Kempen Siber: Berkesan atau tidak?
-

Saya membuat 5 perbandingan website melalui statistik mudah dari laman Alexa.com. Antara laman2 webnya ialah TranungKite, HarakahDaily, Utusan Malaysia, Berita Harian, MyKMU. Tempoh masa traffic ke website yang dipaparkan itu ialah sebulan. Cuba lihat 11Februari ke atas(baca graf daripada kiri ke kanan) , dan lihat perbandingannya. Akhir2 ini Laman web PRO Pembangkang (TranungKite, HarakahDaily) begitu menunjukkan perubahan yang amat ketara, melonjak naik serta-merta. Laman2 web akhbar arus perdana(Utusan Malaysia, Berita Harian) menunjukkan penurunan pelawatnya. Dan begitu juga laman web Pro UMNO (MyKMU) adanya penurunan. Mungkin dapat memberikan bayangan awal kemenangan pertarungan di alam maya. Rakyat dahagakan maklumat sebenar.
IzoBlog: Saya yakin jika laman web PRO pembangkang tidak mempunyai masalah dengan server mereka, mungkin melonjak lebih tinggi lagi.
Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.
//Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.











February 26th, 2008 at 9:37 am
Oleh kerana ada web-web seperti inilah, kita dapat menyaksikan perkara yang sebenar-benarnya berlaku. Kalau segala-galanya disekat dan tiada kebebasan untuk mereka bersuara, adakah itu sebuah negara demokrasi?