Harga petrol ikut harga dunia mulai 1 Sept
-
Mungkin disebabkan desakan penulis-penulis blog yang menulis tentang harga minyak Malaysia yang mahal atau mungkin juga disebabkan debat hari tu dan dalam masa yang sama harga minyak sedunia telah pun turun, akhirnya Pak Lah akur akan menurunkan harga petrol di Malaysia. Apapun Pak Lah telah umumkan berita gembira buat rakyat Malaysia, minyak akan diturunkan mulai 1 September ini dan subsidi akan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter. Walaupun naiknya 78 sen tetapi turunnya hanya 30 sen sahaja. Ok lah sikit daripada tak turun lansung. Terima kasih juga kepada kerajaan kerana cakna dengan beban rakyat.Cuma yang menjadi persoalannya ketika harga minyak dunia naik hari tu, kerajaan cepat-cepat hendak menaikkan harga minyak di Malaysia. Sedangkan ketika harga minyak sedunia telah lama turun kenapa kena tunggu dulu pula. Kena observe dululah. Macam-macam alasan di beri. Naik boleh sajer secara mengejut tetapi turun susah sikit. Boleh percaya ke harga minyak akan turun? Lebih-lebih lagi waktu sekarang ini populariti Pak Lah telah jatuh merudum baik di mata parti pembangkang ataupun partinya sendiri. Mungkin ada udang di sebalik batu.
Kita imbas kembali..sebelum pilihanraya Najib cakap minyak tidak akan naik. Tup tup..selepas pilihanraya minyak naik jugak. Baru-baru ini Paklah pula yang cakap minyak akan dinaikkan pada bulan Ogos. Tup tup… esok harga minyak naik. Secara mengejut! Suprise ke ape nie?
Mungkin Pak Lah nak pujuk rakyat untuk terus bagi sokongan kepada kerajaan sekarang. Harap rakyat jangan terpedaya lagi dengan tipu daya mereka kali ini. Taktik yang sama jer pakai. Bagilah orang lain pula menguruskan Malaysia. Dah lah tu… Singapura dah turunkan 5 kali. Malaysia sekali pun susah nak turunkan.Berita daripada MalaysiaKini
Berkuatkuasa 1 Sept ini, harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran dunia purata bulanan dan subsidi akan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Perdana menteri berkata harga runcit petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan.
“Kerajaan juga menjamin bahawa harga runcit petrol tidak akan melebihi RM2.70 seliter pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Bernama, Abdullah berkata kerajaan membuat keputusan itu setelah mengkaji secara teliti kebelakangan ini harga minyak mentah yang menunjukkan trend menurun.
Selasa lepas, harganya US$122 setong berbanding harga purata bagi Jun US$132 setong, dan kerajaan menanggung subsidi petrol sebanyak 64 sen seliter.
Harga minyak mentah dunia US$125 setong ketika kerajaan menstrukturkan semula subsidi minyak pada 5 Jun dengan subsidi petrol sebanyak 30 sen seliter.
Menjelang 8 Jun, harga minyak mentah meningkat secara mendadak kepada US$139 setong.
Abdullah berkata walaupun harga petrol sepatutnya dinaikkan sebanyak 40 sen seliter, kerajaan telah membuat ketetapan untuk mengekalkan harga petrol dan memberi jaminan pada 11 Jun bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.




August 2nd, 2008 at 10:27 am
mungkin jugak sbb takut dgn anwar nak bertanding nanti. jd pak lah turunkan harga myk utk tarik kepercayaan rakyat.
tp mungkin jugak x takut dgn anwar..sbb kemungkinan kerajaan boleh masukkan anwar dlm jel lebih drp 2 tahun ats kes liwat tu. maka gugurlah jawatan anwar kalau dia menang nati. pandai2 la kerajaan nak putarbelit eheh
August 5th, 2008 at 6:20 pm
Saya pun fikir macam encik Adi. Mungkin kerana kes pilihanraya Permatang Pauh akan datang. Macam tambang bas naik lepas raya. Banyak kerajaan kene tunda rasanya..
August 6th, 2008 at 12:24 am
Tu ler…klau kerajaan ikhlas nak turunkan kenapa tak turunkan sekarang? Cam ada helah jer nie…
August 19th, 2008 at 2:41 am
aku x msk campur diaorg nk bertelagah camnerpn, yelah x mustahil msg2 ada agenda sendiri. yg aku tahu aku bersyukur sgt kalo harga minyak turun.. lebihan 30c seliter tu kalo berliter2 byk gak gunanya utk cover benda lain.. minyak turun ke naik ke, kita je yg lebih merasa kesannya.. org besar2 tu x rasa sgt. jadi dr sibukkn diaorg doa jelah byk2 harga minyak turun lg, baiknya utk kita jgk!