Dakwa ibu bapa Nurin: Undang-undang tidak Islamik adalah penyebab
September 23, 2007 – 11:46 pmAkhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 september, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Nazri Aziz menyatakan, kemungkinan Polis mendakwa Ibu Bapa kepada Nurin adalah berdasarkan peruntukan undang-undang.
Amat menyedihkan dengan kenyataan ini, yang ianya datang seorang yang bertaraf menteri, disamping kenyataan daripapa anak kepada seorang tokoh agama yang merupakan Ketua Polis Negara, Dato’ Musa Hassan.
Membaca kandungan berita sebegini, menggambarkan betapa zalimnya undang-undang yang diamalkan di Negara ini.
Dimanakah pembelaaan terhadap golongan yang dizalimi dalam peruntukan undang-undang Negara?
Apa yang memelikkan, ada sebilangan pengamal undang-undang dan mufti di Negara ini yang mengambil sikap untuk mengisytiharkan Negara ini sebagai Negara Islam, sedangkan dilihat kepada kandungan undang-undang pun sudah cukup untuk menilainya.
Masakan Islam memberi pembelaan kepada si Zalim. Jika ini di “ia”kan oleh pengamal undang-undang dan mufti, bermakna pengamal undang-undang dan mufti itu adalah golongan yang telah melakukan penipuan terhadap agama yang maha indah ini, walaupun mulut mereka tidak putus-putus dari menyebut sunnah sekalipun.
KEMBALILAH KEPADA HUKUM ISLAM KERANA ISLAM MENJAMIN KEAMANAN DI SEMUA SUDUT
Sponsor:













3 Responses to “Dakwa ibu bapa Nurin: Undang-undang tidak Islamik adalah penyebab”
By Izo
on Sep 23, 2007
KEMBALILAH KEPADA HUKUM ISLAM KERANA ISLAM MENJAMIN KEAMANAN DI SEMUA SUDUT
klu ikut islam seluruhnye, x de kes2 cam ni…
By irsyad
on Sep 24, 2007
By Maliki xp
on Sep 25, 2007