Hantar pasukan uji teh tarik ke Houston?
-
Tahniah kepada Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia yang telah kembali ke Bumi. Manfaatkanlah pengalaman anda ke angkasa lepas untuk memajukan anak bangsa kerana kos menghantar anda, bukan murah, ada menyatakan RM95 juta.
Itu belum masuk kos publisiti, perbualan ke Malaysia, rombongan dari Malaysia dan sebagainya. Mungkin ratusan juta ringgit habis. Tak-pa-lah, Malaysia Boleh!
Cuma saya risaukan bagaimana pemimpin negara ini membelanjakan duit rakyat macam minum air sejuk. Laporan BBC News oleh Jonathan Kent ini dengan tajuk “Malaysia has high hopes for moon” cukup mencemaskan saya.
Hah, Malaysia menghantar satu pasukan untuk mengkaji hal ehwal pasal teh tarik dan nasi lemak ke Pusat Angkasa Lepas di Houston? Duit siapa digunakan untuk menghantar pasukan itu? Lebih baik beri minum teh tarik kepada jutaan rakyat!
Laporan itu berbunyi: Earlier this year, the country announced a programme to put Malaysia’s favourite foods into space. A team is to be sent to Houston in Texas to find out how to process teh tarik (sweet tea), roti canai (flaky griddled pancakes) and nasi lemak (coconut rice) for consumption in zero gravity.
Dalam mendisiplinkan rakyat, pemimpin negara selalu mengingatkan mereka berjimat, ubah gaya hidup. Tetapi nampaknya cara pemimpin negara berbelanja, mereka ikut sedap hati, mereka kaki joli. Ukurlah baju di badan sendiri.
Janganlah gila glamor sehingga sanggup bergolok-gadai, nanti jadi Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai. Tak guna menyesal jika negara ini atau bangsa Melayu dijajah kembali.
Via: HarakahDaily




Peng'Komen' Berani Mati