPN Terengganu

    Dato’ Seri Idris menerima salinan Ikrar 2008 Warga Guru Terengganu daripada Pengarah Pendidikan Negeri sempena majlis `Terima Kasih Cikgu’.


    Seminggu lalu (13 Januari) juga telah diadakan himpunan yang hampir serupa, tetapi melibatkan Ustaz-ustazah J-Qaf seluruh Terengganu. Lebih malang lagi himpunan Ustaz-ustazah J-Qaf itu turut diserikan dengan nyanyian penyayi wanita pada kemuncak majlis. Menggaru kepala seorang sahabat bilamana melihat penyanyi wanita berdiri di depan mejanya yang tidak jauh dari pentas. Nak dipusing kepala, takut dikatakan tidak hormat majlis. “Nasib baik lawa” Katanya tersenyum.

    Cikgu dan Ustaz J-Qaf ditipu JPN Terengganu

    Dato’ Seri Idris menerima resolusi guru J-Qaf daripada Razali sambil disaksikan Dato’ Rosli pada majlis di Wisma Darul Iman.


    Namun secara keseluruhan, rata-rata menolak jika inilah Islam Hadhari yang diperkatakan. Umpama tidak menghormati Imam di Putrajaya yang dihidangkan dengan lagu-lagu asli, begitulah sama Idris melayan para Ustaz-ustazah J-Qaf ini. Di akhir program barulah ustaz-ustazah itu dimaklumkan program dari petang ke malam itu yang di WAJIBkan oleh JPN adalah dengan kerjasama Biro Pendidikan UMNO.

    Dato’ Razali, AP Kuala Terengganu yang turut berucap dalam majlis J-Qaf itu turut menempelak para guru J-Qaf dengan mengatakan para JKK kampung lebih tahu apa itu Ulul alBab. Jika mahu tahu apa itu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik, tanyalah para JKK kampung katanya. Beliau juga meminta hadirin bertepuk tangan apabila para Ustaz-Ustazah yang hadir dilihat lebih suka mendengar dari memberi respon kepada ucapannya itu.

    Dalam kedua-dua majlis tersebut, para guru telah dibekalkan dengan buku Ucap Negeri, manakala semalam di wisma turut diedarkan buku Masihkah Kau Ingat yang mengfitnah PAS Terengganu semasa memerintah.

    Di sini aku sertakan Ikrar yang jelas cuba membodek Deris oleh JPN Terengganu dan Resolusi Ustaz J-Qaf yang kononnya dibuat oleh mereka, tetapi hakikatnya telah siap sedia sejak awal lagi. “Lain yang dibincangkan, lain pula resolusi yang keluar” Keluh seorang sahabat yang kesal terpaksa datang dari Besut semata-mata mendengar perkara yang sia-sia itu. Dia turut menyatakan sekiranya tahu turut dianjurkan oleh Biro Pendidikan UMNO, sudah tentu dia tidak datang.

    IKRAR GURU YANG MEMBODEK

     

    BAHAWASANYA KAMI
    WARGA GURU TERENGGANU
    BERJANJI DAN BERIKRAR
    MENJUNJUNG WAWASAN PENDIDIKAN
    MAMBINA TAMADUN BANGSA

     

    KAMI WARGA GURU TERENGGANU
    AKAN TERUS PERTINGKATKAN ILMU
    MEMPERKASAKAN KOMITMEN
    MELONJAKKAN KECEMERLANGAN
    PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
    DARUL IMAN

     

    PADA HARI INI
    KAMI WARGA GURU TERENGGANU
    BERDIRI TEGUH
    DENGAN PENUH KEUTUHAN
    MENEGASKAN SETIA KAMI
    MENYATAKAN SOKONGAN KAMI
    KEPADA KEPIMPINAN NEGERI
    DI BAWAH TERAJU
    YANG AMAT BERHORMAT
    DATO’ SERI HAJI IDRIS JUSOH
    MENTERI BESAR TERENGGANU

    Ini pula Resolusi Palsu Ustaz J-Qaf;

    RESOLUSI GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU

     

    KAMI GURU-GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU YANG BERHIMPUN PADA HARI INI DENGAN IKHLAS DAN SETIA MUAFAKAT MENJUNJUNG TINGGI AGENDA PENDIDIKAN NEGARA DAN AGENDA PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU UNTUK MELAHIRKAN UMMAH CEMERLANG DAN TERBILANG SELARAS DENGAN HASRAT DAN CITA-CITA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

     

    KAMI GURU-GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU BERSATU DAN MUAFAKAT MEMATUHI ETIKA DAN MEMELIHARA SERTA MENJAGA NAMA BAIK PROFESION PERGURUAN DAN PENDIDIKAN SEPANJANG MASA.

     

    KAMI GURU-GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU MENYATAKAN SOKONGAN. KEPATUHAN DAN SETIA AKUR KAMI KEPADA KEPIMPINAN NEGARA DAN KEPIMPINAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

    Betapa teruknya mereka cuba meraih sokongan dari penjawat Awam. Bukan sahaja dilihat jelik dan kotor caranya, tetapi langsung tidak beradab dengan Ustaz dan guru yang mulia dalam memberikan ilmu kepada masyarakat.

  1. #1 Izo MALAYSIA
    January 23rd, 2008 at 3:55 am

    Rasanya ada betulnya, coz kawan saya yang kena paksa menyertai turut bercerita perkara yang sama kepada saya. :D

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Muslimah SINGAPORE
    January 28th, 2008 at 9:19 pm

    3 Qaf tu apa yer?

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Izo MALAYSIA
    January 29th, 2008 at 8:13 pm

    JQAF bkan 3 Qaf :D
    JQAF tu singkatan drpd Jawi, Al-Quran, Arab, dan Fardhu Ain.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Muslimah SINGAPORE
    January 30th, 2008 at 1:27 pm

    Afwan atas kesilapan typoe error. Baru kini saya mengerti dengan maksud yang sebenar JQAF itu. Shukran atas pemberitahuannya. :)

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em45:
  • :em01:
  • :em12:
  • :em29:
  • :em54:
  • :em69:
  • :em67:
  • :em60:
  • :em07:
  • :em03:
  • :em19:
  • :em22:
  • :em28:
  • :em09:
  • :em27:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em02:
  • :em43:
  • :em20:
  • :em42:
  • :em62:
  • :em17:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em33:
  • :em44:
  • :em04:
  • :em48:
  • :em58:
  • :em47:
  • :em26:
  • :em39:
  • :em32:
  • :em24:
  • :em50:
  • :em61:
  • :em64:
  • :em16:
  • :em63:
  • :em51:
  • :em46:
  • :em18:
  • :em65:
  • :em06:
  • :em25:
  • :em23:
  • :em31:
  • :em15:
  • :em05:
  • :em11:
  • :em38:
  • :em13:
  • :em53:
  • :em71:
  • :em21:
  • :em36:
  • :em56:
  • :em57:
  • :em70:
  • :em37:
  • :em40:
  • :em08:
  • :em66:
  • :em14:
  • :em41:
  • :em52:
  • :em68:
  • :em49:
  • :em30:
  • :em59: